Bab 5

18 1 0
                                    

Jessica berlari tanpa arah. Sehinggalah dia rasa yang dia sudah benar-benar selamat. Dia bersembunyi dan cuba mengawal pernafasannya. Dia letih. Dia ketakutan. Dia hilang arah. Tidak tahu apa yang sudah terjadi.

Dia melihat kedua-dua tangannya. Lantas ada, sedikit air mata keluar mengalir di pipi.

Wajah budak lelaki tersebut terbayang-bayang. Lalu, kedua-dua tangannya digenggamkan. Giginya diketap dengan sangat kuat. Tidak tahu kenapa. Tidak tahu apa yang terjadi. Yang dia tahu, dia telah mencederakan budak tersebut tanpa dia sedar.

Ada rasa menyesal. Sedikit. Namun, rasa tidak selamat lebih banyak kerana dia tidak tahu siapa budak tersebut yang tiba-tiba ada di sebelahnya.

Jessica mengelap air matanya yang mengalir. Memerhatikan sekeliling. Lalu, berjalan perlahan dan mencari tempat yang lebih selamat dan aman untuk dirinya duduk sementara waktu. 

DESTINITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang