Bab 14

2.1K 187 27
                                    

💎💎💎








Qi membelek belek beberapa botol pewangi badan, mahu dibelikan untuk Delisa. Meragam betul isterinya itu apabila dia masih tidak membelikan minyak wangi yang dipinta. Perangai orang mengandung memang pelik!

Qi mencapai dua botol pewangi. Sebotol seperti yang dia gunakan, bau agak maskulin. Yang lagi satu pula bau hampir sama dengan yang digunakan tapi lebih lembut. Mungkin sesuai untuk Delisa.

Namun dia kembali meletakkan pewangi yang berbau lebih lembut itu. Bukan boleh kira Delisa. Kalau tak kena dengan yang diminta, mahu dibaling botol kaca ini.

Akhinya 2 botol pewangi yang sama diangkat. Satu untuk Delisa dan satu untuknya memandangkan pewanginya juga sudah habis.

Kaki melangkah ke kaunter untuk membuat pembayaran.

"Nampaknya you masih guna minyak wangi yang sama sejak dulu."

Satu suara yang menegurnya dari belakang membuatkan Qi menoleh.

Tergamam dia melihat Eliana. "El?"


Eliana tersenyum simpul sambil menjongket bahu. Sekejap saja Qi menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Eliana terkejut namun dia hanya mendiamkan diri.

"I miss you so much, El." Qi berbisik di telinga Eliana.

"You tak cari I." Sebak suara Eliana.

Qi meregangkan pelukan. Wajah Eliana dipandang lama. "I bayar barang I dulu. Please, wait for me."

Qi segera ke kaunter pembayaran. Selesai, bergegas dia ke tempat pertemuannya dengan Eliana tadi.

Namun hampa, gadis itu sudah tiada di situ. Melilau mata Qi mencari susuk tubuh Eliana.

"El?" Qi memanggil. Kaki melangkah di sekeliling kedai sebelum akhirnya dia keluar dari situ.

Dicari Eliana di kedai kedai berdekatan. Kecewa! Dia benar benar kecewa. Gadis itu berada dalam dakapannya sebentar tadi. Namun sekelip mata, Eliana menghilang.

"El...where are you going?" Gumamnya sendiri. Mata masih melilau lilau di sana sini.

Qi terus melangkah, berharap sekali lagi dia berjumpa dengan Eliana. Ada penjelasan yang mahu dituntut dan diberikan pada gadis itu.

Hampir sejam berpusing pusing di seluruh pusat beli belah itu, Qi pasrah. Dia keluar dari situ dengan rasa tidak puas hati. Eliana hanya mempermainkannya!

Kereta dipecut laju pulang ke rumah Delisa. Masuk saja ke dalam rumah, bibik mendekatinya.

"En Qi, Pn Lisa muntah muntah lagi."

Qi berkerut kening. "Dia kat mana?"

"Tandas kat dapur." Qi terus melangkah ke tandas. Bibik mengikut dari belakang.

"Tadi puan tak sempat makan. Bibik letak saja makanan dia terus berlari ke tandas." Bibik menjelaskan lagi.

Qi merengus. Beg kertas yang dari tadi dipegang diletakkan di atas meja. Dia sudah dapat mendengar tangisan Delisa dari situ.

Pintu tandas yang regang dikuak lebar. Delisa sudah terduduk di lantai, teresak esak menangis di tepi mangkuk tandas.

Terasa pedih dadanya melihat keadaan Delisa. "Lisa..." Qi masuk, bercangkung di sisi Delisa sebelum menarik tubuh itu menjauhi mangkuk tandas.

I See You Where stories live. Discover now