Bab 3

20 1 0
                                    

"Apa maksud kau?" tanya Abah Amm, kebingungan.

"Aku tak pasti tapi, kesan-kesan kecederaan pada badan budak perempuan tu terlalu banyak. Ada kesan tembakan. Kau tembak dia ke?"

"Hish, mana ada. Aku terlanggar dia. Itu sahaja."

"Kat mana kau jumpa dia?"

Abah Amm tidak segera membalas. Dia berfikir sejenak.

"Aku tahu tentang kerja kau." ujar kawan Abah Amm selepas tiada tindak balas langsung dari Abah Amm. "Ok, tak kisahlah kau jumpa dia kat mana. Or macam mana kau jumpa dia. Yang penting, ada sesuatu yang terjadi pada budak yang kau langgar tu. Terlalu banyak kesan kecederaan yang lama dan yang baru pada tubuh badan dia." dia menceritakan dengan lebih terperinci.

Abah Amm tidak membalas.

"Aku dapat rasakan dia ni mangsa dera."

Abah Amm lalu terus memandang tepat ke mata kawannya. Sebelum melepaskan keluhan kecil.

"Just, layan dia dengan elok. Kalau betul tekaan aku. Dia mungkin akan ada masalah dalam mempercayai orang lain. Emosi dia pasti terganggu. Dan kemungkinan untuk dia ada ahli keluarga sangat tipis."

Abah Amm sekadar mendengar. Panjang lebar sangat ceramah/nasihat kawannya itu.

"Tengoklah apa yang aku mampu buat..." balasnya akhirnya selepas berfikir panjang. 

DESTINIWhere stories live. Discover now