Bab 6

16 1 0
                                    

Dannial baring mengiring sambil memejamkan matanya. Dia malas nak bercakap dengan abang dan abahnya mengenai perkara tadi. Oleh itu, lebih mudah kalau dia berpura-pura tidur.

"Abah nampak. Adam tak percaya dah dengan budak perempuan itu. Entah sesiapa. Tengok apa dia buat pada adik." suara Adam kedengaran dari luar bilik.

"Kamu masih tak habis lagi dengan hal ni." Abah Amm kedengaran sudah letih bertengkar dengan anaknya yang seorang ini. "Dahlah, budak tu pun entah ke mana perginya."

Adam mendengus kuat. "Kalau Adam jumpa budak tu, Adam siasat dia habis-habis."

"Pasti ke dia yang buat? Dia tak sedar tiga hari. Dan tiba-tiba hilang..."

"Abah, tak payah nak menangkan budak tu. Entah siapa dia tu?"

"Kalau dia diculik.."

"Kalau dia diculik. Dannial pasti bagitahu pada kita masa kita jumpa dia dalam bilik tu." Adam membidas.

Abah Amm terdiam. Kerana ada betulnya juga apa yang Adam katakan. Dia, kemudian sekadar melepaskan nafas berat.

Perbualan mereka berdua berakhir di situ. Dannial pula terus mengetap kuat bibirnya.Dia melihat kedua-dua tangannya yang dah elok berbalut. wajah gadis tersebut bermain-main di matanya.

Dalam diam, sebenarnya dia tetap rasa risau. Kemanalah gadis tersebut pergi? Walau apa pun yang terjadi tadi, mungkin gara-gara dia terlalu takut. Kerana itulah gadis tersebut mencederakan kedua-dua tangannya tanpa sedar. 

DESTINIWhere stories live. Discover now