Bab 8

19 1 0
                                    

Masa berlalu tanpa sedari. Hampir tiga minggu berlalu. Abah Amm dan Adam sepertinya sudah lupa akan gadis tersebut. at least, itulah yang Dannial fikirkan saat ini.

Namun, tidak bagi Dannial. Setiap hari, secara sembunyi dia akan cuba untuk mencari gadis tersebut. Dengan menggunakan alasan untuk keluar berjogging, membeli makanan dan pelbagai alasan yang kedengaran seperti logik.

Walaubagaimanapun, tiada hasil pun. Gadis tersebut lesap tanpa dapat dikesan. Dannial tidak tahu mengapa tetapi, dia sangat risaukan keberadaan gadis tersebut.

Ada sesuatu yang menyebabkan gadis tersebut berkelakuan demikian. Suara gadis tersebut masih teriang-iang di telinganya. 

DESTINIWhere stories live. Discover now