BAB 05

2.1K 35 11
                                    

RHEA meluru memeluk Mama Sarah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RHEA meluru memeluk Mama Sarah. Tangisannya berhamburan di atas bahu wanita separuh abad itu. Bergetar seluruh tubuhnya. Mendayu-dayu suaranya ketika cuba bersuara. Dia tahu, dia telah pun berjaya menarik perhatian Mama Sarah dengan lakonan terunggulnya.

"Rhea... kenapa menangis teruk-teruk ni? Siapa dah buat Rhea menangis?"

Rhea tidak menjawab pertanyaan mama. Sebaliknya dia mengemaskan pelukannya pada tubuh Mama Sarah. Hari ini dia akan meraih kepercayaan Mama Sarah sepenuhnya.

"Ini mesti Adam yang buat hal. Adam buat apa? Dia marah-marah Rhea lagi?"

Terangguk-angguk kepalanya mengeyakan pertanyaan Mama Sarah.

"Rhea tunggu sini. Tahulah mama nak ajar Adam tu macam mana."

Lekas-lekas dia menghalang langkah Mama Sarah. Sekarang bukan waktunya Mama Sarah menemui Adam. Sekarang waktunya Mama Sarah mendengar semua ceritanya.

Dia akan mengajar Adam cukup-cukup. Dia akan mengajar Adam lebih menghormatinya. Semoga apa yang dirancang mengikut landasan yang betul. Dia tidak ada back up plan sekiranya rancangannya gagal.

"Betul ke... betul ke mama nak jadikan saya anak angkat?" Tersekat-sekat suaranya demi meyakinkan Mama Sarah. Sayu sorotan matanya menunggu jawapan balas Mama Sarah.

Mungkin apa yang ditanyakan pada Mama Sarah merupakan satu hal yang sensitif. Mama Sarah nampak terkejut. Bibirnya diketap. Hatinya sempat marahkan Adam. Cuma Adam yang tahu tentang hasratnya. Dia telah berpesan pada Adam supaya merahsiakan hal tersebut daripada Rhea. Adam memang suka melanggar arahan!

Hal yang sepatutnya menjadi rahsia buat sementara waktu sudah pun terbongkar. Mama Sarah tidak ada pilihan lain, selain mengeyakan.

"Betul, memang itu niat mama. Tapi berita ni sepatutnya rahsia, sebab mama nak buat kejutan pada Rhea."

Kesal benar raut muka Mama Sarah ketika ini.

"Mama ingat nak beritahu Rhea masa majlis hari jadi Adam nanti. Tapi mama tak sangka Adam terus beritahu Rhea. Mama beritahu Adam dulu dengan niat supaya dia tak terkejut dan buat kecoh pada hari jadi dia."

Kalau tadi kesal, sekarang raut muka Mama Sarah nampak menahan geram.

"Setelah mama ingatkan Adam supaya jangan beritahu Rhea, dia beritahu Rhea juga. Adam ni memang degil! Selalu tak dengar cakap mama! Selalu melawan cakap mama!" Bukan sahaja raut muka, malah suara Mama Sarah juga penuh rasa geram.

Rhea menggeggam erat jari tangan Mama Sarah. Bersama pandangan mata yang masih kabur gara-gara air mata, dia meminta pengertian Mama Sarah

"Mama, jangan ambil Rhea jadi anak angkat mama. Rhea tak nak. Rhea tak boleh jadi anak angkat mama."

Jelas Mama Sarah keliru mendengar permintaan Rhea. Rhea juga menangkap kesedihan Mama Sarah. Bukan niat Rhea mahu membuat Mama Sarah bersedih. Rhea mahu Mama Sarah bahagia. Cuma hasrat Mama Sarah yang satu ini, terpaksa Rhea bantah dengan keras.

"Kenapa pula? Adam dah cakap apa pada Rhea? Adam ugut Rhea? Cakap pada mama. Biar mama senang jumpa Adam dan bincangkan hal ni."

Rhea menggelengkan kepalanya.

"Abang Adam tak ugut Rhea. Rhea sendiri yang tak nak jadi anak angkat mama."

Barulah kendur bahu Mama Sarah. Namun Rhea masih menangkap raut kecewa Mama Sarah.

"Selama ni mama ingat Rhea nak jadi anak mama. Mama tak cukup baik ke, Rhea? Sampai Rhea menolak?"

Tanpa lelah Rhea menggelengkan kepalanya. Niat Mama Sarah baik dan dia sangat menghargainya. Namun kalau dia menjadi anak angkat Mama Sarah, dia takkan berjaya membalas perbuatan Adam menyakitinya.

"Mama baik. Mama baik sangat. Rhea pun memang nak jadi anak mama, tapi tak boleh."

"Keputusan mama nak ambil Rhea sebagai anak angkat demi kebaikan Rhea. Mama nak Rhea jadi anak mama yang sah di sisi undang-undang."

"Rhea tak boleh. Tolong batalkan, mama."

"Rhea..." keluh Mama Sarah. Suaranya semakin kendur sahaja.

"Mama akan kehilangan Rhea kalau macam ni. Rhea tak sudi jadi anak angkat mama."

Kalau tadi hanya satu tangan Mama Sarah yang digenggam, sekarang Rhea telah menggenggam erat sepuluh jari tangan Mama Sarah. Senyuman diberikan pada Mama Sarah. Dia sudah bersedia untuk menyakiti Adam pula dengan rancangan jahatnya.

"Mama takkan kehilangan Rhea. Rhea tak dapat jadi anak angkat mama, tapi Rhea nak jadi menantu mama."

Terbuka luas sepasang mata Mama Sarah. Mama Sarah seperti telah hilang kemahiran untuk berkata-kata. Mama Sarah kebingungan.

Kemudian tidak semena-mena Mama Sarah ketawa. Setelah itu Mama Sarah melepaskan pegangan tangan Rhea. Kali ini, Mama Sarah yang memeluk Rhea. Belakang tubuh Rhea ditepuk-tepuk.

"Maksud Rhea, Rhea nak jadi isteri Adam?" Mama Sarah menyoalnya dengan pandangan mata yang cukup cemerlang. Dan senyuman lebar wanita separuh abad itu menyambut anggukkan kepalanya.

"Cadangan yang bagus, Rhea. Mama setuju. Masya-Allah, kenapa mama tak terfikir pun hal ni?"

Mama Sarah ketawa lagi. Senang benar hatinya.

"Rhea sungguh-sungguh nak jadi isteri Adam? Rhea takkan berubah hati nanti?" Mama Sarah meminta kepastian. Mungkin Mama Sarah meragui kata-katanya. Maklumlah, dia baru berumur 12 tahun.

"Ya, mama. Rhea nak jadi isteri Abang Adam."

"Baiklah. Kalau Rhea sungguh-sungguh nak jadi isteri Adam, mama akan tolong Rhea jadi isteri Adam. Tapi bukan sekarang. Selepas Adam dah mula bekerja dan Rhea dah habis belajar. Boleh?"

"Boleh, mama. Rhea setuju."

Perang telah pun diistiharkan. Dia juga telah menjadi panglima perang yang dilancarkannya terhadap Adam. Walapun dia seorang perempuan, tak membawa maksud dia perlu kalah.

Adam mungkin terkena sawan mendengar berita gempar ini. Berita gempar ini cukup untuk membuat Adam tidak selesa dan merana. Rasakan!

N O T A :
PRA TEMPAHAN KOMBO LELAKI DIBUKA SEHINGGA 31 MAC 2021 ❤️

JIMAT SEHINGGA RM 28  DENGAN PEMBELIAN KOMBO‼️

U N T U K  M E N E M P A H /
P E R T A N Y A A N  L A N J U T :
👉 + 6 0 1 0  4 4 9  7 8 3 5

U N T U K  M E N E M P A H / P E R T A N Y A A N  L A N J U T :👉 + 6 0 1 0  4 4 9  7 8 3 5

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENUNGGU MU | Best SellerWhere stories live. Discover now