Rose Angle
"Baby.. Besok sy mahu pergi Colombia. Mungkin dear akan lama sikit disana. Baby ikut dear lah ok."
"Berapa lama dear disana?"
"Mungkin paling lama 2 bulan."
"Tidak apa lah dear. Baby di sini saja lah tunggu dear. Baby takut boring disana nanti. Lagipun banyak event mumy next month. Sudah mumy pesan supaya temankan dia."
"Ok baby. Kalau ada apa-apa just call dear direct ok. I'm gonna miss you baby."
William terpaksa pergi Colombia kerana ada urusan business yang terpaksa diuruskan oleh dia sendiri. Pekerjanya di sana tidak dapat handle masalah tersebut. Ne kali saya sangat emosi masa Willian mahu jalan. Tiba-tiba pula saya rasa susah hati. Saya berdoa saja mudahan segala urusan William di Colombia akan berjalan dengan lancar.
Kini tinggal saya sendiri untuk tempoh 2 bulan sehingga William balik dari Colombia. Mumy William pun sama juga macam William selalu travel cuma mumy William kalau travel tu sebab dia suka ikut kawan dia pergi jalan-jalan atau hadiri majlis-majlis charity. Next month baru mumy dia balik dari USA. Saya duduk minum sambil baca novel. Biasanya inilah aktiviti saya kalau bersendirian. Boring tu memang boring lah tapi apa boleh buat kan.
Beginilah kehidupan saya sejak berkahwin dengan seorang jutawan yang terkenal di dunia. William Walter merupakan suami saya dan dia langsung tidak kisah status saya sebagai seorang anak yatim piatu. Saya membesar di rumah anak yatim St. Maria dan dijaga oleh sister Carmen. Dia merupakan pengetua di St. Maria. Walaupun dia garang dan tegas tapi dia tidak pernah mendera kami. Dia didik kami menjadi seorang berdisiplin dan bertanggungjawab. Segala tingkah laku kami pun turut diperhatikan.
Sudah hampir 4 tahun lebih usia perkahwinan kami tapi sampai sekarang kami masih belum dikurniakan cahaya mata. Sudah berapa kali mumy William bawa saya berjumpa dengan doktor pakar di USA, German dan Russia. Semua doktor pun cakap rahim saya sihat. Mungkin belum rezeki saya lagi tapi mumy William berabis mahu ada cucu. Sampai pernah mumy William cakap mungkin saya ne sampai bila-bila pun tidak akan ada anak sebab saya seorang yatim piatu. Sedih ba bila kena cakap begitu. Saya tahan saja perangai mumy William dan tidak pernah sekali pun saya mengaduh sama William.
Setiap hari William akan telefon saya. Awal pagi dan waktu malam sebelum tidur. Beginilah gaya William kalau saya tidak ikut dia outstation, mesti rajin call atau mesej saya. Saya rasa bertuah dapat suami seperti dia. Dia tidak pernah abaikan saya walaupun dia sentiasa sibuk.
Saya masih ingat masa pertemuan saya dengan William 4 tahun lalu. Masa tu umur saya 18 tahun dan dia pula 25 tahun. Sebenarnya waktu itu Rumah St. Maria ada terima tetamu penting. Menurut Sister Carmen, tetamu yang datang tu selalu menderma dan membantu segala keperluan anak-anak yatim yang tinggal disini. Kami semua kena suruh jaga tingkah laku pada masa itu. Ketika itu seramai 20 gadis yang tinggal disini. Tiada lelaki disini yah. Saya yang paling tua dan paling muda umur 3 bulan. Baby Ana yang baru saja diterima oleh sister Carmen. Kalau sister Carmen sibuk, saya yang ditugaskan untuk menjaga baby Ana. Semua budak disini panggil saya Sis Rose.
Kami masing-masing sudah diberikan tugas oleh sister Carmen untuk menguruskan rumah ne dan juga diri sendiri kecuali yang masih kecil betul, saya akan bantu mereka. Rumah ne ada 3 tingkat dan mempunyai halaman yang luas. Tugas saya adalah cuci kain dan memasak serta menjadi assistant sister Carmen.
Hari itu saya terbangun lambat sebab semalam saya jaga baby Ana yang deman panas. Saya kelam kabut pergi belakang rumah untuk cuci kain. Habis berus kain, saya ingin buang air sabun dalam baldi supaya boleh isi air bersih untuk bilas kain yang telah saya berus tadi. Oleh kerana ingin cepat, saya main buang saja tu air sabun. Saya tersedar bila ada suara lelaki menjerit "arghh". Saya tengok rupanya ada seorang lelaki berdiri depan saya dan saya pula telah tersimbah air sabun di badan dia. Habis basah kuyup badan lelaki tu.
YOU ARE READING
Ex Wife Mr. W the Billionaire
RomanceWilliam Walter pernah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat miskin dan dia sangat mencintai wanita itu. Dia yang menjadikan wanita itu terkenal di seluruh dunia dan wanita itu juga memiliki segala-galanya. Hampir 3 tahun perkahwinan mereka har...