Jessica masih lagi terlekat pada dinding. Dia berusaha kuat menahan sakit yang sedang dirasainya saat ini. Terasa sesak di dadanya ketika ini. Semakin lama, semakin sukar untuk ia bernafas. Terasa bagai dirinya sedang dihempap sesuatu yang besar ketika sedang baring.
Perempuan itu, sekadar berdiri sambil memerhatikan Jessica. Dengan wajah tanpa riak. dia menggunakan kuasa mindanya untuk memberi tekanan kuat pada badan Jessica. Kelihatan, dinding itu juga bakal pecah akibat tekanan kuasa dia.
"Krak...." kedengaran bunyi dinding pecah sedikit demi sedikit.
Tangan Jessica tergenggam kuat. Dalam keadaan sakit, dia masih berusaha untuk melepaskan diri dari cengkaman minda perempuan itu. Perlahan-lahan dia menggunakan kuasa mindanya dan mengangkat kesemua barang di dalam bilik tersebut.
kesemua, penyerang tersebut memandang sekeliling dengan wajah gelisah.
"Jane, bunuh jelah dia cepat. Jangan main-main." kata si penyerang pedang dengan kuat.
Jane senyap dan tidak ambil peduli akan kata-kata kawannya itu.
"Jane!" jerit penyerang anak panah pula.
Jane masih tetap kaku dan memandang Jessica dengan wajah tidak beriak.
"Argh!!!" penyerang besi dengan pantas terus berlari ke arah Jessica. Dia tekad ingin membunuh Jessica.
Namun, dalam sekelip mata, tidak semena kesemua barang di dalam bilik tersebut terus begerak laju ke arah Jessica. Kesemua mereka terus terkaku dan berusaha untuk mengelak barang-barang yang pantas bergerak menuju ke Jessica.
Jessica membentuk satu bulatan perlindungan di sekelilingnya. Akibat dari layangan laju barang-barang tadi, dinding bilik terus pecah dan Jessica terus terlepas dari cengakaman minda Jane.
Jessica terbaring sambil melindungi dirinya di lantai bilik sebelah. Bersama-sama barang-barang yang melayang laju, bergelimpangan di merata tempat. Ada sesetengah barang yang terus melayang laju melepasi dinding bilik sebelah.
Beberapa saat, Jessica bangun dan memandang sekelilingnya. Di kanannya kini, ialah budak lelaki yang dicederakannya tempoh hari. Dari ekor mata dia dapat nampak dua susuk tubuh sedang berdiri kaku di kirinya juga. Dia berpaling. "Ahli keluarga budak lelaki tu..." bisik mindanya.
Namun, belum sempat Jessica berbuat apa, tiba-tiba sahaja, satu rantai besi panjang datang menyerang dari arah lubang dinding tadi. Dia berusaha mengelak namun, tak berjaya. Sekali lagi bahunya ditembusi rantai besi tersebut sehingga dia terhentak kuat pada dinding. Dinding itu pecah sepenuhnya.
Jessica mengetap kuat giginya. Lalu dikeluarkan pedang dari belakangnya dan memotong kuat rantai besi tersebut. Dengan sekali hayunan, rantai besi itu terputus. Lalu, dia lepaskan diri dan dengan pantas keluar dari bilik itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/155011892-288-k566483.jpg)
YOU ARE READING
DESTINI
ParanormalJessica... Asalnya dari hutan. Hidup di hutan. Juga diburu oleh orang-orang dari dalam hutan. Dann... Mungkin terlalu ordinary hidupnya. Tenang disamping abang dan abahnya. Haneul... Anak buangan mungkin. Pemilik takhta organisasi pembunuh mungkin...