Pulau Rintis,Malaysia...
Boboiboy dan kawan-kawan mendapat cuti dari tugasan TAPOPS dan nampaknya mereka sedang berada di kedai Tok Aba.
"Bosannya."kata Boboiboy sambil meletakkan kepala di atas meja.
"Fang ada misi bersama dengan Kapten Kaizo,Cattus pula pergi berjalan-jalan dengan cikgu Papa."katanya dengan nada bosan.
"Daripada kau tak buat apa-apa baik kau tolong aku cuci semua cawan dekat sana tu."kata Ochobot sambil menunjukkan cawan yang tidak dibasuh setinggi Menara Berkembar Petronas(?)
"Errr aduh aduh tangan aku ni terasa kebas la Ochobot sampai tak boleh bergerak."Ish ish ish Boboiboy dah tahu malas cakap la malas.
"Ish kau ni Boboiboy kesian Ochobot tu tau."tegur Yaya.
"Ya lor kesian dia."tegur Ying juga.
"Ya ya aku minta maaf Ochobot."
"Tak dak hal la."kata Ochobot kemudian dia menyambung kerjanya.
"Aik kau apasal senyap je Go-"belum sempat dia berkata apa-apa Gopal menyuruhnya diam.
"Shhuusshh."mata Gopal masih tak terlepas skrin tv.
"Kau tengok apa tu?"Boboiboy mengalihkan pandangannya kearah tv dan dia melihat tujuh orang lelaki sedang menari sambil menyanyi.Gerakan tarian mereka membuatkan dia berasa kagum dan nyanyian mereka sangat bagus walaupun dalam bahasa yang agak familiar bagi K-pop fans.
"Siapa diorang ni hebat juga tarian dan suara mereka ni?"Boboiboy bertanya kepada Gopal tetapi Gopal membalas dengan muka terkejutnya.
"Kau... Kau tak kenal diorang ni siapa?"Gopal pula yang bertanya dan dibalas dengan gelengan kepala Boboiboy.
"Siapa?"
"Diorang ni adalah-"
"BTS!!"Yaya dan Ying menyampuk percakapan mereka.
"Apa tu sejenis RTS?"Haih Boboiboy apa yang kau merepek ni.
"BTS bukan RTS."kata Yaya.
"Dey yang korang menyampuk ni apasal."marah Gopal kerana tidak dapat menjelaskan kepada Boboiboy dan mengorengnya.(Siapa yang tahu maksud goreng ni faham-faham je la.)
"Biar lor daripada kau nak jelaskan ambil masa berjam-jam baru habis."kata-kata pedas sepedas cili padi Ying keluarkan menyebabkan Gopal berasa muram.
"Hah BTS atau Bangtan Sonyeondan adalah satu kumpulan K-pop terkenal didunia yang terdiri daripada 7 ahli lelaki.Mereka juga adalah pemenang Top Social Artist dua tahun berturut-turut di Billboard Music Award iaitu pada tahun 2017 & 2018.Banyak lagu terkenal yang mereka keluarkan seperti Fire,DNA,Fake Love dan lain-lain."terang Yaya.
"Owhh."Boboiboy melihat semula tv itu dan dia berasa familiar dengan tarian yang mereka lakukan kerana dia dulu dalam badan Gempa pernah melihat Blaze menari dengan mengikut gerakan yang sama dengan kumpulan K-pop itu semasa berpecah tujuh.
'Hmm cuba bayangkan aku dengan yang lain menari mengikut tarian mereka ni.'kata Boboiboy didalam fikirannya sambil membayangkan dia dan elemental lain menari macam BTS.
"Baiklah apa kata kalau macam ni."dia mula berpecah kepada tujuh dan orang pertama yang paling excited ialah Blaze.
"Cepat la cepat la."kata Blaze tidak sabar.
"Kau yakin ke Gempa dah lama kita tak buat benda tu."tanya Halilintar.
"Aku boleh je."Taufan bersetuju dengan perkara yang mereka fikirkan.
YOU ARE READING
BBB or BTS?
LosoweApa akan jadi kalau semua Elemental Boboiboy handal dalam menyanyi menyebabkan mereka ditarik ke dalam dunia industri muzik dan ditambah lagi mereka bekerja dalam agensi yang sama dengan kumpulan K-pop terkenal iaitu BTS. Cover Book by @yjhlove- . ...