Roommate

1.8K 140 92
                                    

"Jadi merekalah junior baharu kami."Jin meneliti setiap muka elemental.

"Adakah kamu semua ni kembar?"V bertanya kepada mereka dan dijawab oleh Gempa.

"Ya kami semua ni memang kembar tujuh."jawab Gempa membuatkan RapMon ternganga.

"Chincha?"terkejut Jimin.

"Hahah ramai berkata begitu."kata Taufan.

"Jadi Alan sila beritahu kepada BBB jadual untuk mereka esok adalah latihan nyanyian dan tarian."beritahu manager Jongmin kepada Alan.

"Ok baiklah."

"Err abang Alan kami tidur dimana?"tanya Thorn kepada Alan.

"Oh kalau yang tu Jongmin katakan kepada mereka."Alan berkata sambil menunjukkan Jongmin.

"Baiklah saya telah membuatkan roommate kamu semua sendiri seperti Gempa dengan Jin,Halilintar dengan Suga,Taufan dengan V,Blaze dengan Jungkook,Ice dengan J-Hope,Thorn dengan Jimin dan Solar dengan RapMon.Ada bantahan?"

Semua menggeleng kepala.

"Jadi saya pergi dahulu."kata manager Jongmin dan beredar dari situ.

"Abang pun mahu pergi jadi buatlah macam rumah sendiri."Alan pun beredar dari situ.

Selepas manager Jongmin dan Alan beredar BBB dan BTS mula berborak-borak dan sekejap sahaja mereka menjadi akrab.

Apabila masuk waktu makan malam,Jin ingin memasak makanan tetapi Gempa berkata biar sahaja dia yang masak.Jin pun membiarkan Gempa pergi ke dapur kerana selama ni asyik dia yang masak.

"Makanan siap."

"Wahh Laksa."

"Baiklah mari kita makan."

Mula-mula BTS ragu-ragu untuk makan makanan yang Gempa buat tetapi selepas Jin merasakan makanan itu sedap mereka pun mula makan bersama-sama.

Selepas makan,BTS membawa roommate masing-masing ke bilik mereka.

Bilik Jin & Gempa

"Kau boleh tidur dekat sebelah sana."Jin menunjukkan sebuah katil yang berada dekat dengan tingkap bilik.

"Ok."

Sewaktu Gempa mengemas barangnya Jin ternampak satu buku yang bertajuk Dad Jokes Collection Really Limited Edition dan Cooking Book Really Really Limited Edition didalam beg Gempa membuatkan dia terkejut.

"Ge...Gempa."

"Ha kenapa?"balas Gempa sambil memasukkan bajunya kedalam almari.

"Bo...Boleh aku pi... pinjam tak bu... buku tu."Gempa memandang Jin yang terkejut seperti orang melihat hantu.

"Boleh apa salahnya."terus Jin ambil dan baca diatas katilnya.

'Oh ini ke ahli yang Gopal cakap suka masak tu.'kata Gempa didalam hati.

Sementara duo memasak ni melakukan kerja mereka masing-masing mari kita lihat bilik ahli yang lain.

Bilik Suga & Halilintar

"Boleh tak kau tidur dekat tepi tingkap tu aku lebih suka tempat yang gelap."Halilintar bertanya kepada Suga dengan dinginnya dan Suga cuma mengangguk kepala.

'Dia ni aku rasa dingin juga orangnya tapi tak sama dengan orang seswag macam aku.'Suga berkata didalam hati sambil memandang Halilintar.

"Kau pandang aku kenapa?"tanya Halilintar yang sedang mengemas barangnya.

BBB or BTS?Where stories live. Discover now