Mathew Roffson @Hendry
Finally kami sampai juga di Rusia. Orang-orang Kurt Ovaz (Dark Master) sudah bersiap sedia tunggu kami di lapangan terbang. Rose pula masih tidur dari tadi. Saya rasa kesian dan simpati dengan dia. Masa dalam kapal Rose ada cerita sambil menangis apa yang telah William lakukan sama dia. Ikutkan hati mahu jak saya hantam lelaki tidak berguna tu. Dia tidak patut lakukan Rose seperti seorang perempuan yang tiada maruah. Sakit hati saya nampak cop merah di leher dan dada Rose. Saya sarungkan Rose jacket saya. Saya janji sama diri saya sendiri selesai semua masalah ini, saya akan jaga Rose dan juga baby dia. William tidak layak memiliki Rose.
Saya teringat kejadian 2 bulan lalu bagaimana saya boleh berkenalan dengan lelaki yang bernama Dark Master. Masa tu saya masih sibuk fikirkan cara bagaimana hendak bawa Rose lari dengan selamat. Saya terima panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Orang tersebut ingin berjumpa dengan saya dan berbincang pasal Rose Angel. Masa tu juga saya bersetuju untuk berjumpa sebab jika melibatkan Rose, saya tidak boleh lepas pandang sebab keutamaan saya adalah Rose.
Perjumpaan saya dengan Dark Master adalah sangat rahsia. Kami berbincang pun atas kapal terbang peribadi dia. Ada seorang aunty yang sangat cantik walaupun sudah berusia. Dia duduk bersebelahan dengan Dark Master.
"Mathew Roffson, perkenalkan ini adalah isteri saya, Christina Hope."
Saya salam Mrs. Hope dan baru saya cium tangan dia sudah Dark Master rebut tangan isteri dia dari tangan saya. Saya boleh rasa renungan tajam dari Dark Master. Hahaha.. Tidak sangka walaupun mereka berdua sudah berusia tapi masih lagi penuh dengan love love.
"Sorry kalau saya menyinggung perasaan Mr. Kurt."
"It's ok. Cuma sekarang saya ajak sensitive dengan wife saya ne. Hanya saya seorang saja yang boleh sentuh dia. Faham kan maksud saya."
Cara Mr. Kurt cakap tu bikin takut seolah-olah memberi saya amaran. First saya jumpa lelaki seperti ini. Sangat protective. Mrs. Hope pula hanya tenang duduk samping Mr. Kurt.
"Sekali lagi saya minta maaf Mr. Kurt. Lain kali saya akan ingat. Sekarang saya mahu tanya apa tujuan Mr. Kurt mahu berjumpa dengan saya dan apa kaitan dengan Rose Angle?"
"My wife sangat sayangkan Rose Angle dan dia tahu masalah yang di hadapi oleh Rose Angle. Isteri saya mahu Rose Angle tinggal bersama dengan dia. So saya mahu kita bekerjasama untuk culik Rose Angle dari William Walter."
"Ok deal tapi sekarang ada lagi orang lain yang berminat dengan Rose Angle....."
Dark Master potong cakap saya dan dia cerita semuanya tentang masalah Rose Angle hadapi dari mula dia bercerai dengan William sehingga penjahat yang bernama Santiago Santos. Sekarang baru saya boleh tangkap keseluruhan cerita Rose dan William serta penjahat itu.
"Jadi macam mana kita mahu teruskan rancangan kita kalau Santiago pun turun menghantar orang dia untuk mengawasi pergerakan William dan Rose?"
"Kita hanya perlu tunggu Rose dan William keluar dari rumah mereka bersama. Kau mesti selalu keep in touch dengan Rose supaya kau boleh tanya bila mereka akan keluar bersama dari rumah itu. Saya akan atur beberapa orang saya bersiap sedia untuk kaburi mata orang-orang Santiago bila-bila masa. Sebaik saja mereka berdua keluar dari rumah itu, saya akan suruh orang saya kejar kereta William dan halang kereta dia. Saya pasti mesti William akan rasa tercabar dan marah sekiranya kereta dia berlanggar dengan kereta orang saya. Saya kenal siapa William jadi pasti dia akan keluar dari kereta dia dan berjumpa dengan orang saya. Masa itulah saya perlukan kau bawa Rose lari dari sana tapi ingat jangan sampai William perasaan kehilangan Rose. Sebaik saja Rose ada bersama dengan kau, kamu mesti direct pergi airport. Ada jet peribadi saya disana tunggu kamu dan kamu akan terbang ke Rusia. Semua dokumen perjalanan kamu pun saya akan sediakan."
YOU ARE READING
Ex Wife Mr. W the Billionaire
RomanceWilliam Walter pernah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat miskin dan dia sangat mencintai wanita itu. Dia yang menjadikan wanita itu terkenal di seluruh dunia dan wanita itu juga memiliki segala-galanya. Hampir 3 tahun perkahwinan mereka har...