MATA

881 92 62
                                    

Team 2

Team 2 sedang berada di sebuah bandar yang moden dan berteknologi.

"Wahhh besarnya menara tu!"kata Hoseok dan Gopal yang kagum kerana melihat tiga menara ikonik di bandar yang mereka jejaki ini.

"Weh jangan lupa misi kita untuk mencari BBB yang lain."tegur Namjoon.

"Ya lo Gopal dah dah la tu dengan selfie kau tu jom cari BBB cepat!"kata Ying kepada Gopal yang sibuk berselfie dengan menara tu.

"Ishh sabar la view cantik ni!"kata Gopal sambil sambung selfie.

"Dua kali lima je dengan Solar."kata Namjoon.Ying pun menarik(mengheret) Gopal dengan terpaksa.

"Weh weh sabar la."kata Gopal.

"Hob jom cepat!"panggil Namjoon sambil mengikuti Ying.Hoseok pun memasukkan balik telefon dia ke dalam poket.

"Ok!"

Hoseok pun mengikuti Namjoon tapi dia terlanggar seseorang dan membuatkan dia jatuh bersama-sama orang itu.

"Aduh.."Hoseok pun bangun dan melihat ada seorang budak yang jatuh di hadapannya.

"Eh adik tak apa-apa?"Hoseok menghulurkan tangannya.

"Saya okey."kata budak itu.

"Nama abang Hoseok.Jung Hoseok selamat berkenalan!"Hoseok perkenalkan dirinya dengan senyuman sunshine dia.

"Selamat berkenalan nama saya pula Ali Bin Ghazali panggil je Ali."kata Ali .Okay sekarang korang semua tahu Team 2 dekat dimensi mana?

"Okaylah abang kena pergi sekarang ni nanti tak pasal-pasal kawan abang berrap(membebel) kat abang.Bai Ali!"kata Hoseok sambil beredar dari situ.

"Bai Abang Hoseok!"Ali pun menyambung perjalanan ke rumah dia padahal dia terlupa yang dia ada misi.

"Eh! Aku ada misi la!!!"maka Ali pun pergi mencari vending machine yang terdekat untuk ke MATA.

Di tempat lain iaitu ibu pejabat MATA.

"Sejak kebelakang ini ada saja kes-kes tentang kebakaran misteri yang menjadi tanda tanya siapakah dalang disebalik kejadian ini."kata Jeneral Rama.

Beberapa Ejen sedang mendengar taklimat daripada Jeneral Rama.

"Jadi saya mahu kamu-"kata-kata Jeneral Rama terpotong kerana kehadiran Ali.

"Kenapa kamu datang lambat HAHH!!!"tengking Jeneral Rama dah macam Kapten Kaizo la pula.

"So..Sorry Jeneral jalan jam tadi!"kata Ali sambil tersenyum kekok.

"Hmm!"

Ali pun berbaris untuk mendengar misi kali ini.

"Kau ni satu hari tak buat masalah memang tak sahkan."bisik Alicia kepada Ali.

"Apa kau cakap!"Ali menunjuk jarinya ke arah Alicia.

"Sudah sudah! Selesaikan misi kamu semua dengan menyiasat siapa dalang disebalik kebakaran misteri ini.Bertindak segera!!"arah Jeneral Rama sebelum hologramnya hilang.

"Uncle misi kali ni kita kena siasat siapa dalang disebalik kebakaran misteri tu ke?"tanya Ali kepada Bakar.

"Haah Uncle pun rasa nak tahu juga dalang dia ni."jawab Bakar.

Misi kali ini diikuti oleh Bakar,Ali,Alicia,Zass dan Iman.Mereka pergi menyiasat dilokasi terakhir kebakaran misteri itu berlaku iaitu sebuah rumah di kawasan perumahan pinggir bandar Cyberaya.

Alicia sekarang tengah meneliti kesan-kesan daripada kebakaran itu.

"Tak ada kesan minyak atau bahan mudah terbakar."kata Alicia.Ali memandangnya.

BBB or BTS?Where stories live. Discover now