Bab 5

1.7K 153 15
                                    

💎💎💎





Fahim kembali ke dalam butik sebaik saja panggilan telefon dari pejabat ditamatkan. Hujung minggu begini pun ada saja hal yang memerlukannya untuk campur tangan.

Berkerut keningnya apabila melihat wajah sugul Delisa duduk di sofa. Baju nikah sudah tersarung cantik di tubuh gadis itu.

"Lisa... Kenapa ni?" Fahim duduk di sisi Delisa. Tangan gadis itu terus dicapai.

Delisa angkat muka. "Awak pergi mana?"

Sebak.

"Maaf, saya dapat call dari office tadi. Awak tak apa apa ke?"

Delisa diam.

"Lisa... What happened? Kenapa diam macam ni?"

Delisa mengetap bibir. Air matanya jatuh. Tidak layakkah dia untuk gembira. Tidak layakkah dia untuk mempunyai seorang suami di sisi. Ugutan Qi sebentar tadi benar benar menakutkannya. Dia risau jika Qi melakukan sesuatu yang buruk pada Fahim.

Lelaki ini, terlalu baik untuk disakiti. Atau perlukah dia yang mengalah?

"Lisa...?" Fahim tergamam melihat air mata Delisa. Tangannya hinggap di bahu gadis itu. Mengusap di situ bagai mahu menenangkan.

"Kenapa menangis Lisa? Awak sakit ke? Atau apa? Awak tak suka baju ni? Awak nak cari kat butik lain?"

Delisa menggeleng. "Saya takut."

Dahi Fahim berkerut. "Kenapa takut? Saya ada. Awak takut apa?" Lembut bertanya, mahu menghilangkan kegundahan hati Delisa. Air mata di pipi Delisa disapu.

"Qi..."

"Qi?"

"Qi datang tadi. Dia... dia cakap dia takkan biarkan kita kahwin. Saya takut. Saya takut dia apa apakan awak." Bergetar suara Delisa mengadu.

Fahim terdiam. Patutlah dia perasan kereta lelaki itu di luar tadi. Sejenak dia memandang wajah Delisa.

"Awak jangan takut. Dia takkan boleh apa apakan saya. Lisa, awak jangan risaukan saya. Just take care of yourself. Ya?"

Lambat lambat Delisa mengangguk.

"Dah, jangan menangis lagi. Dah nak kahwin nanti hilang seri pula." Fahim cuba mengusik dan Delisa hanya tersenyum nipis. Air mata yang masih tersisa disapu.

Fahim bangun dari kerusi setelah melihat Delisa semakin tenang. Tangan Delisa ditarik supaya turut bangun.

"Sini, saya nak tengok sikit cantik ke tak bakal isteri saya pakai baju nikah."

Delisa akur. Lama dia menanti reaksi Fahim namun lelaki itu hanya diam.

"Fahim? Kenapa diam? Tak cantik ya."

"Cantik sangat Lisa. Saya tengah berfikir yang kat depan saya ni manusia ke bidadari."

Delisa tersenyum. Sempat pula dia memukul bahu lelaki itu. "Awak ni macam macam tau. Dulu, suara awak serius je. Sekarang dah pandai mengusik saya."

Fahim tergelak. "Dulu lain. Sekarang, you're my girl, Lisa."

Delisa hanya diam tak menjawab. Segan! Wajahnya terasa membahang dari tadi.

"Mari sini dekat saya. Saya nak ambil gambar kita berdua." Fahim menarik Delisa ke sisinya. Bahu gadis itu dipeluk kemas.

"Fahim, awak pun pakai baju nikah kita ya?"

"Ya, Lisa. Kalau la awak boleh tengok bertapa kacaknya bakal suami awak."

Delisa tergelak kecil. Ya, dia juga teringin melihat wajah Fahim. Namun siapalah dia mahu melawan takdir.

I See You Where stories live. Discover now