Bab 4

2.1K 172 36
                                    

💎💎💎







Jalan yang sesak dengan kenderaan diperhatikan lama dari tingkap biliknya. Fikiran jauh memikirkan sesuatu.

Satu persatu kemahuannya terlaksana. Namun hati seakan belum puas. Masih ada yang mengganggu akal warasnya.

Rasa simpati.

Aneh. Dia tidak pernah rasakannya. Atau gadis buta itu berjaya meruntuhkan prinsip dan egonya.

Fikiran mula menerawang jauh. Bermula dari kemalangan tragis yang melibatkan keluarga Dato Dahlan.

Ya, dia yang merancang kematian orang tua itu. Dia hanya mahukan kematian lelaki yang berpangkat datuk itu. Anak dan isteri Dato Dahlan sememangnya tiada kaitan dalam urusannya. Namun disebabkan meraka ada bersama Dato Dahlan pada hari kejadian, dia tidak punya pilihan lain.

Delisa. Dia mesti dapatkan Delisa walau bagaimanapun caranya. Dengan cara tu saja segala harta kekayaan Dato Dahlan boleh dinikmati.

Dia perlu hidup. Senyuman sinis terukir. Harta Dato Dahlan yang bongkak itu akan menjadi miliknya.

"Aku dengar ada orang lain juga yang nakkan Delisa."

Riak wajahnya sedikit berubah mendengar ujaran itu. Dia menoleh pada tetamu yang sedang bersantai di sofa biliknya.

"Aku yakin dia pun ada agenda tersendiri. Ada ke orang yang ikhlas nakkan perempuan buta tu?"

"So, apa rancangan kau?"

Diam. Dalam fikirannya sudah merangka rangka rancangannya.

"Delisa akan jadi milik aku. Aku akan kahwin dengan dia. Walau apa pun yang berlaku."

Tekad.






💎💎💎






Nura menolak sebuah kotak baldu kecil pada Qi. Lelaki itu hanya memandang seketika sebelum akhirnya mencapai kotak itu.

Dibuka dan terserlah sebentuk cincin. Walaupun sudah lebih 2 tahun berlalu, dia masih cam dengan cincin ini. Cincin Delisa, cincin pertunangan mereka.

Keluhan dilepaskan. "Jadi, Delisa betul betul nekad nak putuskan pertunangan ni?"

"Ada yang perlu dipertahankan ke, En Qi?" Nura berpeluk tubuh sebelum menyandarkan badan ke kerusi.

Suasana kafe yang masih belum ramai pengunjung pada pagi itu berjaya menenangkan dirinya yang sedikit gentar untuk bertemu Qi. Yalah, mana tahu Qi mengamuk bila cincin ini dikembalikan.

"Cik Nura." Badan dirapatkan pada meja. "Delisa...akan kahwin dengan orang lain?"

Lama Nura diam sebelum menjawab. "Ya. Fahim Irsyad, bakal suami dia. Hujung bulan ni mereka akan menikah. Saya sangat berharap awak tak akan ganggu majlis tu. Just let her be happy, En Qi. All of this time, dia dah cukup menderita."

"Awak yakin ke Delisa akan happy dengan dia?" Sinis nada suara Qi membalas.

"He love her. Of course she'll be happy." Yakin Nura berkata.

"Saya tak yakin lelaki tu cintakan Delisa."

"Saya tak perlukan pendapat awak, En Qi." Suara Nura sudah berubah tegang.

"Suit yourself, cik Nura. Jangan sampai masa tu awak menyesal sebab benarkan mereka kahwin. Setahu saya, lelaki tu bekerja di syarikat Dato Dahlan. Awak langsung tak rasa curiga dengan dia?"

Nura memandang Qi tajam. Tidak senang dengan andaian lelaki itu.

"Dia takkan khianati Delisa." Tegasnya.

I See You Where stories live. Discover now