"Mama cakap apa ni? Mama bergurau ke? Saya dengan Rhea? Mama nak kami berdua berkahwin? Mama, ada hadnya setakat mana mama nak jaga kebajikan Rhea. Saya tak rela digadaikan hanya disebabkan Rhea nak jadi isteri saya. Saya ni anak mama. Bukan anak yang mama kutip dekat hospital lepas tu mama bawa balik ke sini."
Adam rasa pipinya kirinya seperti telah tercabut dari soket mukanya. Dia juga mendengar suara Rhea menjerit meminta Mama Sarah bertenang. Suara Rhea, tidak lagi merdu, tetapi sangat menyakitkan raga Adam yang mendengarnya.
Rhea terlalu bijak berpura-pura dan Mama Sarah selalu termakan dengan kepura-puraan Rhea.
"Mama dengan Rhea tak patut buat saya macam ni." Mendatar suara Adam. Namun rasa bencinya pada Rhea tidak lagi mendatar, tetapi telah sekuat gelora tsunami yang pernah melanda Aceh.
"Ini yang terbaik," tegas Mama Sarah.
Kalau berkaitan Rhea, tak ada apa yang boleh dikategorikan sebagai baik. Segalanya hitam dan pahit. Rhea adalah bencana untuk Adam.
"Saya baru 17 tahun dan Rhea baru 12 tahun. Ini bukan masanya bercakap tentang berkahwin bersama. Saya tak tahu apa yang Rhea fikir, tapi saya mula rasa Rhea sangat gatal. Saya tak patut jadi mangsa hanya disebabkan dia gatal."
Mama Sarah mahu menamparnya sekali lagi, namun Rhea menahan. Rhea menangis meminta Mama Sarah berhenti memukul Adam.
Adam hanya memandang gelagat Rhea dan Mama Sarah dengan sorotan tanpa rasa. Dalam keadaan huru-hara itu, Adam memilih meninggalkan ruang dapur tersebut. Dia penat. Dia mahu berehat dan berharap, perbincangan hari ini tidak wujud, atau mungkin hanya mimpi ngeri yang akan hilang apabila Adam bangun nanti.
N O T A :
PRA TEMPAHAN KOMBO LELAKI DIBUKA SEHINGGA 31 MAC 2021 ❤️JIMAT SEHINGGA RM 28 DENGAN PEMBELIAN KOMBO‼️
U N T U K M E N E M P A H /
P E R T A N Y A A N L A N J U T :
👉 + 6 0 1 0 4 4 9 7 8 3 5
YOU ARE READING
MENUNGGU MU | Best Seller
RomantizmAMARAN : MENUNGGUMU merupakan cerita klise. Baca atas risiko anda sendiri. Blurb/ Sinopsis (Bukan Rasmi) Sedari hari pertama Adam melihat Rhea, dia sudah tidak menyukai gadis tersebut. Rhea telah mengambil alih tempat Ava, arwah adik Adam. Keputus...