Mama Dah Buat Keputusan

1.9K 44 11
                                    

"Mama nak bincang hal apa?" Adam sengaja bertanya, biarpun dia sudah dapat menduga isi perbincangan Mama Sarah. Mama Sarah pasti tidak berpuas hati dengan bantahan Adam. Adam bukan buta. Dia boleh melihat betapa Mama Sarah selalu berada di pihak Rhea.

Sejak Rhea datang ke sini, memang Adam telah sebati dengan frasa di anak tirikan.
Dunia mama sekarang hanya berkisar tentang Rhea. Rhea itu, Rhea ini. Rhea adalah segala-galanya. Mama Sarah telah lupa pada arwah Ava.

"Mama nak berbincang fasal Rhea dengan Adam."

Senyuman sinis Adam yang mengiringi jawapan Mama Sarah. Kemudian Adam menggelengkan kepalanya.

"Mama, saya cakap terus-terang, saya tak boleh terima Rhea sebagai adik saya. Dia bukan Ava. Kenapa mama nak dia ganti tempat Ava?" Jari telunjuk Adam tepat terarah pada Rhea.

Mama Sarah menarik nafas panjang. Lama sorotannya singgah pada Adam, kemudian beralih pada Rhea. Sebelum Mama Sarah membuka mulut semula, matanya kembali melirik pada Adam.

"Mama minta maaf. Mama hampir buat keputusan salah. Mama hampir rosakkan Adam dengan Rhea."

Ada riak terkejut yang sempat timbul pada raut muka Adam. Lain gaya bahasa Mama Sarah kali ini. Gaya bahasa Mama Sarah seperti telah tunduk pada permintaan Adam. Serta-merta sorotan Adam mencari Rhea. Malangnya Rhea memilih menundukkan kepala.

"Rhea dah jumpa mama pagi tadi. Mama bersetuju dengan permintaan Rhea. Mama takkan ambil Rhea jadi anak angkat mama."

Ini adalah perkhabaran yang sungguh diluar jangkaan. Bukan perkhabaran begini yang diteka oleh kepalanya tadi. Adam memandang semula ke arah Rhea. Rhea masih lagi tunduk melihat nasi di dalam pinggannya. Nanti apabila Rhea bersendirian, Adam pasti mencuri masa untuk berbual dengan Rhea. Adam mahu menyampaikan rasa terima kasihnya.

"Mama takkan push Rhea lagi untuk jadi anak angkat mama."

Buat pertama kalinya, senyuman Adam ikhlas, lahir dari hati nurani yang putih. Mungkin dia telah salah membaca Rhea. Rhea memang tak pernah merancang untuk mengambil alih tempat Ava. Adam yang terlalu sensitif dan negatif.

"Mama dah buat keputusan," sebut Mama Sarah tenang. Dia menggamit Adam datang dekat padanya. Kemudian dia menggenggam erat jari tangan Adam. Selepas itu, dia ikut meraih jari tangan Rhea.

"Adam dengan Rhea nyawa mama. Kamu berdua anak kesayangan mama. Mama sebenarnya tak dapat bayangkan kalau Rhea jauh daripada mama, sebab tu mama setuju dengan permintaan Rhea."

Sekali lagi Adam mencari sorotan mata Rhea. Kali ini pandangan mata mereka bertaut. Dia melihat raut kemenangan Rhea. Dia sempat melihat senyuman jahat Rhea. Kenapa Rhea begitu?

"Mama nak kamu berdua bertunang."

Langit seperti retak di atas kepalanya. Sorotannya terus mencari Mama Sarah. Mama Sarah seperti sedang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepadanya.

"Kemudian bila Adam dah habis belajar dan mula bekerja, baru mama izinkan Adam berkahwin dengan Rhea."

Seluruh urat-urat tanganya timbul. Urat-urat lehernya juga timbul. Lebih baik dia mati!

N O T A :
U N T U K M E N E M P A H /
P E R T A N Y A A N L A N J U T :
👉 + 6 0 1 0 4 4 9 7 8 3 5

N O T A :U N T U K M E N E M P A H / P E R T A N Y A A N L A N J U T :👉 + 6 0 1 0 4 4 9 7 8 3 5

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENUNGGU MU | Best SellerWhere stories live. Discover now