Chapter 15: Warning!!

4.2K 394 65
                                    

Santiago Santos

"Alex, sediakan flight saya sekarang. Pastikan kau siapkan orang-orang kita di sana dan sediakan semuanya seperti yang sudah saya rancang."

Alex adalah orang kanan saya. Hanya dia seorang saja tahu apa rancangan sebenar saya untuk William Walter dan dia punya beautiful wife. Hahaha.. Saya sudah tidak sabar untuk melaksanakan rancangan saya. Saya sudah terbayang-bayang sekiranya rancangan saya berjaya, saya pasti menjadi terkenal dan ditakuti dikalangan geng-geng underground dan pihak berkuasa di Colombia.

"Bos, semuanya sudah siap. Dalam masa 1 jam lagi kita boleh terbang sudah."

"Bagus. Bungkusan tu jangan lupa bawa. Saya serahkan sama kau. Jangan benarkan orang lain sentuh bungkusan itu. Ingat!!"

"Baik Bos. Boleh saya bawa Martias dan Lucas bersama?"

"Oh.. Orang baru tu? Kenapa kau mahu bawa dorang?"

"Kita perlukan kambing hitam sekiranya kita mahu selamat semasa melakukan rancangan bos."

"Hahaha.. Kau memang bijak Alex. Lepas tamat saja misi ini, saya akan bagi kau ganjaran paling besar."

"Terima kasih Bos."

Saya berpuas hati dengan idea bernas Alex. Memang tidak salah saya pilih dia sebagai orang kanan saya. Saya turut bawa bersama perempuan simpanan saya seorang lagi bernama Tiffany untuk menemani saya sepanjang berada di London. Selain itu, dia juga merupakan bakal-bakal kambing hitam dalam rancangan saya untuk mengantikan Donna. Saya tidak mahu Donna mempunyai rekod dalam kesalahan jenayah. Donna akan menjadi isteri kedua saya dan saya harus jaga dia dengan baik.

Sebut pasal Donna, saya teringat Rose Angel. Saya tidak sangka William Walter memiliki wanita yang sangat cantik bagaikan bidadari. Baru pertama kali saya nampak wanita secantik dia. Kalau Rose Angel jadi milik saya pasti kebanyakkan kenalan saya akan cemburu. Hahaha.. Sedangkan Donna pun mereka cembura sama saya apalagi Rose. Pasti hidup saya lagi bahagia jika disamping saya ada wanita yang cantik.

Saya perhatikan gambar Donna dan Rose. Mereka berdua ne ada sedikit iras tapi Rose masih jauh lebih cantik berbanding Donna. Mungkin saya sudah puas nampak Donna kali. Hehehe.. Tunggu saya sampai London, saya akan arahkan orang saya culik Rose dan jadikan dia milik saya buat selamanya. Arghh.. Saya sudah tidak sabar mahu jadikan Rose perempuan saya.

Sebelum naik kapal, saya rasa sedikit lain bila diperhatikan orang yang Alex bawa. Mereka berdua perhatikan gerak geri saya dari tadi lagi. Saya curiga betul sama mereka berdua ini. Saya panggil Alex dan tanya pasal mereka berdua. Alex cakap Martias sudah lama join gang saya manakala Lucas pula baru join beberapa bulan lalu dan dia sangat cekap dalam menjalankan tugas. Alex ceritakan pencapaian mereka berdua.

Mungkin perasaan saya saja yang terlampau berhati-hati. Maklumlah misi kali ini adalah misi paling penting yang pernah saya buat. Sampai di London, orang-orang saya datang jemput dan terus hantar saya pergi rumah banglo saya. Oleh kerana larut malam sudah, saya perlu berehat dulu.

Keesokkan harinya saya suruh Alex kumpul semua orang-orang saya. Misi hari ini adalah menculik Rose Angle. Alex arah Martinas dan Lucas untuk mengetuai misi ini. Sementara itu saya suruh Tiffany sediakan bilik dan ubat khas untuk Rose nanti. Hahaha.. Perempuan itu tidak lama lagi akan berada dalam tangan saya. Kalau dia ada dalam cengkaman saya, jangan haral dia akan terlepas. Hahahha...

Alex perlu ikut saya untuk menjemput Donna. Saya mahu bagi kejutan sama Donna. Hahaha.. Saya rindu betul dengan dia. Sejak kebelakangan ini dia jarang call saya. Dalam kereta saya sempat tanya Alex tentang bungkusan itu.

"Alex, bungkusan tu sudah kau simpan dalam safety box?"

"Sudah bos. Jangan risau. Bilik tu pun kena kawal ketat dengan orang-orang kita."

Ex Wife Mr. W the BillionaireWhere stories live. Discover now