Dark Master
Boleh tahan ramai orang-orang Fall Ramez yang tumbang ne malam. Kira hebat juga orang Santiago sepanjang serang tadi. Mungkin next time saya boleh bekerjasama dengan mereka lagi. Saya perhatikan Hendry sudah turun ke bawah bersama 2 orang bodyguard mengangkat Santiago. Santiago tidak sedarkan diri dan darah menitis dari perut dia. Saya terus telefon PA saya dan minta dia sediakan helicopter sekarang juga. Kalau terlambat sampai hospital ne pasti Santiago akan mati.
"What happen?"
"Fall suruh Santiago tembak dirinya sendiri sekiranya mahu Lusiana bebas. Santiago pun buat seperti yang Fall suruh."
"Bodohnya. Fall tu liciknya orangnya dan pandai memperdayakan musuhnya. Sekarang tunggu helicopter datang. Bawa Santiago ke hospital Pablo Tobon Uribe. Sebut saja nama saya masa di ruang kecemasan, mereka tahu apa yang akan perlu buat. William masih di atas?"
"Ya. Dia masih usahakan untuk menyelamatkan mumy dia."
Shit.. Saya tidak boleh biarkan William bersendirian melawan Fall. William bukan saingan Fall. Saya terus berlari naik ke tingkat atas. Masa hendak sampai di atas, HP saya bergegar. Saya tengok ada 15 kali miss call dari Tina. Saya call balik Tina sebab tadi saya tidak sempat sambut call dia.
"Kenapa sayang? Saya sibuk sekarang ne."
"Dark.. Rose.. Dia kena culik. Ada orang masuk dalam bilik dia."
"WHAT!! Ok.. Sayang jangan panic dulu. Nanti saya call orang-orang saya. Sayang ok juga? Tiada juga tu penjahat apa-apakan sayang? Sayang jangan nangis ok. Saya janji sebaik saja saya kalahkan Fall, saya akan terbang balik ke sana."
"Tolong Rose, Dark. Please. Saya risau lagi pasal kandungan dia. Badan dia masih lemah."
Saya genggam tangan saya dan tumbuk tu dinding. Saya tidak dapat menahan rasa marah saya. Kenapa masa begini ada saja masalah berlaku lebih-lebih lagi melibatkan Tina. Saya tidak mahu biarkan dia bersendirian di sana walaupun ada juga pembantu rumah dan pengawal. Saya yakin ini pasti kerja Fall Ramez. Lelaki bangsat itu.. Arghh.. Berani dia cari gaduh dengan saya. Saya akan perhitungan kau nanti Fall. Itu sudah pasti.
"Sayang.. I have to go. Take care yourself. Wait for me ok. I love you."
"Same to you, Dark. Please come back hurry. I need you."
"Ok. I promise. Sorry sayang."
Saya terdengar bunyi tembakan sebaik saja mematikan talian. Shit.. Saya terus teringat pasal William. Saya sampai saja di tingkat atas dan tengok William sudah terbaring sambil memegang dadanya. Saya bagi dia sapu tangan saya dan suruh dia tahan dada dia. Darah saya makin naik. Sudahlah dia upah orang culik Rose, buat isteri saya risau dan menangis dan sekarang William lagi dia tembak. Saya tidak boleh tahan sudah dengan Fall.
Saya keluarkan pistol dari belakang saya dan suruh dia lepaskan Lusiana tapi Fall seperti tidak mempedulikan cakap saya. That's it. Saya tidak akan berlembut lagi dengan dia. Saya tidak berfikir panjang lagi masa ne. Saya terus buat video call dengan Alex. Saya suruh dia tembak Gina sekarang juga. Ini pengajaran buat Fall. Bila dia nampak sendiri adik dia kena tembak, dia terus mahu tembak saya. Apa lagi, tanpa membuang masa saya terus menembak tepat di tengah dahinya. Ini padanya kalau orang buat kacau dengan saya.
Saya angkat William yang tidak sedarkan diri sementara Lusi mengikut saya dari belakang. Saya menelefon PA saya sekali lagi dan meminta dia sedia helicopter sekarang juga. Tidak sampai 10 minit, kami tiba di Hospital yang sama di mana Santiago ditempatkan.
Santiago dan William sekarang dalam keadaan koma. Saya kesian melihat Lusi seperti orang yang hilang akal. Apa tidak 2 orang sekali gus bah yang dia sayang berada dalam keadaan koma. Baby Grey dan Tiffany pula berada hospital juga. Saya dimaklumkan oleh Alex yang ada penculik memecah masuk dalam kubu Santiago dan berjaya menumpaskan orang-orang Santiago. Nasib penculik tersebut tidak membunuh baby Grey dan Tiffany. Cuma itu saja Donna telah dibawa pergi bersama oleh penculik tersebut. Donna juga ada sampaikan pesanan melalui Tiffany agar tidak risaukan dia.
YOU ARE READING
Ex Wife Mr. W the Billionaire
RomanceWilliam Walter pernah berkahwin dengan seorang wanita yang sangat miskin dan dia sangat mencintai wanita itu. Dia yang menjadikan wanita itu terkenal di seluruh dunia dan wanita itu juga memiliki segala-galanya. Hampir 3 tahun perkahwinan mereka har...