Bab 12

1.7K 171 18
                                    

💎💎💎









Jam sudah menunjukkan ke angka 4 petang. Bergegas Qi memecut pulang ke rumah. Risau terlewat.

Panjang juga pertemuannya dengan Haris tadi. Lama tidak bertemu, banyak pula topik perbualan mereka.

Sempat juga Qi singgah di kedai berdekatan. Mendapatkan sedikit barang makanan untuk Delisa. Terkejar kejar juga dia mahu sampai ke rumah sebelum petang.

Sampai saja, terdapat 3 buah kereta tersadai di depan rumah. Qi terus melangkah masuk ke dalam rumah. Tangannya penuh menjinjit beg plastik.

"Hmm, baru sampai. Dah pesan tu jangan ke mana mana petang ni." Nura memerli.

"Maaf." Dia menjeling pada Delisa seketika sebelum terus masuk ke dapur.

Beg plastik diletakkan di atas kaunter dapur. Kak Yam menghampiri. "Beli apa En Qi?"

"Ni semua makanan Lisa. Kak Yam lepas ni tak payah suruh Lisa minum susu lagi ya. Kalau Lisa tak suka, jangan paksa."

"Tapi encik, cik Nura suruh Kak Yam pastikan Pn Lisa minum susu." Serba salah wajah Kak Yam.

"Tak apa. Kalau dia marah, cakap saya yang suruh."

Kak Yam hanya mengangguk. Qi melangkah keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu. Dia menundukkan wajah sedikit pada peguam Dato Dahlan sebelum melabuhkan duduk di sisi Delisa.

Fahim yang turut berada di situ hanya dipandang sekilas.

"Memandangkan semua dah ada ni, boleh la saya bacakan wasiat Dato Dahlan." En Tarmizi, penguam peribadi Dato Dahlan mula bersuara.

Qi mengerutkan kening. Lebih dua tahun Dato Dahlan dan isterinya meninggal, hari ini baru dibacakan wasiat?

"Wasiat Dato Dahlan hanya sah sekiranya Pn Delisa berkahwin."

Qi tersentak. Dia menoleh pada Delisa yang masih berwajah tenang.

"Jadi sebab itulah, baru sekarang wasiat ini saya bacakan kembali."

Semua yang ada hanya diam mendengar.

"Baiklah, seperti yang diketahui, semua harta, eset, saham, hotel, spa dan kafe milik Dato Dahlan akan menjadi milik Pn Delisa sebaik saja puan berkahwin. Dan sekarang ni, saya sedang menguruskan pemindahan nama atas nama Pn Delisa."

Qi terdiam. Kata kata penguam itu selepas itu sudah tidak masuk ke telinganya. Patutlah, Delisa tetap mahu berkahwin dengannya. Semua harta milik Dato Dahlan masih belum sah menjadi miliknya sebelum ini.

"Jadi En Qi..." Qi tersentak. Terus dia mengangkat muka.

"Sebagai suami Pn Delisa, saya sarankan encik melibatkan diri dengan syarikat ini. Kami mengalukan kedatangan En Qi untuk mengambil alih jawatan Dato Dahlan yang telah lama kosong."

Qi terpana. Secepat ini! Dalam masa 2 minggu, kerusi Dato Dahlan bakal menjadi miliknya. Qi mengawal riak wajahnya. Delisa di sebelahnya dijeling lagi.

"Saya... fikirkan dulu."

"Kalau boleh, En Qi terima saja perlawaan ini. Saya tahu En Qi pernah menguruskan syarikat peranginan milik keluarga encik. Jadi, saya dah cukup yakin dengan kredibiliti encik." En Tarmizi menambah lagi.

I See You Where stories live. Discover now