Bab 8

1.6K 183 38
                                    

💎💎💎








Pang!

Qi mengetap bibir sebelum kembali menoleh pada Nura yang berwajah bengis di depannya.

Pang!

Satu lagi tamparan dari gadis itu tepat mengena pipinya.

"What are you doing?" Perlahan Qi bertanya menahan berang.

Nura mengetap bibir. "She's pregnant."

Qi tersentak. "Wh...what?"

Nura tidak membalas. Hanya matanya tajam menentang pandangan Qi.

"Awak tahu apa salah awak En Qi. Dan awak faham bila saya cakap, she's pregnant!"

Qi terdiam. Matanya melilau mencari susuk tubuh Delisa. "Saya nak jumpa dia." Tidak mempedulikan renungan Nura, dia melangkah naik ke bilik Delisa.

Tanpa mengetuk terlebih dahulu, pintu terus dibuka. Delisa sedang duduk memeluk lutut di depan balkoni.

Qi masuk. Perlahan lahan mendekati Delisa.

Delisa menoleh. "Kak Nura?"

Qi diam. Dia dapat melihat mata wanita itu yang bengkak dan sembab. Duduk dilabuhkan di belakang Delisa. Tubuh kecil itu dipeluk erat dari belakang.

Delisa mendiamkan diri. Wajahnya kosong tidak beriak.

"Aku akan bertanggungjawab. Aku akan kahwin dengan kau." Qi berbisik di telinga Delisa.

"Tak perlu. Saya takkan kahwin dengan sesiapa. Kandungan ni, saya akan gugurkan."

Qi melepaskan pelukannya. "No! Aku takkan benarkan!"

"Saya tak perlukan persetujuan dari awak, Qi."

"Anak dalam kandungan kau, anak aku. Aku takkan benarkan kau apa apakan anak aku."

Delisa tergelak sinis. Mula mula perlahan namun semakin lama semakin kuat.

"Anak? Anak awak dalam kandungan saya? Saya jijik! Saya benci! Saya akan pastikan dia mati! Saya jijik kandungkan anak awak!" Tangannya mula memukul mukul perutnya sendiri.

"No, Delisa. Please don't." Qi memegang tangan Delisa. "Kalau kau nak hukum, kau hukum aku. Kalau kau nak pukul kau pukul aku. Budak ni, jangan apa apakan dia. Dia tak bersalah. Aku yang salah. Jangan hukum dia kerana kau bencikan aku." Qi memujuk.

Delisa mengalirkan air mata. Tangan direntap kasar dari pegangan Qi sebelum dia menampar nampar wajah lelaki itu.

"Aku benci kau. Aku benci kau!" Dia terus memukul tubuh Qi sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.

Qi hanya mendiamkan diri, menerima amarah Delisa. Tubuhnya bertongkat pada siku.

Delisa menghentikan pukulan. Dia menangis teresak esak.

Qi membetulkan duduk sebelum menarik tubuh Delisa ke dalam pelukannya. Delisa menolak namun Qi menahan. Pelukannya dikemaskan.

I See You Where stories live. Discover now