Prolog

5.5K 212 3
                                    

    'SHRINGGG'

    'SHIINGGG'

Dari jauh lagi kedengaran bunyi pedang berlaga di antara satu sama lain.

    Kelihatan dua orang putera mahkota dari dunia yang berlainan sedang bertarung antara satu sama lain. Peperangan antara puak demon dan fairy itu nampaknya telah mengorbankan ramai askar dari kedua dua pihak. Medan perang itu menjadi seperti sebuah padang pasir yang sangat luas dan dibanjiri oleh askar askar yang sudah terkorban sama ada askar dari puak demon atau fairy. Darah pekat memenuhi lantai medan perang itu.

Putera yang berasal daripada puak demon ( Vector)itu melibas pedang yang mempunyai aura kegelapan itu kearah putera puak fairy (Cracia).

Cracia menahan serangan tersebut dengan Light Sword yang dikurniakan oleh bonda dan ayahandanya kepadanya.

     "I will never let you win, bastard! Kau tidak akan sesekali dapat menguasai dunia ini. Because this is not your world. Dunia kau bukan disini!" kata Cracia dengan keras. Dia menekan pedangnya dengan kuat kearah Vector. Putera  tersebut segera mengelak dan bertindak untuk mengundur kebelakang kerana tdak dapat menahan tekanan yang diberikan oleh Cracia.
 
   "How cocky you are. Well let see who will win this war..." kata Vector pula. Well, ingat kan putera fairy seorang yang tidak sombong, nampak nya sebaliknya.

Vector mengeluarkan beberapa bebola api yang berwarna hitam pekat disekelilingnya. Bebola yang sebesar bola jaring itu dihalakan tepat kearah Cracia.

      "Makan ni!!" Kata Vector. Bebola tersebut bergerak laju kearah Cracia yang berada kira kira 6 meter daripadanya.

Cracia yang nampak bebola itu meluru dengan laju kearah nya segera mengelak.

BBOMMM
BBOMMM
BBOOOMM

Satu persatu bebola itu jatuh ke tanah dan membentuk beberapa lubang kawah yang sangat dalam. Tanpa Cracia sedari, sebiji bebola api menuju kearahnya. Cracia yang terkejut dengan bebola itu tidak sempat mengelak dan terkena di bahagian tangan kanan Cracia.

Kesakitan daripada terkena bola api itu kian menjalar diseluruh tubuh Cracia.

     "Hahahaha... kenapa? Does is hurt isn't it?" Soal Vector dengan nada mengejek. Dia berjalan kearah Cracia dengan megahnya. Pedang yang berada di tangannya itu digenggam dengan kuat.

     "ARHHHHHH!!!" Cracia menjerit kesakitan dalam keadaan terbaring... dia merasakan seolah olah bahagian tangan kanan nya itu di cucuk cucuk dengan anak panah yang sangat tajam. Rasa yang sangat menjalar sehingga membuatkan air matanya gugur dihadapan Vector. Dia cuba untuk memulihkan dirinya dengan menggunakan kuasa pemulihan namun gagal.

    "Apa yang kau buat tu? Nak rawat diri sendiri dengan kuasa pemulihan ke? Tak perlulah kau susah susah nak rawat diri kau. Hehehe... racun itu akan membunuh kau dalam beberapa jam lagi. Kesakitan akan terus menjalar sehinggakan semua tenaga kau habis. Hahaahahha....." kata Vector dengan gelak tawa yang sangat menyeramkan. Dia kemudiannya menendang Cracia dengan menggunakan kaki kirinya sekuat hati.

Cracia terpelanting jauh dari situ akibat tendangan Vektor yang kuat itu. Cracia dapat merasakan kesakitan berganda daripada tendangan maut itu. Kuasa pemulihan yang dia ada tak boleh untuk membuang racun daripada tubuhnya.

     "Arhhhhhhhh......" banyak darah yang keluar dari hidung dan mulut Cracia. Tangan yang terkena bebola api itu juga kian membiru. Racun yang berada di dalam tubuhnya tersebut menyerang urat sarafnya dan menyebabkan dia tidak boleh menggunakan segala jenis kuasa yang dimilikinya.

Vector tiba tiba muncul dihadapan Cracia. Baru sahaja dia ingin menendang Cracia semula, dia didatangi oleh seorang lelaki yang bersayap pelepah dan disekelilingnya dikelilingi oleh aura dan debu keemasan.

Lelaki tersebut memandang tajam kearah Vector. Vector juga membalas pandangan lelaki itu dengan tajam.

     "How dare you! Kau serang tanah aku dan menyebabkan kekacauan yang maha besar. Dan kau ingat aku akan lepaskan kau? Never!" Kata lelaki itu dengan keras. Dia menghalakan tangan kanannya kearah Vector.
 
Vector tersenyum sinis dan mengeluarkan beberapa bebola api yang sangat besar disekelilingnya.

    "Cahaya solar." Kata lelaki bersayap itu. Cahaya yang sangat terang muncul melalui tapak tangannya itu. Vektor yang terkena cahaya itu tidak dapat mengelak dan terkena serangan itu. Cahaya tersebut menembusi seluruh badan Vector.

     "Arhhhhhhhhhhh........" jerit Vektor saat cahaya tersebut menembusinya. Satu persatu badannya menjadi debu debu yang sangat halus.

Cahaya yang keluar dari tapak tangan tersebut bukan sahaja memusnah kan Vector seorang namun ancient demon dan demon yang lain juga menjadi debu. Kawasan sekeliling yang terkena cahaya tersebut mula ditumbuhi dengan pokok pokok yang menghijau sekali gus mengembalikan keadaan asal tempat itu.

Lelaki tersebut terbang tinggi kelangit. Kali ini dia menghalakan kedua dua belah tapak tangannnya kearah medan perang itu. Cahaya seperti tadi muncul dan dalam beberapa minit, kawasan tersebut dipenuhi dengan tumbuhan.

Dia terbang turun semula dimana tempat Cracia berada. Dia menyentuh dahi Cracia dengan jari telunjuknya. Satu cahaya yang terang keluar dari jarinya itu.
 
Selang beberapa saat, lelaki itu mengangkat semula jarinya. Cracia yang sakit seperti ingin mati sebentar tadi tiba tiba pulih. Lelaki itu tersenyum manis kearah Cracia.

Lelaki itu bangun berdiri dan sayap pelepah yang berada dibelakangnya mula menghilang. Dia menghulurkan tangannya kearah Cracia. Cracia kelihatan terkejut dengan tindakan lelaki itu namun, disambut juga tangan yang dihulurkan kepadanya itu.

     "Who are you?" Soal Cracia dengan terkejut. Dia melihat sekeliling, askarnya yang cedera teruk pulih dengan sekelip mata. Hanya tinggal mayat sahaja yang terbaring disitu. Dan bukan hanya Cracia yang terkejut malah, askar yang beeada di medan perang itu juga terkejut besar. Riuh rendah tempat itu dengan suara mereka. Ada yang menjerit keriangan kerana telah menang dan pulih serta merta. Ada juga yang menangis bersyukur kerana mereka tidak mati disitu. Ada juga yang tidak percaya dengan kejadian aneh itu.

    "I'm the guardian of this land." Kata lelaki itu. Tiba tiba, debu debu emas disekelilingnya mula terapung dan berpusing dengan laju. Cracia terperanjat dengan kejadian itu. Debu itu kian hilang dan begitu juga dengan lelaki itu. Cracia mencari kelibat lelaki bersayap pelepah itu namun dia tiada di situ.

    "Siapa pun kau, aku tetap berterima kasih atas pertolongan kau itu."

     

                   

RISE OF ANGEL [DISCONTINUE]Where stories live. Discover now