“Rhea,” panggilnya setelah melihat Rhea mula membuka pintu pagar.
“Kau nak ke mana laju sangat macam lipas kudung ni?” ajunya lagi setelah Rhea berpaling memandangnya.
“Aku nak lawat mama. Mama tunggu aku.”
Timbul terus urat-urat di lehernya. Rhea seperti merendahkannya.
"Habis tu, mama tak tunggu aku? Aku ni bukan anak mama?” ajunya semula dengan suara yang jelas-jelas tidak berpuas hati.
Jujur, sangat aneh bunyi soalan Adam. Berlapis dahi Rhea dibuatnya. Rhea tidak tahu apa yang cuba disampaikan oleh Adam. Rasanya, dia belum menekan suis kemarahan Adam. Dia cuba elakkan sejak dia tahu lelaki itu telah balik. Jadi dia tak faham salahnya di mana sekarang?
“Aku tak sebut pun kau bukan anak mama. Aku cuma sebut, aku nak lawat mama.”
“Ya, itu masalah besarnya. Haluan kita sama. Yang kau nak tinggalkan aku tu kenapa?”
Tidak pernah terlintas di fikiran Rhea yang Adam mahu mereka berdua datang secara bersama untuk melawat Mama Sarah. Rhea fikir, Adam lebih selesa kalau Rhea menjadi halimunan di mata lelaki itu.
“Kita naik kereta mama.”
Rhea menganggukkan kepalanya.
“Kau dah ada lesen memandu?”
“Baru dapat minggu lepas.”
“Aku drive. Aku tak nak jeopardize nyawa aku sendiri. Orang yang baru dapat lesen kereta ni bukan boleh percaya. Silap-silap pokok dengan tiang pun kau langgar nanti."
Nota Bonda PK :
Yerr, baiklah. Drive jerrlah kereta tu, Adam. Tak payah banyak cekadak. Nanti kau kena kecam dengan reader yang baru dapat lesen kereta. Sesedap rasa jerr mengutuk 😶PRA TEMPAHAN KOMBO LELAKI DIBUKA SEHINGGA 31 MAC 2021 ❤️
JIMAT SEHINGGA RM 28 DENGAN PEMBELIAN KOMBO‼️
U N T U K M E N E M P A H /
P E R T A N Y A A N L A N J U T :
👉 + 6 0 1 0 4 4 9 7 8 3 5
YOU ARE READING
MENUNGGU MU | Best Seller
RomanceAMARAN : MENUNGGUMU merupakan cerita klise. Baca atas risiko anda sendiri. Blurb/ Sinopsis (Bukan Rasmi) Sedari hari pertama Adam melihat Rhea, dia sudah tidak menyukai gadis tersebut. Rhea telah mengambil alih tempat Ava, arwah adik Adam. Keputus...