Bab 13

20 0 0
                                    

Jessica berjalan perlahan menuju ke katil. Terasa tidak bermaya pula. Di dalam fikirannya kini, penuh dengan perancangan, apa yang perlu dia lakukan sekarang. Dia tak nak terserempak dengan keluarga itu lagi. Nanti banyak pula cerita.

Dari nada suara lelaki tadi, jelas sekali yang mereka sedang tidak puas hati dengan dirinya. Dah jelas kenapa. Jessica dah mencederakan salah seorang dari ahli keluarga mereka. Sebab tu la, dengar dingin je suara dia.

Jessica bangun dan bergerak menuju ke bilik air. Air paip dibuka lalu, tangannya dibasuh bersih. kemudian mukanya pula. Selesai sahaja, air paip ditutup kemas dan matanya terus merenung kosong ke dalam cermin.

Matanya kelihatan sedih sekali. Giginya di ketap kuat seperti menahan marah. Air mata mula bergenang. Perlahan-lahan ia menuruni pipinya.

"Untungnya jadi dia...." gumamnya perlahan. Wajah kesemua ahli keluarganya terpampang di mata. kemudian, dia mendengus perlahan sambil mengelap air matanya. Ada senyuman sinis terbit di bibir. "Dah lupakan. Tak guna ingat pada orang yang tak pernah sayang diri kau..." perlahan mulutnya bersuara.

Jessica terus berpaling dan menapak untuk keluar dari bilik air. Baru sahaja tangannya ingin mencapai tombol pintu. "Klik" telinganya lantas terdengar bunyi seperti pintu utama terbuka. Badannya terus terpaku. Otaknya ligat berfikir. Jantungnya berdegup kencang.

Kedengaran seperti derapan kaki beberapa orang memasuki melalui pintu utama. Jessica menggenggam kuat kedua tangannya. Matanya dipejam rapat. Dia hanya berdiri kaku untuk beberapa saat.

Kemudian, selepas menghembuskan nafas yang kuat, dia terus mencapai tombol pintu dan melangkah keluar dari bilik air.

Sebaik sahaja pintu terbuka. Satu anak panah terus meluncur laju tepat ke arah jantung Jessica. Dia dengan pantas menahan anak panah tersebut menggunakan tangannya.

"Zasss.." kemudian, satu layangan pedang dari arah kiri pula muncul. Jess pantas menikam penyerang tersebut menggunakan anak panah di tangannya. Sambil badannya laju mengelak bilah pedang tersebut.

"Argh..." penyerang pedang mengerang kesakitan.

Jessica terus menendang kuat perut penyerang pedang itu. Penyerang pedang terus terperlanting ke dinding.

Dari belakang, kelihatan satu baton besi bergerak laju menghampiri kepala Jessica. Dia lantas berpusing sambil memegang kuat besi tersebut. lalu, dipandang tajam ke arah pemilik baton besi tersebut.

"Masih tak berputus asa, ye?" tanya Jessica dingin.

Orang itu tidak menjawab. Dia dengan pantas menyepak perut Jessica. Namun, ditahan dan, sekelip mata kakinya dipulas kuat. Lantas, satu lagi jeritan kedengaran.

Jessica dengan pantas menarik besi dari tangan orang itu dan bersedia untuk menyerang, penyerang anak panah, yang sedang berlari laju ke arahnya.

Penyerang anak panah, menepis dan terus mencapai leher Jessica. Besi tersebut terlepas dari tangan Jessica. Lalu kedua tangan menahan tangan yang sedang mencekiknya.

Jessica terundur ke belakang akibat dari serangan tadi. Kemudian, belakangnya menghempas kuat dinding bilik air. Secara spontan kakinya terus menyepak kuat ke celah kangkang penyerang anak panah.

Penyerang anak panah menahan kesakitan yang amat. Tangannya terus longgar dari mencengkam leher Jessica. Lalu, dengan pantas, Jessica menarik salah satu anak panah dan menikam kuat bahu penyerang itu.

Leher Jessica terlepas dari cengkaman. Dengan pantas tangan mencapai beberapa anak panah lagi dan mencucuk bahu penyerang itu.

Dia terus melutut menahan kesakitan. Akhirnya, serangan padu dari lutut Jessica singgah ke mukanya. Dia terus terbaring mengerang di lantai.

Jessica dengan pantas melangkah namun, kakinya dipegang kuat penyerang anak panah. dia tersungkur. Dalam keadaan itu, dua lagi penyerang memegang dan menarik kuat badannya.

Kemudian, bertubi-tubi sepakan diterima badan Jessica. Dia tidak melawan, sekadar menahan dirinya dari cedera teruk. Mereka berhenti sebentar. Lalu, salah seorang dari mereka menarik kuat rambutnya.

"Kau ni memang menyusahkan..." katanya dan terus menghempas kuat kepala Jessica ke lantai.

Jessica dapat rasakan otaknya bergegar kuat. Matanya juga berpinar-pinar akibat dari hentakan tersebut. Terasa juga darah mengalir kuat dari dahi dan hidungnya. Namun, tetap juga dia tidak melawan.

"Nak buat apa dengan dia ni?" tanya salah seorang dari mereka.

"Soalan bodoh la kau ni." mereka bergaduh.

Jessica dapat rasakan aura tusukan pedang dari belakangnya. Dia dengan pantas berpusing dan mencuba mengelak pedang tersebut. Namun, tetap juga pedang itu tertusuk ke bahunya.

Jessica mengerang menahan sakit. Tapi, pada masa yang sama kedua-dua tangannya memegang dan menarik kaki-kaki penyerang di kiri dan kanannya. Kedua-duanya jatuh terbaring ke lantai.

Manakala, penyerang di hadapannya, Jessica hadiahkan sepakan kuat yang mengenai tepat ke tulang kakinya. Sehingga dia terhencot-hencot akibat sakit.

Tanpa membuang masa Jessica bangun dan menarik pedang yang tertusuk di bahunya. Dia kemudian, berlari menuju ke pintu utama.

Namun, buka sahaja pintu, satu tolakan kuat menyebabkan dirinya jatuh terbungkam di lantai semula.

Seorang perempuan masuk sambil memandang Jesscica dengan pandangan yang tajam. Dia kemudian, mengerakkan tangannya di udara.

Lantas badan Jessica perlahan-lahan terapung di udara. Kemudian, dihempas kuat dan dibiarkan terlekap di dinding.

"Lama tak jumpa. Rindu..." kata perempuan itu dengan muka tak beriak.

Jessica yang menyeringai dalam kesakitan tersenyum sinis. Dia memandang wajah perempuan itu dan, "Rindu?" tanyanya sambil melepaskan ketawa sinis.   

DESTINIWhere stories live. Discover now