Part 1: Tattoo On Left

3.4K 126 10
                                    

Elina belum sepenuhnya sedar, dia malas membuka matanya. Dia mahu menikmati tidurnya terlebih dahulu. Dia baring mengiring ke kiri dan mencium bau bauan segar dini hari. Teresa begitu nyaman dan membuat dia ingin tidur sekejap lagi. Dia menyelesakan kedudukannya dan mencium bau segar bantal dan selimut yang sedikit berbeza dari biasanya.

Dengan mata terpejam Elina membayangkan ada tangan yang memeluknya dari belakang. Hangat dan membuat dia dicintai. Elina tidak ingin mimpi itu cepat berlalu, dia membalikkan tubuh masih membayangkan seorang tanakwagu tagap. Elina menghidu bau segar itu lagi, berbeza. Elina meraba abs dalam bayangannya dan terasa betul. Macam padat ni, boleh cium lagi wangian macam bau limau macam juga bau bunga. Elina rasa bau-bauan itu sangat dekat dan sedap. Pelik...

Elina membuka sebelah matanya kerana dia hampir merasakan mimpi yang real untuk pertama kali. Nah kan pasti sudah dia sedang meraba seseorang! Matanya bertemu dengan dada seorang lelaki. Serta merta tangannya yang tadi berada diatas abs lelaki itu dia angkat serta merta.

Matanya kini cukup sedar dan waras 100% dia baru bangun dari sebuah katil asing dan lelaki yang baru kali ini dia temui! Amaaa... Elina bangun dengan mata terbelalak dan perlahan menyingkap selimut mengintip tubuhnya yang ternyata...

"I'm naked!!.. "

Tapi dia hanya ingat dia masuk ke dalam sebuah bar dengan suasana hati yang memang tidak baik. Berselisih faham dengan lelaki yang baru beberapa jam menjadi tunangannya kemarin ternyata membuatnya terkeluar dari garis disiplin yang dia tetapkan sendiri.

Dia tidak dan belum pernah tidur dengan lelaki malah dengan tunangnya sendiri Luke Callaghan pun paling panas adalah ciuman yang kedapatan oleh si Mummy yang berakhir dengan persidangan dua keluarga dan bertunang dengan Luke.

Dan kuasa magic dari mana atau mimpinya tentang lelaki bertatto di lengan sebelah kiri ini tiba-tiba sahaja dikabulkan Tuhan dan Elina yang terlalu naif bangun kebingungan disebelah lelaki itu.

Elina tidak pernah menghadapi situasi itu, malah kalaupun pernah mengharapkannya hanya melalui imiginasi buku-buku yang dia baca dan jual di kedai buku kecil yang dimilikinya di Pekan crescent Hill.

Satu lagi, dimana dia sekarang? Dia tiada idea. Kemarin petang dia dengan hati marah, gerigitan sama si Luke yang menuduhnya curang. Bertolak sendirian ke Bandar Kota Kinabalu. Nekad memasuki sebuah Club yang sebelum ini memang list tidak akan dimasuki olehnya sebagai sumandak yang rutin ke gereja.

Memang idea bodoh, tetapi tuduhan Luke lebih menyakitkannya. Nekad mencuba minuman yang selalu disebut dalam novel bacaannya membuat ni tondu masuk dan menuju bartender seperti yang selalu dia nampak di television.

Tapi kan dari sibuk-sibuk fikir pasal kemarin lebih penting hadapi hal yang ada didepannya sekarang. Dalam sibuk berfikir alasan dia berada diatas katil asing ini pandangannya dialihkan ke atas dan bertemu dengan sorot mata lelaki asing yang baru kali ini ditemuinya dan tidur dengannya di atas katil yang sama!

Mata Elina melotot, dia tidak mengenali lelaki itu langsung. Tindakan reflex Elina menarik selimut dan melindungi tubuhnya yang telanjang.

"Arghhhh... "

Elina : Who are you? and what have you done to me?

Lelaki didepannya bangun. Mengosok mata dan meregangkan badannya. Memandang Elina sekilas dan meruap wajahnya dengan tangan kanan.

Kusai : I suppose to ask you, why you ask me for one night stand and still blur this morning.

Sudut bibirnya ternaik sedikit melihat ke arah Elina. Elina memandang sekeliling dan cuba menyedari sepenuhnya yang dia betul-betul berada di tempat asing.

KEEPERWhere stories live. Discover now