Bab 2

29 1 0
                                    

Abah Amm, Adam dan Dannial menunggu di luar dengan penuh gelisah. Semuanya sedang berada di dunia masing-masing.

Selepas melepasi waktu yang sangat menggelisahkan, kawan Abah Amm pun keluar. Dia lantas mendekati Abah Amm dan membisikkan sesuatu pada Abah Amm. Dannial tidak ambil pusing dan lebih tertarik untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Adam pula, memerhatikan sahaja tingkah laku Abah Amm dan kawannya. Dalam hati Adam terdetik yang ada sesuatu tidak kena di waktu ini.

"Adam, tunggu sini dulu. Tolong tengokkan keadaan budak perempuan tu..." arah Abah Amm lalu terus ikut kawannya dari belakang.

Adam sekadar angguk kepala sambil perhatikan mereka berdua dengan pandangan yang penuh curiga.

Dannial pula sudah memasuki bilik tersebut dan perlahan kakinya melangkah mendekati gadis tersebut.

Kelihatannya gadis tersebut masih tidak sedarkan diri. Kedengaran nafasnya menderu keluar masuk melalui hidung serta mulut.

Dannial tidak tahu kenapa, namun, dia cuma ada satu rasa aneh apabila berhadapan dengan gadis tersebut. Dalam keadaan tidak sedar dia sudah berdiri di tepi gadis tersebut. Lantas tangannya terus ingin mencapai, memegang tangan gadis tersebut.

"Adik, buat apa tu?" suara Adam tiba-tiba muncul.

Lantas, Dannial terus berpaling, memandang Adam yang sedang berdiri di muka pintu.

"Buat apa? Kenapa muka nampak macam ada buat salah je?" tanya Adam lagi sambil berjalan menghampiri Dannial.

Dannial terus membuat muka tak tahu sambil mencebik ke arah Adam, supaya dapat melindungi perbuatannya sebentar tadi. "Tak ada apa-apa..." jawabnya ringkas lalu terus berjalan keluar dari bilik tersebut.

"Yeke?" tanya Adam tidak berpuas hati.

Dannial sekadar mencebik pada Adam dan terus berlalu pergi.

Adam sedikit sakit hati melihat tingkah laku Dannial. Namun, dia pendamkan sahaja. Perangai adiknya itu memang macam tu. Menyakitkan hati. Lalu, dia memerhatikan gadis tersebut beberapa saat, sebelum turut keluar dari bilik. 

DESTINITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang