Bab 22

2.8K 201 61
                                    

💎💎💎







Qi dibenarkan masuk ke dalam wad sebaik saja menjalani beberapa prosedur. Dia menarik kerusi, duduk di sisi Eliana.

Tangan wanita itu diraih. Beberapa tiub berselirat kemas di tubuhnya. Hanya seketika, tangan itu dilepaskan.

Qi termenung. Dia teringatkan Delisa. Eliana di depannya tapi dia rindukan Delisa. Keluhan kecil terbit dari bibirnya.

Dia ingin segera pulang bertemu isterinya namun dia juga tak sanggup meninggalkan Eliana di sini. Risau kalau kalau Fahim datang nak mengapa apakan wanita ini.

Tangan ditekap ke wajah. Siku bertongkat di birai katil.

"Wake up, El. Please..." Supaya dia boleh segera pulang bertemu Delisa. Lama dia berteleku di situ. Hampir setengah jam, tiba tiba terdapat pergerakan dari tubuh Eliana.

Segera Qi mengangkat muka. "El...?" Tangannya diletakkan di sisi kepala wanita itu.

Nafas Eliana sedikit kencang. Wajah itu berkerut kerut.

"El..." Qi menjauh, segera mendapatkan seorang doktor yang baru masuk ke situ.

"Encik, sila tunggu kat luar." Doktor itu mendekati katil Eliana.

Seorang jururawat bergegas menolaknya keluar dari situ. Qi cemas. Dia mundar mandir di depan wad itu.

Beberapa minit kemudian, doktor tadi keluar. Qi segera mendekat.

"Doktor, macam mana Eliana?"

"Em, mana abang dia tadi?" Doktor melilaukan mata di sekitar.

"Abang dia...amanahkan saya untuk tengokkan Eliana. Dia ada kerja."

Doktor mengangguk. "Keadaan pesakit stabil. Dia dah mula sedarkan diri. InsyaAllah, tak ada apa apa yang membimbingkan. Kami akan pindahkan Pn Eliana ke wad biasa. Encik boleh tengok dia kat sana."

Qi tersenyum nipis. "Terima kasih doktor."

Telefon dicapai, menghubungi Fahim. Lama berdering barulah panggilannya bersambut.

"Fahim, macam mana Lisa?"

"Aku dah hantar dia ke rumah." Terdengar Fahim tergelak sinis. "Adoi Qi. Hebat penangan kau. Lisa langsung tak bercakap dengan aku sepanjang perjalanan. Moody saja."

"She's pregnant la Fahim. She's quite sensitive this days. Apa apa pun... thanks sebab kau dah hantar Lisa balik dengan selamat."

Fahim diam sejenak.

"Eliana dah sedar ni." Qi sekadar memberitahu apabila Fahim hanya mendiamkan diri.

"Em, baguslah."

Talian diputuskan setelah itu. Kaki dihala ke wad Eliana. Masuk saja, Eliana terus menoleh padanya. Wajah wanita itu kelihatan ketakutan.

"Qi..." Eliana memanggil sebak.

Qi segera mendekat. "El, apa dah jadi pada you."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I See You Where stories live. Discover now