(Apa yang terjadi?)
Dannial ralit memandang gadis itu. Hari ni dah masuk hari ketiga, dan dia masih lagi belum sedarkan diri.
Tanpa sedar, kaki Dannial semakin mendekati gadis tersebut. Dalam tiga hari ini,selepas ditegur Adam, dia berusaha kuat menahan dirinya dari mendekati gadis tersebut. Tetapi hari ini, dia tak mampu.
Sampai sahaja di tepi gadis tersebut. Tangannya pula, dengan mengada-ngadanya ingin mencapai dan menggenggam tangan gadis tersebut. Tanpa sedar atau tidak, tangan Dannial akhirnya memegang lembut tangan gadis itu.
Lalu, sesaat kemudian, tiba-tiba gadis tersebut mengenggam kuat tangan Dannial. Dannial terkejut, lantas ingin menarik semula tangannya dari genggaman gadis tersebut. Namun, saat itulah semua terjadi.
Gadis tersebut tiba-tiba sedar. Sepantas kilat, gadis tersebut bangun dan melompat ke belakang Dannial. Dia memulas kuat tangan Dannial sehingga menyebabkan pergelangan tangannya terkehel/terseliuh.
Dannial ingin menjerit namun tiada suara pun yang terkeluar. Dia pelik namun rasa sakit tersebut membutakan segala rasa kepelikan tersebut.
"Aku takkan buat kesilapan yang sama. Kali ini, aku akan pastikan kau mati!" bisik gadis tersebut di telinga Dannial.
Gadis tersebut memegang kuat tangan kiri Dannial pula. Dan tidak semena-mena, dia terus merasa sangat panas seperti tangannya dibakar oleh api.
"Argh!!!" akhirnya, Dannial dapat menjerit dengan kuat. Gadis tersebut terus melepaskan Dannial.
Lalu, mereka berdua bertentang mata. Kelihatannya gadis tersebut, sedikit terkejut apabila melihat wajah Dannial
Lantas, dengan cepat, gadis tersebut terus berlari laju menuju ke tingkap dan terus melompat keluar melalui tingkap tersebut.
Sesaat kemudian, Abah Amm dan Adam muncul di depan pintu bilik. Di mana, dia sedang terbaring di lantai menahan kesakitan.
YOU ARE READING
DESTINI
ParanormalJessica... Asalnya dari hutan. Hidup di hutan. Juga diburu oleh orang-orang dari dalam hutan. Dann... Mungkin terlalu ordinary hidupnya. Tenang disamping abang dan abahnya. Haneul... Anak buangan mungkin. Pemilik takhta organisasi pembunuh mungkin...