You're Sick!

1.7K 11 0
                                    

"Kau buat apa pegang baju aku? Kau nak buat apa dengan baju aku tu?"

Rhea menelan liur. Kalaulah pandangan mata boleh membunuh, sudah lama Rhea terbunuh. Mata Adam tajam meniliknya atas dan bawah.

"Aaa... erm... aaa... ermm..." Hanya itu yang berjaya keluar dari mulut Rhea. Sorotannya silih berganti antara Adam dan juga baju T yang berada di tangannya. Rhea telah ditangkap basah dan dia tidak tahu macam mana lagi untuk 'mengeringkan' dirinya.

Adam merenggus kasar. Hanya dengan tiga langkah, dia telah berada di depan Rhea. Baju T yang berada di tangan Rhea direntap sebelum dicampak ke atas tilam.

“You're sick, Rhea. Mama patut hantar kau jumpa pakar psikologi."

Rhea menggelengkan kepalanya dengan laju. Adam salah faham. Mental Rhea masih stabil. Rhea masih waras.

Namun semua kata penjelasan Rhea tidak mampu diluahkan. Mata Rhea panas. Bahunya mulai bergetar.

"You're just fifteen.  Kau tu masih budak. Kau sepatutnya belajar dan bukan sibuk berfikir fasal cinta. Aku tak tahulah kenapa otak kau ni sempit sangat."

Lontaran ayat-ayat Adam bisanya semakin hari semakin membahayakan. Dialah yang perlu mencari penawar pada bisa yang dilemparkan padanya.

"Jangan ingat sebab mama nak sangat kau jadi isteri aku, aku ni sanggup jadi pak turut. Kau boleh hasut mama, tapi kau takkan berjaya hasut aku. I for one do not like being used."

Pandangan mata Rhea kabur. Dalam masa singkat, pipinya basah. Bibirnya bergetar dan esakannya memenuhi bilik Adam. Rhea menangis lagi. Meskipun dia sudah mengingatkan dirinya berkali-kali supaya tidak menangis di depan Adam, luruh juga air matanya.

"Oh God, kau dah mula menangis. Kau ni memang tahu menangis saja ke?" Adam menjauhkan diri daripada Rhea. Dia meraup mukanya, kemudian rambutnya.

Rhea takkan menangis kalau Adam tidak menjentik emosinya. Rhea takkan teresak-esak seperti anak kecil, kalau penggunaan bahasa Adam mengikut santun orang Melayu.

"Sudahlah, Rhea. Kau tak payah bazirkan air mata kau depan aku. Kau takkan dapat simpati aku. Air mata kau tu buat aku makin benci pada kau. Kau faham tak?"

Rhea sudah tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Adam. Mama Sarah telah datang menyelamatkan Rhea daripada serangan bertubi-tubi Adam.

“Apa yang Adam tak puas hati sangat dengan Rhea ni? Tak cukup dengan Adam jadi punca Rhea patah kaki? Adam nak Rhea patah apa lagi? Atau Adam nak Rhea mati dulu baru Adam puas hati?”

Pinggan tak retak nasi tak dingin Rhea oiii. Sudah2lah tu... Lupakan jerrrkkkk la si jerrkkk Adam tu #doneintothescene

1 2  H A R I  L A G I  Y E R R  H A R G A
P R O M O  N I ✌️‼️

N O T A :
PRA TEMPAHAN KOMBO LELAKI DIBUKA SEHINGGA 31 MAC 2021 ❤️

JIMAT SEHINGGA RM 28  DENGAN PEMBELIAN KOMBO‼️

U N T U K  M E N E M P A H /
P E R T A N Y A A N  L A N J U T :
👉 + 6 0 1 0  4 4 9  7 8 3 5

U N T U K  M E N E M P A H / P E R T A N Y A A N  L A N J U T :👉 + 6 0 1 0  4 4 9  7 8 3 5

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sinopsis/ Blurb:
=============
“Mama Sarah ada anak lelaki. Adam nama dia. Kalau Rhea jumpa Adam, mesti Rhea pun suka Adam.”

Rhea itu anak yatim. Anak kawan baik Mama Sarah. Rhea itu parasit yang menumpang di rumahnya. Sedari hari pertama matanya melihat Rhea, dia sudah tidak menyukai gadis itu. Niat Mama Sarah untuk mengambil Rhea sebagai anak angkat memarakkan lagi perasaan tak sukanya.

“Rhea tak boleh jadi anak angkat mama. Rhea tak boleh sebab Rhea nak jadi isteri Abang Adam.”

Adam boleh naik sawan kalau begini. Keputusannya memaksa Rhea membantah niat Mama Sarah mendatangkan bencana besar. Rhea berani menyebut mahu menjadi isterinya? Dalam banyaknya alasan untuk membantah niat Mama Sarah, Rhea memilih alasan mahu berkahwin dengannya? Dan Mama Sarah pun, terus setuju dengan permintaan Rhea? Apa dunia sudah mahu kiamat?

Adam memberontak. Adam sengaja menolak menjadi jurutera seperti ayah dan memilih menjadi pilot. Adam belajar di luar negara. Habis belajar, Adam bekerja pula di luar negara. Dia senang terbang bebas di langit sana. Bertahun-tahun dia menjauhkan diri. Malangnya, jarak masa bertahun-tahun itu tak berjaya membuat Mama Sarah lupa pada permintaan Rhea.

“Berapa lama lagi Adam nak berfoya-foya dekat luar tu? Mama dah beri Adam masa lapan belas tahun untuk buat persediaan. Dah sampai waktunya Adam berkahwin dengan Rhea.”

"I'm not sure I can. I don't think I can. Saya tak boleh berkahwin dengan Rhea. Saya akan berkahwin dengan wanita yang saya suka. Dan Rhea bukan wanita tu. She's just a very spoiled brat."

Sudah berjuta kali dia menepis. Dia bercinta dengan Mai. Dia bertunang dengan Dayana, tetapi kenapa akhirnya Rhea juga yang menjadi isterinya? Kalau pun dia mengaku dia pernah suka pada Rhea, tetapi Rhea masih seorang perampas. Rhea itu penyebab dia kehilangan perhatian mama!

Memang dia berperangai seperti anak kecil. Memang jiwanya tak pernah dewasa sejak dia tahu kebenaran. Kebenaran yang melarangnya untuk bahagia. Atau sememangnya, dia dilahirkan bukan untuk mencipta bahagia?

“Kita berpisah, Adam. Kita tamatkan semua ni.”

MENUNGGU MU | Best SellerWhere stories live. Discover now