Sampai sahaja di bilik sewa mereka, Adam terus terbaring di atas katil. Dann pula, masuk ke dalam bilik air. Abah Amm masuk paling last. Dia memandang tidak berkelip pada Dann sampailah, dia hilang di balik pintu bilik air.
"Adam..." panggil Abah Amm.
Adam memandang Abah Amm. Mereka kemudian berbicara secara telepati. Abah Amm terus keluar dari bilik sewa mereka. diikuti oleh Adam.
"Sanggup dia berhenti kerja lepas nampak kita." kata Adam sinis.
"Abah bukan nak cakap pasal tu. Kebetulan ke? Takdir?" tanyanya.
Adam kelihatan bengang, "Heeh, takde takdir or kebetulan. Abah masih nak ambik dia sebagai anak angkat ke?"
"Tak lah. Cuma.."
"Abah kesian dekat budak perempuan tu kan. Dahlah, kita pon tak kenal dia siapa sebenarnya..."
"Hish, kamu ni..."
Adam menderam kuat. "Tak kisahlah abah. Kalo jumpa dia kita settlekan cara kita..." dia membuat keputusan.
Adam, kemudian masuk semula ke dalam bilik sewa dan tiba-tiba dia terdengar seperti bunyi 'krak' datang dari bilik sebelah.
kelihatan juga ada garis-garis seperti dinding tersebut bakal pecah.
Abah Amm masuk. Dia juga menyedari akan hal itu.
Mereka berpandangan sesama sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
DESTINI
ParanormalJessica... Asalnya dari hutan. Hidup di hutan. Juga diburu oleh orang-orang dari dalam hutan. Dann... Mungkin terlalu ordinary hidupnya. Tenang disamping abang dan abahnya. Haneul... Anak buangan mungkin. Pemilik takhta organisasi pembunuh mungkin...