Stesen Kereta Api,Pulau Rintis,Malaysia...
"Hah Boboiboy jaga diri baik-baik dekat sana dan satu lagi solat kena jaga juga."kata Tok Aba.
"BAIK TOK ABA!!"jawab semua elemental,kenapa semua elemental kerana Boboiboy akhirnya dapat berpecah dengan sangat lama dan dengan maklumat dari Databot Ochobot dapat membaiki jam kuasa milik Boboiboy untuk menaik taraf elemental split.
"Hikks Hikks jangan tinggalkan aku Boboiboy."sedih Ochobot sambil memeluk Gempa.
"Jangan sedih Ochobot kaukan ada kuasa telepotasi."kata Gempa.
"Eh! ya juga akukan boleh telepotasi ke tempat korang."akhirnya Ochobot dapat dipujuk.
"Hah ni aku ada buat biskut untuk korang,korang makan la."kata Yaya memberikan sebuah bekas biskut.
"Errr."semua elemental berasa serba salah untuk menolak biskut pemberian Yaya itu tetapi Blaze mengambilnya dan meletakkan ke dalam begnya.
"Wey asal kau ambil."bisik Taufan kepada Blaze.
"Untuk Emergency."katanya membuatkan Taufan berasa hairan.
"Jaga diri baik-baik tau korang."kata Ying.
"Itu tak dak hal saya sebagai SSS akan menjaga diorang ni."balas Solar dengan nama gelaran yang dia cipta untuk dirinya iaitu SSS a.k.a Solar Si Swag.
Tiba-tiba datang Gopal dengan kearah semua elemental.
"Sanggup korang lupakan aku."kata Gopal.
"Eh mana ada la kita orang pasti takkan melupakan semua sahabat-sahabat kita orang yang terbaik ni."kata Gempa sambil menepuk bahu Gopal.
"Takut la bila sampai dekat sana."kata Thorn sambil memeluk Ice yang tengah tidur diatas bebola salji dia.
"Apa yang kamu takut wahai anak muda!"jerit Papazola yang muncul secara tiba-tiba bersama Cattus membuatkan Ice terkejut dari tidurnya.
"Cikgu Papa!"
"Hahaha kamu semua jangan lupakan guru kebenaran korang ni pula."kata Papazola sambil memeluk Halilintar dan Solar.
"Se.. Sak."Halilintar dan Solar ialah elemental yang jenis tak suka peluk.
"Kami mesti takkan lupakan guru dan kucing terbaik kami ni kan Cattus."kata Taufan sambil membelai kepala Cattus.
"Meoww~"
Selepas itu satu pengunguman dibuat.
"KERETA API AKAN BERGERAK SEBENTAR SAHAJA LAGI DAN SILA JANGAN BUAT DRAMA SLOW MOTION LAGI."
"Ceh sempat lagi dia perli aku."kata Gopal.
"Hehehe terbaik."kata Gempa dengan ucapan popularnya sebagai Boboiboy.
"Ok lah kami pergi dulu Tok Aba Assalamualaikum."kata Halilintar mewakili semua elemental.
"Waalaikumussalam."
Selepas mengucapkan tanda selamat tinggal kepada semua orang semua elemental pun bergerak menuju ke Kuala Lumpur.Setelah sampai di Kuala Lumpur mereka bertemu dengan ibu bapa mereka atau ibu bapa Boboiboy dan semestinya ibu bapa Boboiboy tahu tentang kuasanya.Kemudian mereka pergi ke KLIA dan mengucapkan selamat tinggal kepada ibu bapa Boboiboy.Mereka akhirnya berlepas ke Seoul.
Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon,Incheon,Korea Selatan...
"Yayy akhirnya sampai juga."dengan selamat mereka tiba di Korea Selatan.
YOU ARE READING
BBB or BTS?
RandomApa akan jadi kalau semua Elemental Boboiboy handal dalam menyanyi menyebabkan mereka ditarik ke dalam dunia industri muzik dan ditambah lagi mereka bekerja dalam agensi yang sama dengan kumpulan K-pop terkenal iaitu BTS. Cover Book by @yjhlove- . ...