♥1♥

204 29 22
                                    

[Haraf's]

"Kamu dah naik kapal terbang?"

"Belum, Bah. Baru nak check-in. Ada apa abah hubungi Haraf ni? Selalunya tak pun"

"Abah tak boleh jemput Haraf. Abah ada urusan dekat masjid kejap. Pandai-pandailah kamu balik naik teksi, ya?"

"Hmm"

Tut tut tut









Aku gulingkan bebola mataku sambil mengeluh kasar. Tak apa, aku dah biasa. Saja nak kenakan aku.

Perhatian kepada semua penumpang pesawat Bangtan Airline Boeing 2013. Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Alor Setar yang berkod AK460, sila ke pintu gerbang C-1.

Aku menarik bagasiku dan menempatkannya ke atas conveyer belt untuk pemeriksaan kastam. Setelah itu, aku menuju ke pintu gerbang C-1 untuk menaiki pesawat yang akan membawa aku pulang ke kampung halaman.

Aku mengeliatkan tubuhku. Terasa semua urat bersimpul setelah duduk berjam-jam di dalam kapal terbang. Turun dari penerbangan, aku terus meluru ke pintu keluar. Tak sabar nak jumpa Baby Pian.

Aku mengibas tudungku yang tak berapa nak labuh. Selalunya dekat Kundasang tu sejuk saja. Sampai saja Alor Setar ni, panasnya macam duduk dalam ketuhar. Apa-apa pun kena cari teksi secepat mungkin. Lapangan terbang kata pergi, rumah kata mari.

"Teksinya mana, adoi!" orang sekeliling mula memandang aku. Apa? Aku geram sebab tak ada teksi yang kosong. Dekat setengah jam aku mengelilingi lapangan terbang ni semata-mata nak cari teksi.

Aku memerhati sekeliling buat kali ke-1000. Aku terlihat sebuah teksi yang diparkir berhampiran balai ketibaan. Nampak macam kosong saja teksi dia. Lelaki yang dalam lingkungan 50-an itu aku sapa lembut.


"Assalamualaikum pak cik! Saya nak ke No. 134340, Jalan Kasturi, Kg. Astana. Ada lagi tak teksi yang kosong?"

"Cheq nak pi sana ka? Ada lagi ni teksi. Mai pakcik hantaq [Kamu nak ke sana ke? Ada lagi ni teksi. Sini, pak cik hantarkan]" pak cik itu mengambil bagasiku dan dimasukkan dalam but teksinya.

S

K

I

P

Setelah sekian lama aku menempuh perjalanan, kami akhirnya sampai ke kampungku. Ada khemah dan set kerusi meja. Nampak gaya macam nak buat kenduri. Untuk sambut kepulangan aku ke ni? Sebab ni ke abah tak jemput aku tadi?

"Terima kasih pak cik. Keep the change" pak cik tu pun memecut keluar dari halaman rumah aku. Amboi, pantang cakap keep the change. Aku menarik bagasi ke halaman rumah. Kesunyian rumah ini membuatkan aku musykil seketika.


"Assalamualaikum, Ummi! Haraf dah balik ni" lain yang diseru, lain yang datang. Aku nampak kelibat rakan karib seususku, Cha dan Yuni berlari ke muka pintu. Tubuhku dipeluk erat sehingga sakit badanku.

"Woi, sudahlah. Tulang aku nak patah ni" kalau peluk tu, sampai nak putus urat-urat.

"Wei, makin cantiklah kau sejak duduk sana. Putih melepak" mereka berdua menilik setiap inci muka aku. Pipi aku dicubit dan ditarik. Dah duduk tempat sejuk, memanglah putih.

"Ummi aku mana?" soalku sebaik menjejak kaki ke dalam rumah. Alahai, rindunya aku dengan rumah ni. Susun atur perabot dan kelengkapan masih sama macam 2 tahun lepas, sebelum aku tinggalkan kampung ni untuk sambung belajar.

"Ummi pergi ke masjid. Pinjam kawah untuk masak kenduri esok" jawab Yuni. Betul tak sangkaan aku? Ada kenduri!

"Ada kenduri apa ni, korang?" hatiku teruja mengenankan sambutan mereka terhadap kepulanganku. Aku ingatkan nak sambut kepulangan aku ke tanah air. Rupanya...

"Nak sambut anak angkat Ummi kau dari Kundasang" sesiku empat muncul di dahiku 💢. Kalaulah orang lain boleh nampak sesiku empat tu. Cis, hampa hati aku. Aku bukan dari Kundasang ke? Aku hanya mengangguk perlahan.


"Dah alang-alang kau ada dekat rumah ni, kitorang balik dululah. Esok aku bawa sambal kicap. Boleh cecah dengan mangga belakang rumah kau. Balik dulu" Cha menghidupkan enjin EX5 merahnya lalu menunggang motosikal tersebut keluar dari halaman rumahku. Kalau bagi Yuni yang bawa, masuk bendanglah jawabnya.

Rasa tak dihargai pula. Aku dibiarkan. Anak angkat diorang, nak pula buat kenduri bagai.

Aku masuk ke dalam bilik aku. Pergh, habuk berkepul. Nampak tak betapa Ummi dan Abah tak kisah pasal aku? Aku kemas apa yang patut. Nasib baik cadar dah tukar. Aku membuka tudung yang melitupi kepalaku dan merebahkan badan ke atas katil.

Klek!

"Uish, siapa buka pintu tu?" aku berlari secepat mungkin ke ruang tamu. Manalah tahu 'mat gian' ke apa kan? Abah dan Ummi rupanya.


"Ya Allah, Haraf ke tu? Ya Allah, anak Ummi" Ummi dan aku berbalas pelukan. Aku hanya bersalaman dengan abah. Yalah, aku tak rapat sangat dengan abah. Nanti korang tahulah kenapa.

"Macam mana Kundasang? Okey?"

"Macam tulah Ummi. Kak Mira kirim salam. Masa dia pantang nanti, dia nak minta Ummi jagakan dia"

"Wa'alaika wa' alaihissalam" jawab mereka serentak.

"Dekat rumah kita ni ada apa? Dengan khemah bagai? Kenduri ke?" soalku sekali lagi untuk menguji mereka.

"Esok, anak angkat Ummi dan Abah nak balik dari Kundasang. Tu yang nak buat kenduri kesyukuran sikit" Abah memaparkan riak tak berdosa. Adakah anda tidak perasan tentang kehadiran saya di sini?

"Dia anak yatim ke? Tak ada mak ayah sampai kena datang sini?" aku memang macam ni. Susah nak terima kehadiran orang baru dalam keluarga aku. Lebih-lebih lagi yang 'disayangi' oleh Ummi dan Abah.

"Haraf, tak baik cakap macam tu. Mummy daddy dia dekat Korea. Buat sementara waktu ni, mereka nak tumpangkan anak mereka di rumah kita. Jadi, tugas pertama Haraf akan bermula malam ni"

"Tugas apa pulak ni umi?" umi hanya menghadiahkan senyuman sinis kepadaku.




























































































Wah, Ummi dah maju.





























Salam sayang dari author, tons of love from me to you 🌹

Permaisuri Dia 💜myg 💜 •OG• ☞ K-Malay ☜Where stories live. Discover now