William Walter
Habis saja bercakap dengan Jeneral Lucas dalam telefon, saya bergegas ke rumah di mana saya tempatkan Donna dan baby Grey. Sekarang ne saya cuma berharap agar anak Rose selamat. Driver saya cakap jalan jem. Makin saya bertambah risau dan gelisa. Kalau saya lambat, anak Rose mungkin dalam bahaya memandangkan Santiago sudah berada disini. Santiago, saya pasti akan buat perhitungan dengan kau sekiranya ada yang terjadi dengan anak Rose. Sudah kau hancurkan rumahtangga saya, saya tidak akan biarkan kau terlepas kali ini.
Saya suruh driver saya pergi padang St. John, kemudian saya call syarikat saya dan sediakan helicopter sekarang juga. Sementara menunggu helicopter datang, saya cuba call HP Donna tapi tidak kena sambut. Kurang asam betul ne perempuan. Mana dia pergi ne. Saya dail lebih dari 50x pun tidak kena sambut. Lagi lah saya risau sekarang ne. Nasib saya belum betul-betul jatuh cinta dengan dia. Patutlah dia ambil berat betul pasal saya rupa-rupanya dia ne spy tersembunyi yang diupah oleh Santiago. Sungguh licik betul Santiago ne.
Saya teringat kejadian kelmarin lagi. Saya betul-betul menyesal layan kau macam begitu, Rose. Sangat menyesal. Saya tidak patut rogol kau. Saya tidak patut sakiti kau. Lelaki jenis apakah saya ne sanggup sakiti wanita yang sudah banyak berkorban untuk saya. Kenapa kau tidak bagitahu saya Rose? Kenapa kau harus rahsiakan semuanya ini? Kau ingat saya ne lelaki lemahkah? Di manalah kau sekarang Rose? Please tunggu saya, Rose. Saya akan selamatkan anak kau lepas tu saya janji akan cari kau kembali dan tebus semua kesalahan yang pernah saya lakukan sebelum ini.
Saya tidak dapat bayangkan berapa banyak penderitaan yang Rose terpaksa hadapi disebabkan saya loose control masa dapat tahu dia curang belakang saya dulu. Saya terlalu marah, cemburu, sakit hati, geram, dan paling sakit adalah saya rasa dikhianati dengan orang yang paling saya cintai. Sekarang bila tahu sudah kebenarannya, saya makin bertambah sakit. Betul-betul hati dan jiwa saya terseksa. Saya melukai wanita paling saya cintai dan dalam masa yang sama saya rasa marah serta kecewa dengan sikap Rose kerana dia tidak jujur dan percayakan saya sebagai suami dia. Dia ingat saya ne lemahkah? Dia ingat saya bodoh betulkah? Saya mengeluh panjang jika difikirkan apa yang telah terjadi.
Lebih kurang 10 minit menunggu akhirnya datang juga helicopter saya. Kalau guna helicopter sekejap saja sampai. Nasib saya ada beli helicopter in case ada masalah macam ne. Bila sampai di kawasan rumah, saya terkejut nampak pintu rumah saya terbuka luas macam tu saja. Saya berlari masuk dalam rumah sambil teriak-teriak nama Donna tapi tiada respond juga. Saya perhatikan ruang tamu saya macam kena tsunami bah. Apa sudah terjadi di sini? Saya terlambatkah? Saya teriak lagi.
"Donna mana kau? Oiii.. Perempuan sial. Cepat kau keluar."
Saya naik lah atas dan teriak lagi nama Donna tapi yang saya terdengar suara Aunty Ola yang saya upah untuk menjaga makan minum dan kemas ini rumah sebab saya mahu Donna tumpuhkan perhatian untuk menjaga baby Grey jak masa tu.
"Tu..an.. Saya dalam sini.."
Saya masuk bilik paling hujung. Saya terkejut nampak Aunty Ola nampak ketakutan sambil dukung baby Grey. Cepat-cepat saya pergi tempat aunty Ola.
"Aunty.. Kenepa ne? Aunty nampak takut saja."
"Ada geng penjahat datang rumah ne. Mereka bawa lari miss Donna dan saya kena buang di tengah jalan. Saya terpaksa jalan kali balik sebab kesian baby Grey kena tinggalkan seorang diri dalam ne rumah."
Saya tengok keadaan Aunty macam lemah dan saya terkejut tengok kaki aunty Ola ada kesan luka seperti melecur.
"Kenapa kaki aunty?"
"Saya terpaksa jalan kaki Tuan. Baby Grey sekarang perlukan Tuan. Saya tidak dapat kerja dengan Tuan lagi lepas ne. Saya takut."
"Baiklah aunty. Saya minta maaf sebab libatkan aunty dalam masalah ini. Saya terhutang budi sama aunty sebab sanggup datang balik semata-mata untuk anak saya. Sini saya hantar aunty pergi hospital dulu."
YOU ARE READING
Ex Wife Mr. W the Billionaire
RomanceWilliam Walter pernah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat miskin dan dia sangat mencintai wanita itu. Dia yang menjadikan wanita itu terkenal di seluruh dunia dan wanita itu juga memiliki segala-galanya. Hampir 3 tahun perkahwinan mereka har...