Pendosa

1.8K 12 2
                                    

"Hal kecil saja ni, mama. Kenapa nak besar-besarkan pula? Ya, Adam mengaku Adam bercinta dengan Mai. Dia bahagiakan Adam. Dia buat Adam tersenyum semula. Jadi salah ke kalau Adam beri hati Adam pada Mai?"

"Salah! Salah besar! Hati Adam tu milik Rhea. Selamanya milik Rhea. Kalau Rhea tahu Adam ada perempuan lain, mama nak cakap apa pada Rhea? Mana mama nak letak muka?"

"Kenapa mama kisahkan sangat perasaan Rhea? Perasaan Adam ni sebagai anak mama macam mana? Mama pernah tak terfikir macam mana Adam ni kecewa sangat bila mama asyik lebihkan Rhea? Itu Rhea. Ini Rhea. Sikit-sikit Rhea. Adam dah muak dengan semua ni."

"Mama lagi muak bila nampak gambar Adam berpelukan dengan perempuan tak cukup kain tu. Perempuan ni miskin sangat ke sampai tak mampu beli baju yang boleh tutup aurat dia dengan sempurna? Dia seronok sangat ke dapat tayang badan dia dekat lelaki di luar sana? Adam, perempuan macam ni ke Adam nak jadikan isteri?" Bertalu-talu soalan Mama Sarah. Rhea yang menjadi pendengar pun boleh sesak nafas.

"Nama dia Mai, mama. Tolong sebut nama dia. Jangan bahasakan dia perempuan tu, perempuan tak cukup kain."

"Mama tak selera nak sebut nama perempuan tak cukup kain tu!" tempik Mama Sarah keras.

"Mama tak kenal Mai." Mendatar suara Adam membalas tempikan Mama Sarah sebentar tadi.

"Oh, mama dah cukup kenal selepas mama tengok gambar ni. Perempuan tak cukup kain tu murah. Entah berapa ramai lelaki dah pernah tidur dengan dia!"

Terkejut dia mendengar tuduhan Mama Sarah. Mama Sarah bukan jenis manusia yang suka menilai dan menjatuhkan hukuman sesuka hati. Jadi apa yang lahir dari bibir Mama Sarah tadi benar-benar membuatnya terperangah.

"Mama dah terpengaruh sangat dengan Rhea. Sebab tu perempuan lain semuanya buruk di mata mama."

"Memang mama dah terpengaruh dengan Rhea. Rhea tu membesar depan mama. Mama tahu hati budi Rhea macam mana. Mama yang besarkan dia."

Diam. Tidak ada lagi jawapan berapi daripada pihak Adam.

"Adam dah jumpa parents Mai." Akhirnya setelah membisu hampir seminit, suara Adam ke udara lagi.

"Mama hantar Adam ke sana untuk belajar. Bukan bercinta dan kemudian jadi pendosa."

"Saya dengan Mai cuma bercinta. Kami tak buat dosa."

"Adam berdosa pada Rhea. Adam curang pada Rhea. Rhea jaga diri dia dengan baik untuk Adam. Adam pula, langsung tak jaga diri. Adam bercinta dengan
perempuan lain." Suara Mama Sarah kali ini penuh emosi. Suara Mama Sarah seperti mahu menangis.

"Mama dah salah apa, Adam? Hasrat mama bukan susah sangat nak ditunaikan. Mama cuma minta Adam berkahwin dengan Rhea. Kenapa payah Adam nak bahagiakan hati mama?"

"I'm not sure I can. I don't think I can. Saya tak boleh berkahwin dengan Rhea. Saya hanya akan berkahwin dengan wanita yang saya suka dan cinta, dan Rhea bukan wanita tu. She's just a very spoiled brat."

"Mama tak nak dengar Adam mengarut. Mama nak Adam berkahwin dengan Rhea. Mama nak Rhea. Perempuan lain mama tak nak. Lebih-lebih lagi perempuan tak cukup kain tu!" Sudah meninggi semula suara Mama Sarah.

"Oh God... kenapa mama persistent sangat dengan topik ni? Macam mana kalau Adam kata, Adam dah terlanjur dengan Mai? Mai mengandungkan anak Adam? Mama nak paksa kami berpisah lagi?"

"Adam!" pekik Mama Sarah kuat. Bergegar satu rumah dibuatnya.

"Mama tak pernah ajar Adam berzina. Mama tak pernah ajar Adam rosakkan anak dara orang. Kalau betul Adam dah buat perempuan tu mengandung, Adam tak payah balik ke sini lagi. Adam hiduplah dengan dia dekat sana. Lupakan mama. Lupakan Malaysia!"

A M A R A N :
M E N U N G G U M U merupakan sebuah kisah klise. Baca atas risiko anda sendiri 👩‍❤️‍👨

U N T U K M E N E M P A H /
P E R T A N Y A A N L A N J U T :
👉 + 6 0 1 0 4 4 9 7 8 3 5

U N T U K  M E N E M P A H / P E R T A N Y A A N  L A N J U T :👉 + 6 0 1 0  4 4 9  7 8 3 5

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENUNGGU MU | Best SellerWhere stories live. Discover now