Bab 9

17 0 0
                                    

Abah Amm dan Adam memerhati ke sekeliling. Sudah beberapa hari mereka meneroka kawasan hutan, di mana mereka terlanggar budak perempuan tempoh hari.

"Tak ada apa-apa?" tanya Abah Amm.

Adam sekadar menggeleng kepala. "Tiada kesan kehidupan yang duduk di kawasan ini. Macam mana budak perempuan tu ada dekat kawasan ni?" tanya Adam pula.

"Adam rasa kita ni dipermainkan ke?"

"Kenapa pula?"

"Mungkin ada pihak yang sengaja membuat kes ini untuk mengalihkan perhatian kita pada sesuatu yang lebih besar."

Adam berfikir sejenak. Sebenarnya, malam yang mereka terlanggar budak perempuan itu, mereka baru sahaja menyelesaikan satu kes yang sangat besar. Namun, kes itu gagal tanpa sebab. Dan hampir menyebabkan mereka kehilangan Dannial.

"Kita patut keluar dari pekan ni." kata Abah Amm serius.

Adam tidak membantah dan terus mengangguk setuju. 

DESTINIWhere stories live. Discover now