Kompromi

1.4K 10 1
                                    

“Adam, boleh tak kau dengan aku berhenti bergaduh?” Redup sorotan matanya. Dia sedang memohon sejuta pengertian lelaki itu. Biarpun payah untuk mendapatkan kompromi Adam, dia masih memegang sekelumit harapan untuk meraih berita gembira.

“Kita berdua berhenti bergaduh? Kau nak aku dengan kau berkawan? The answer is no. Not now. Not ever.”

“Aku tak kata pun kita berkawan,” nafinya, biarpun itulah niat asalnya. Reaksi negatif Adam telah membuat dia menukar plot ceritanya. Dia tidak mahu memalukan diri sendiri. Selamanya dia jauh daripada kompromi Adam.

“Maksud aku kita berdua mengamalkan konsep gencatan senjata. Kita berdamai,” jelasnya lagi demi menguatkan plot cerita yang baru diubahnya sebentar tadi.

“Apa aku dapat kalau aku setuju?”

Dia menarik nafas panjang. Dia memandang Adam sedalam-dalamnya meskipun lelaki itu tidak memandangnya.

“Kau tak perlu kahwin dengan aku lagi.”

Dia tahu tawarannya terlalu sempurna untuk ditolak. Buktinya Adam berpaling serta-merta ke arahnya. Membalas pandangan matanya tanpa kalah. Lama. Cukup lama dia lemas dalam renungan lelaki itu. Dia terkapai-kapai dan Adam tidak berniat menyelamatkannya pun.

“Sebelum aku nak setuju dengan apa-apa rancangan kau, keluar dulu dari rumah aku dengan Mama Sarah. Kau tak pernah dialu-alukan pun di dalam rumah tu.”

Jadi berkaca pandangan matanya. Kebencian Adam padanya terlalu menebal. Rasanya sampai bila-bila pun dia dan Adam takkan berdamai. Dan kalau dia keluar sekalipun dari rumah itu, dia tetap tak rasa mereka akan berdamai.

“Bila kau dah buat perkara tu, then only we talk. Aku tak nak terikat apa-apa rancangan dengan kau sebelum kau berjaya buktikan yang kau ni boleh diharap.”

"One fine day, Adam. One fine day aku akan keluar dari rumah tu.”

“Let me know one week earlier. Senang aku nak arrange majlis kesyukuran. Besar-besaran.”

Nota Bonda PK :
Barakallah... 9 hari lagi gais pra tempahan kami tutup ✌️❤️

PRA TEMPAHAN KOMBO LELAKI DIBUKA SEHINGGA 31 MAC 2021 ❤️

JIMAT SEHINGGA RM 28  DENGAN PEMBELIAN KOMBO‼️

U N T U K  M E N E M P A H /
P E R T A N Y A A N  L A N J U T :
👉 + 6 0 1 0  4 4 9  7 8 3 5

U N T U K  M E N E M P A H / P E R T A N Y A A N  L A N J U T :👉 + 6 0 1 0  4 4 9  7 8 3 5

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENUNGGU MU | Best SellerWhere stories live. Discover now