"Adik cepatlah bangun. Tak lapar ke?" Adam mengejutkan Dannial yang masih tidur.
Dannial membuka sebelah matanya. Kemudian, mendengus dengan kuat. Dia malas betul nak keluar. Dalam keadaan tak selesa macam ni. Nak keluar pergi makan dekat kedai pula. Malas betul rasanya.
"Adik,bangun cepat!"
"Hish, iyalah..." bentak Dannial dan terus bangun dari pembaringannya.
Dia kemudian keluar dari kereta. menutup pintu dengan kasar dan terus berjalan laju meninggalkan Adam.
"Melawan tak habis kan?" marah Adam namun dihiraukan oleh Dannial. Adam menggeleng kepala dan terus mengunci kereta.
Dannial mengambil tempat duduk di hadapan Abah Amm.
"Abah dah orderkan untuk kamu dan Adam. Menu biasa." ujar Abah Amm, memulakan perbualan.
Dannial sekadar angguk kepala sambil berkata "Hmm.."
Dannial memang selalu macam ni. Sering kali memberontak.
Adam pula muncul beberapa minit kemudian. Dia mencuba untuk duduk di sebelah Dannial. Tetapi, sepertinya Dannial tidak membenarkan.
"Adik, bagilah abang lalu." arah Adam sambil cuba menggerakkan kerusi Dannial supaya memberi laluan untuk dirinya duduk di sebelah dalam.
"Sebelah Abah Amm kan kosong..." lawan Dannial tidak mahu mengalah.
Adam mendiamkan diri. Mahu sahaja dia menyengkeh kuat kepala Dannial saat ini. Namun, dia masih boleh bersabar dan duduk di sebelah Abah Amm.
Tak lama kemudian, makanan mereka sampai. Pekerja tersebut meletakkan makanan di atas meja, sambil menyatakan menu mereka.
Pada mulanya, Dannial tidak ambil pusing. Namun, selepas mendengar suara pekerja tersebut dia terus terpana. Telinganya seakan pernah mendengar suara ini satu ketika dahulu.
Dannial memandang tepat ke muka pekerja tersebut dan jantungnya terus bergerak laju.
"Kau..." kedengaran suara Adam perlahan berkata ke arah perempuan yang berada di hadapan mereka saat ini.
Perempuan itu memandang pelik ke arah Adam dan Abah Amm yang juga kelihatan terkejut melihat dirinya. Kemudian, secara tidak langsung dia terpandang ke arah Dannial. Di saat itu wajah budak perempuan itu terus berubah.
Dannial tidak berkata apa-apa. Namun, kelihatannya perempuan itu mengenali Dannial. Dia langsung meminta diri dan terus berlalu pergi.
"Itu, budak tu kan? Abah?"
"Betullah tu..."
"Kita patut tanya dia apa jadi hari tu?"
"Sabar...makan dulu..."
Adam kelihatan tidak puas hati. Namun, dia masih boleh mendengar kata-kata abah Amm.
Dannial sekadar senyap dan tidak tahu apa yang patut dia rasa saat ini. Dia gembira tapi pada masa yang sama dia rasa tak selesa dapat berjumpa gadis tersebut.
YOU ARE READING
DESTINI
ParanormalJessica... Asalnya dari hutan. Hidup di hutan. Juga diburu oleh orang-orang dari dalam hutan. Dann... Mungkin terlalu ordinary hidupnya. Tenang disamping abang dan abahnya. Haneul... Anak buangan mungkin. Pemilik takhta organisasi pembunuh mungkin...