Bab 18

1K 135 32
                                    

💎💎💎






Eliana menilik lehernya melalui pantulan cermin bilik air itu. Keluhan dilepaskan. Bukan kali pertama Fahim berkasar dengannya. Sudah acap kali dirinya menjadi mangsa amukan lelaki itu.

Seluruh tubuhnya hanya dipenuhi kesan luka dan lebam. Belum pulih yang lama, yang baru pula singgah. Hanya wajah dan tangannya saja Fahim tidak pernah sentuh. Mungkin mahu menunjukkan pada orang ramai, dia tidak pernah dianiayai.

Kali ini, berani pula Fahim meninggalkan kesan merah panjang di lehernya. Agak terdedah namun dia masih boleh melindungi kesan jerutan di lehernya itu. Lagipun tidaklah begitu berbekas.

Paip air yang dibiarkan terbuka dari tadi ditutup. Rambutnya yang berombak kasar separas dada dialihkan ke depan, cuba menutupi leher.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, beg tangan dicapai. Dia keluar dari bilik air dan menuju ke lif.

"El." Eliana menoleh ke belakang. Qi sedang berjalan menghampirinya. Matanya melebar ke seluruh ruangan pejabat itu. Bimbang jika Fahim mengesan mereka di situ.

"You dah nak balik?"

Laju laju Eliana mengangguk. Wajahnya kelihatan gusar.

"You okey ke tak ni? What's wrong? Fahim buat apa pada you?" Qi menyentuh bahu Eliana.

"I'm fine." Ringkas dia berkata. Butang lif ditekan beberapa kali. Matanya acap kali melilau di sekeliling.

"Kenapa ni? El?"

Ketika itu pintu lif terbuka. Tidak menunggu lama, Eliana meloloskan diri ke dalam lif. Qi tidak membiarkan. Dia turut masuk ke dalam lif itu.

Pintu lif tertutup. Eliana senyap di sisinya. Qi menghela nafas lembut sebelum menoleh pada Eliana.

"You datang dengan apa?"

"Grab."

"I hantarkan you balik ya?"

Eliana menoleh. "Nanti isteri you tahu macam mana?" Menekan suaranya. Berbaur cemburu dan sindiran.

Lif terbuka dan Eliana terus keluar. Qi mengekori dari belakang dan terus berjalan melepasi Eliana. Tangan wanita itu turut dicapai. Eliana dibawa .ke keretanya.

"Masuk."

"You nak bawa I pergi mana?"

"Penjelasan. We need that." Tunak matanya merenung mata Eliana.

Pandangan Qi dibalas. "Fine. Just take me home before Fahim sampai rumah."

"Kalau tak?" Qi menduga.

'He might beat me up, Qi.' Kata kata itu hanya bermain di mindanya.

"I tinggal kat rumah dia. I tak nak dia tanya pula I keluar ke mana."

"No promise. I'll try." Eliana membuat muka mendengar jawapan Qi namun dia diamkan saja sehingga Qi membukakan pintu kereta untuknya.

Qi membawanya ke salah satu tempat kegemaran mereka. Ketika mereka masih hangat bercinta dulu. Mereka berjalan di sepanjang trek di taman tasik itu untuk mencari bangku yang kosong.

Qi yang hanya mendiamkan diri di sisinya dijeling sekilas. Tangan lelaki itu tiba tiba diraih membuatkan Qi terus menoleh padanya. Langkah mereka terhenti.

I See You Where stories live. Discover now