Bab 21

1.7K 168 35
                                    

💎💎💎




Fahim pulang ke rumah dengan kepala yang berserabut. Petang tadi, sebaik saja waktu pejabat berakhir, dia segera ke hospital. Setelah 2 hari Delisa berada di hospital, barulah Nura memberitahunya keadaan wanita itu.

Bengang betul hatinya. Apa yang lebih membuatkannya panas hati, sampai saja di situ, Qi tidak membenarkannya masuk melawat Delisa.

Kata lelaki itu, Delisa sakit setelah dia pulang dari melawat Delisa di rumahnya tempoh hari. Setelah puas bertekak, dia pulang begitu saja tanpa dapat bertemu dengan Delisa.

"Eliana!" Dia melaung. Beg bimbit dan kot dilempar begitu saja ke atas sofa.

Langkah dihala ke ruang makan. Buka saja tudung saji, hanya ada sepinggan ayam goreng di situ. Fahim merengus. Tudung saji ditutup kasar sebelum dia naik ke tingkat atas.

Pintu bilik Eliana ditolak kasar. Sudahlah tempat tinggal, pakaian dan makan disediakan. Sewenangnya Eliana hanya mahu bersenang senang di rumahnya.

Buka saja pintu, mataya tertancap pada tubuh Eliana yang sedang enak tidur berselubung di dalam selimut. Kaki diarah mendekat ke katil.

"Hey!" Bahu adiknya ditolak kuat. Terpisat pisat Eliana membuka mata, tersentak dengan sergahan Fahim.

"Kau dah balik?" Dia bertanya malas. Badannya terasa lesu. Sejak dibelasah oleh Fahim beberapa malam sebelum ini kerana keluar berdua dengan Qi, badannya masih terasa sakit sakit. Malah sejak pagi tadi, badannya terasa menggigil semacam dan kepalanya sakit.

"Kau nak mampus ke membuta masa aku balik? Bangun sekarang! Masak pun tak!" Fahim menyelar kasar.

"Aku dah gorengkan ayam. Kau makan la. Nasi ada dalam periuk. Aku tak larat ni. Rasa tak sihat." Dia berkata meminta simpati Fahim. Selimut ditarik lagi sehingga ke paras bawah dagunya.

"Tak sihat?" Sinis suara Fahim. "Sejak kau jumpa balik dengan kekasih kau, dah pandai nak mengada ngada? Sebelum ni, tak ada pun nak sakit beria macam ni. Lepas ni boleh la mengadu pada kekasih kau yang aku dera kau. Macam tu?"

Eliana hanya merengus perlahan. Sakit kepalanya menjadi jadi.

"Aku cakap dengan kau lah!" Selimut yang membaluti tubuh itu direntap kasar.

"Tolong la, Im. Aku sakit ni." Terkial kial dia cuba mencapai selimut yang sudah terlorot ke lantai.

Fahim mengetap gigi. Tangan Eliana dicapai lalu ditarik kasar sehingga wanita itu terjatuh dari katil.

"Im!" Eliana menjerit apabila Fahim terus mengheret tubuhnya keluar dari bilik.

Tangannya mencengkam lengan Fahim. "Im, sakit lah!" Dia membentak.

Fahim buat tak peduli. Turun dari tangga pun dia mengheret tubuh itu. Tak dipedulikan jeritan si adik yang mengadu sakit.

Pintu belakang rumah dibuka. Eliana dihumban keluar dari rumah.

"Kau nak buat apa..."

"Kau tidur luar malam ni."

"Im..." Eliana teresak.

"Ni pengajaran pada kau. Jangan sesekali nak mengada ngada dengan aku. Sekali lagi aku dengar kau mengadu sakit, nahas aku kerjakan."

Dum!

Pintu ditutup kasar.

"Im!" Pintu diketuk bersama laungan itu. "Buka pintu ni, Im. Aku janji aku tak buat lagi. Im!"

Eliana menangis dan terus menangis. Sememangnya, sejak dia tinggal dengan Fahim, hanya air mata yang menemaninya. Tak, sejak dulu dia tak bahagia.

Hidupnya hanya menjadi mainan mereka. Hanya Qi yang membuatkannya merasa benar benar bernyawa.

I See You Where stories live. Discover now