SE - Donna ❤ Jonathan @ Logan

4.6K 421 63
                                    

Donna

Saya terpaksa ikut Logan kerana duit yang boleh keluar dari akaun bank saya hanya $1 million. Sepatutnya saya perlu bayar dia $10 Million. Saya lupa rupanya saya ada derma duit saya pergi badan kebajikan. Logan memang sangat marah sebab dia rasa diperbodohkan. Dia cakap dia perlu tanggung kos kerugian kerana percayakan saya.

Sekarang saya berada di kawasan yang jauh dari bandar. Dia bawa saya bersama sebab mahu jadikan saya sebagai orang gaji dia sampai dia rasa saya sudah cukup bayar dia baki $9 Million baru dia akan lepaskan saya. Saya kira-kira mungkin sampai mati pun saya tidak dapat bayar tu $9 Million.

Sebenarnya saya senang hati juga ikut Logan. Saya tidak kisah jadi orang gaji dia asal dapat dekat dia walaupun saya tahu Logan tu bukan Jonathan. Sekurang-kurangnya saya dapat lepaskan rindu saya.

Saya ingat dia tinggal di rumah yang besar dan mewah. Sekali tengok dia tinggal di kawasan yang jauh lagi dari kampung dan pekan. Rumah dia ne di kawasan pergunungan dan ada sungai lagi. Sejuk masa kami turun dari kereta. Dui.. Rumah dia punyalah kecil bagi sayalah. Bila masuk di dalam cuma ada satu bilik, satu tandas, bilik sauna pun ok. Dapur dan ruang tamu dalam ruang yang sama. Tiada TV tapi ada radio dan komputer. Dia cuma ada 3 seat sofa, meja makan dan 2 kerusi.

"Kau tinggal disini? Biar betul kau ne? Macam tidak ngam pula dengan hasil dari kerja yang kau terima."

"Amboi.. Jangan bergaya sana. Sudah buat saya rugi lepas tu banyak songeh lagi. Kau tu orang gaji saya sekarang. Ikutkan hati bagus saya jual kau saja. Nasib masakkan kau sedap."

Saya mahu ketawa lepas Logan cakap macam tu. Dia jadikan saya orang gaji dia hanya kerana saya pandai masak. Ugutan dia sedikit pun tidak bikin takut apatah lagi bila tengok muka dia. Hahaha.... Saya fikirlah manalah saya mahu tidur ne. Sudahlah kami berdua saja dalam ne rumah. 😧

"Saya tidur di mana kalau rumah kau ada 1 bilik saja."

"Kau tidur di ruang tamulah. Kenapa? Tidak biasakah? No share room, toilet and my sauna room. Kalau kau mahu mandikah, berakkah atau kencingkah pergi sana sungai atau hutan. Jangan berak dekat kawasan rumah saya. Awas kau. Saya gantung kau di atas pokok tu. Biar kau mati "

"Kedekut. Iskk.. Yalah. Baju saya pula macam mana? Ne saja yang saya pakai sekarang ada."

"Itu hal kau. Pandailah kau fikir sendiri. Jangan harap saya akan keluarkan 1 sen pun untuk kau ok. Patut kau tu yang mahu bayar saya $9 million lagi."

Doi.. Kedekut kalah haji bakil. Kalau Jonathan, apa saja saya minta pasti dia bagi. Jauh berbeza dengan Logan. Mereka ne macam pelanduk dua serupa tapi gaya memang jauh berbeza. Jonathan mana pandai pegang senjata lebih-lebih lagi mahu berlawan.

Logan masuk bilik dia. Saya pergilah dapur mahu masak untuk makan malam kami. Sudahlah tengahari kami skip makan. Sejuk lagi. Saya masak air dulu. Ne malam tidak dapat mandi. Saya cium ketiak saya tidak juga berbau. Hahaha.. Masih wangi lagi badan saya.

Saya buka peti sejuk mahu tengok apa yang boleh di masak. Astaga.. Kosong. Ada pun cuma beer saja bikin penuh tu peti sejuk. Saya buka semua almari yang ada di dapur. Saya tersenyum. Bolehlah masak ne. Dengan hati yang senang saya masak sambil bernyanyi. Tiba-tiba Logan pergi buka peti sejuk tanpa pakai baju. Cuma seluar panjang saja. Sikit saya teriak oh. Bikin hairan juga ne orang tidak pandai sejukkah dia. Sudah tu minum lagi beer dari peti sejuk. Lepas tu mata saya terpaku dengan satu tahi lalat yang terdapat di belakang Logan. Aikk.. Hampir sama pula tahi lalat dengan Jonathan. Kedudukan pun sama juga. 

"Oii.. Apa tengok-tengok? Kau ne kan bitchy betul oh."

Cis.. Mahu jak saya kasih koyak tu mulut celupar dia. Sembarangan jak panggil saya bitchy. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ex Wife Mr. W the BillionaireWhere stories live. Discover now