[Author's]
Udara di ruang itu sangat menyesakkan kala ini. Nafas diatur agar degupan di dada semakin reda. Malangnya, setiap hirupan udara bagaikan racun yang merengsa pernafasannya. Si pesalah menunduk di hadapan lelaki bermisai nipis itu. Belasan orang lagi mengintip dari rekahan pintu.
"Abah tak payahlah marah-marah lagi. Abah dah tengok sendiri kan? Hanan tu memang mengada-ngada" tegas Haraf Nazreen Asfan, putera sulung keluarga itu.
"Diam, Long. Along jangan bela Haraf ni. Makin lama, makin melampau. Kalau macam nilah perangai kamu, Abah takkan benarkan kamu balik ke Semenanjung. Sepatutnya Abah biarkan kamu tinggal dengan Mira di sana" Haraf berdecih kecil mendengarkan kata-kata Haji Syed Heelman.
"Jadi betullah apa yang Haraf dengar selama ni? Abah hantar Haraf ke sana sebab Abah malu ada anak macam Haraf?" apabila keadaan mulai tegang, Yoongi berura-ura untuk masuk campur. Setidaknya untuk meredakan ketegangan. Namun, Seokjin pantas menahan bahu Yoongi dan memberikan amaran mata supaya lelaki itu tidak ikut campur.
Syed Heelman hanya diam, mengekalkan riak tegas pada wajahnya.
"Abah nak kamu ikut Yoongi dan rakan-rakannya ke Langkawi. Selagi kamu tak ubah perangai, jangan balik ke sini" kelibat Haji Syed Heelman yang beransur ke dapur diikuti rapat oleh Nazreen.
Tangan berkulit sawo matang itu ditarik perlahan oleh si sulung. Cukup untuk membuatkan Syed Heelman mematikan langkahnya.
"Abah tahukan dia masih di sana? Abah nak bahayakan keselamatan Haraf?"
"Abah tahu apa yang Abah buat. Lagipun Yoongi dan rakan-rakannya ada untuk lindungi Haraf. Abah akan berbincang dengan ibu ayah Cha dan Yuni. Abah nak mereka ikut Haraf supaya mereka boleh pantau adik kamu yang degil tu" Nazreen mengeluh kecewa dengan sikap keras kepala bapanya itu.
"Padanlah anak-anak degil. Ikut perangai Abah rupanya"
SK
I
P
Haraf menyusun pakaiannya di dalam bagasi dengan pandangan mata yang kabur dek genangan airmata. Barangan yang hendak dibawa disusun dengan kasar ke dalam bagasi burgundy miliknya.
"Mari saya bawakan bagasi awak" pelawa Yoongi sebaik sahaja pintu bilik gadis itu terkuak dari dalam. Haraf hanya mengangguk, mengiyakan pelawaan tersebut. Wajahnya menggusarkan sesiapa saja yang melihat. Tegang, tanpa ekspresi.
Haraf menyalami Hajjah Hasmiza lalu tubuhnya dipeluk erat oleh sang ibu. Haji Syed Heelman pula masih berada di kebun walaupun matahari sudah berteleku tegak di atas kepala. Salah satu helah klasik lelaki itu untuk mengelakkan diri dari seseorang atau lebih tepatnya lagi dari anak gadisnya yang satu ini.
Tiga gadis itu melangkah masuk ke kenderaan utiliti sukan yang dipandu oleh Yoongi dengan berat hati. Kisah 2 tahun lalu diulang tayang kembali bak kaset yang diputar.
"Haraf, Abah nak kamu teruskan pengajian di Sabah" Hajjah Hasmiza mengusap belakang tangan anaknya lembut.
"Kenapa Ummi? Sebab Abah dah muak tengok muka Haraf? Atau sebab Abah malu ada anak nakal macam Haraf?" wanita lewat 40-an itu mengucup sayang puncak kepala anaknya.
Di hatinya terdetik rasa terkilan. Gadis ini selalu dihadiahkan dengan sisi tegas sang bapa. Tidak seperti adik-beradik yang lain, dihadiahkan sisi penyayang seorang bapa. Wanita itu kesal. Dia bertarung nyawa demi buah hati yang satu ini, namun dibeza-bezakan dengan saudara yang lain kerana kenakalannya. Adakah salah ibu mengandung?
YOU ARE READING
Permaisuri Dia 💜myg 💜 •OG• ☞ K-Malay ☜
Romance🇸 🇱 🇴 🇼 🇺 🇵 🇩 🇦 🇹 🇪 [Siri Imam Idol Bangtan] 💄Mix Novel💄 Jadilah seperti mawar, Indah dipandang, Tapi takut didekati 📍Mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk tatapan umum 📣 Read at your own risk 💜Cinta kita kerana Ilahi 💜 By: @...