"HAHHH??!!"
Yaya,Jin dan Suga pelik.Tapi dengan cepat Suga mencover ayat.
"Maaf tapi saya rasa abang ni salah orang."kata Suga.Lelaki yang muka macam Namjoon tu pun faham.
"Ohh orang lain ke.Ingat kawan abang tadi sebab muka kamu berdua sama macam mereka."kata lelaki itu sambil duduk di meja mereka.
"Nama abang Naim Joni.Panggil je abang Naim.Apa nama korang sebab abang tengok korang ni macam orang baru je kat kampung ni.?"tanya Naim.
"Nama saya Yaya.Yang ni nama dia Kim Seokjin dan sebelah tu Min Yoongi.Kami datang sini pun sebab Yaya bawa diorang berdua ni datang sini untuk merasai suasana kampung di Malaysia."jawab Yaya walaupun dia tak pasti betul ke sekarang ni dia dekat Malaysia.
"Haa bagus la tu kat kampung ni memang suasana dan pemandangannya cantik-cantik belaka.Jadi nikmati la ya."kata Naim.Kemudian datang dua orang lagi yang satu muka macam Jimin dan Taehyung duduk di meja sebelah.
"Jimin... Taehyung..."kata Jin perlahan tapi didengari oleh Yaya dan Suga.
"Eh! Abang Naim,Pak Su,Pak Aji minum sekali ke tak ajak pun.Tu anak dara siapa pula tu?"kata yang muka macam Taehyung.
"Haah.Dah dah la tu Abang Naim,Pak Su,Pak Aji dah tua-tua pun nak mengorat anak dara orang buat apa."kata yang muka macam Jimin.
"Betul tu."angguk yang muka Taehyung.
Jin dan Suga menahan kaki dan tangan diorang supaya tidak mehempuk dua orang yang muka macam maknae diorang tu.
"Eh bukan la diorang ni orang luar yang datang bercuti kat kampung kita."kata Naim.Diorang pun mengganguk.
"Nama siapa?"tanya yang bermuka Taehyung kepada Yaya.
"Nama saya Yaya ini Kim Seokjin dan Min Yoongi.Kami datang sini sebab Yaya nak bagi diorang berdua ni merasai suasana kampung di Malaysia."jawab Yaya.
"Ohh ingatkan datang sini nak meminang saya."kata yang bermuka Taehyung.Kepala dia pun diketuk oleh Yang Bermuka Jimin.Macam YB Jimin pula XD.
"Hotak kau! Nama saya Jeman yang otak tak seberapa ni Taufik."Jeman memperkenalkan dirinya.
Mereka pun berborak bersama sambil-sambil tu Yaya,Jin dan Suga mengorek maklumat tentang Gempa dan yang lain.
Kemudian tiba-tiba terdengar azan berkumandang.
"Uishh siapa yang azan pukul 10 pagi ni!"terkejut Taufik.
"Tak boleh macam ni kalau tidak sesat kampung kita ni.Malu Tok Bang(Bang pd) nanti!!"kata Naim.
"Mazhab mana dia ikut ni! Ni mesti kerja Bilal ni!"kata Jeman.Dia pun bangun.
"Orang kampung kita tak boleh biar benda ni berlaku jom ke masjid!!"ajak Jeman kepada orang-orang yang berada di warung itu.
Mereka semua pun pergi ke masjid kampung itu termasuk Yaya,Jin dan Suga.
"Bilal! Bilal! Bilal Johari bin Kopi Oh!! Kau keluar sekarang!"panggil Jeman dengan kuat di luar masjid bersama orang-orang kampung.
"Ha ada apa?"keluar seseorang yang muka macam Jungkook.
"Kau azan pukul 10 pagi buat apa!!"kata Jeman.
"Bukan aku yang azan tapi dia."tunjuk yang muka macam Jungkook atau Johari kepada seseorang disebelahnya.
"Kiamat dah dekat!!"muka dia memang macam Halilintar membuatkan Yaya,Jin dan Suga terkejut.
"Hali..."kata Suga perlahan didengari oleh Yaya dan Jin begitu juga Ochobot yang berada dilengannya.
"Heh si gila ni ke! Memang gila la jawabnya!"kata Jeman.
"Betul tu dah la gila memang buat kerja gila la dia ni sampai azan pun pukul 10 pagi!"kata Taufik.
Suga agak touching dengan ayat yang dilempar oleh mereka berdua kepada Halilintar tu.Walaupun sekali sekala nampak macam suka palau Halilintar.Dia tetap roommate Halilintar yang perhatian kepada dirinya mesti la Suga terasa dengan ayat diorang tu.
"Korang ni tiap-tiap hari Bilal azan satu batang hidung korang pun aku tak nampak! Time aku azan satu kampung datang! Siapa yang gila sekarang!!"balas Halilintar atau penduduk kampung kenali sebagai Ali si Gila.
Pakat satu kampung tutup muka sebab malu dan sentap termasuklah Naim,Taufik dan Jeman.
"Hah tahu pun korang kalau nak menghina orang macam Ali ni jangan dibuat dosa tahu tak dan aku yang suruh Ali ni azan tadi."kata Imam masjid yang keluar dari masjid itu.
"Asal Iman tu muka dia macam ah whatever..."kata Yaya setelah melihat muka imam itu macam Hoseok.
"Dah semua pergi balik."kata Imam itu aka Imam Husin.Manakala Yaya,Jin dan Suga pergi ke arah Halilintar.
"Hali!!"panggil mereka.Halilintar memandang mereka.
"Hali kau ingat kitaorang tak?"tanya Suga kepadanya sambil memegang bahu Halilintar.
"Mestilah kau Pak Su dan dia ni Pak Aji dia tu pula aku tak kenal siapa dia.Eh jap walaupun aku gila aku tak hilang ingatan tau tak!"kata Halilintar kemudian dia melepaskan tangan Suga dan pergi.
"Hali!"Suga memegang bahu Halilintar.
"Ishh ada apa ni Pak Su saya nak balik la!"tepis Halilintar.
"Boboiboy Halilintar!!"panggil Suga dengan lebih kuat sambil memegang kedua-dua belah bahu Halilintar.
"Kau sahabat aku! Kau roommate aku! Kau rival lawan adu cakap dengan aku! Dan yang paling penting kau ni Halilintar... Boboiboy Halilintar yang selalu lawan balik apa yang aku cakap.Aku sayangkan kau sebagai seorang sahabat dan sahabat ni lah yang bantu kau selain Gempa dan Tok Aba! Aku nak Hali balik.. balik bersama BBB yang lain kerana Aku,BTS,Ochobot,Yaya,Ying,Gopal,Fang dan yang lain perlukan korang sekarang! Dan aku nak balik Halilintar yang sanggup buat apa sahaja untuk melindungi pecahan dia yang lain dan menjadi kawan terbaik yang pernah aku ada!!"luah Suga panjang membuatkan Halilintar terkaku.
"Kerana aku Min Yoongi perlukan Papa Hali yang kami kenal..."kata Yoongi dengan air matanya keluar sambil tersenyum.
Entah kenapa air mata Halilintar mengalir.
'Kejap kenapa aku menangis? Kenapa aku rasa ada yang hilang dalam diri aku ni? Dan kenapa aku terasa rindukan seseorang bukan aku terasa rindukan banyak orang?'kata Halilintar dalam hati kemudian dia ingat dirinya siapa.
'Namaku Hali.. Halilintar.Pecahan kepada Boboiboy dan pelindung pecahan yang lain itu diri sebenar aku!!'
"Yoongi,Jin,Yaya,Ochobot aku dah balik.Aku dah balik!! Wohoo!! Aku dah balik!!!"kata Halilintar sambil memeluk Yoongi.Yoongi pun gembira kerana Halilintar dah kembali.
"Selamat kembali..."kata Jin,Yaya dan Ochobot sambil tersenyum.
Kemudian portal Gigabot pun muncul menandakan mereka berjaya menjumpai salah satu BBB.
Sewaktu mereka nak masuk Yoongi dan Halilintar ternampak lelaki yang bermuka macam Yoongi aka Pak Su dan lelaki bermuka macam Jin aka Pak Aji melambai tangan kearah mereka.
"Masih ingat lagi tagline YoonHali kita?"tanya Yoongi kepada Halilintar.
"Mesti la ingat!"jawabnya.
"SELAMAT MENINGGAL!!!"jerit mereka berdua sebelum memasuki portal tersebut.
"Serius itu kata-kata terakhir mereka kepada kita?"kata yang bermuka macam Jin aka Pak Aji kepada yang bermuka macam Yoongi.
"Kisah apa aku I Love Myself.."katanya tersenyum sambil beredar dari situ.
To Be Continued
.
.
.
.
Omake
ONCE: Watahek dengan tajuk bab ni XD.Nampaknya mereka dah jumpa Halilintar tapi macam mana keadaan Team-team lain dan BBB yang lain? Kita tunggu di chapter akan datang.Jangan lupa vote dan komen bye bye!!
YOU ARE READING
BBB or BTS?
RandomApa akan jadi kalau semua Elemental Boboiboy handal dalam menyanyi menyebabkan mereka ditarik ke dalam dunia industri muzik dan ditambah lagi mereka bekerja dalam agensi yang sama dengan kumpulan K-pop terkenal iaitu BTS. Cover Book by @yjhlove- . ...