[Haraf's]
Aku mengemaskan lilitan selendangku buat kali terakhir. Jam di tangan aku tilik. Lagi satu jam, kenduri kesyukuran itu akan bermula. Meluat aku melihat makhluk tu sudah mula mesra dengan orang kampung.
"Haraf, dah siap ke belum? Tolong Ummi dekat dapur ni" aku menjongketkan kening. Takkan aku dah bersiap cantik-cantik ni kena angkat lauk?
Ternyata benar sangkaanku. Aku terpaksa mengangkat tiga bekas berisi gulai kawah, ayam panggang dan daging masak hitam. Habis berserabai tudung aku. Skaf pun dah senget-benget jadinya. Budak Korea tu ke mana? Majlis dia kan? Kenapa dia tak uruskan sendiri?
"Haraf, kamu tolong kunci rumah ya? Kunci rumah sudah Ummi letakkan di atas para dapur. Kamu pergi dengan Yoongi ya?" aku mengangguk perlahan. Patutlah tak nampak batang hidung, sedang bersiap rupanya.
"Awak dah siap?" aku membalikkan tubuh menghadap pemilik suara itu. Yoongi segak berbaju Melayu merah hati, bersongkok dan berseluar slack.
Segak bagi mata orang lain, tapi bukan pada mata aku. Bagi aku, dia ni hanya seketul semak yang menyemakkan rumah aku.
"Dah. Berjanggut aku tunggu kau dekat sini? Tercegat apa lagi? Jomlah, nanti Ummi marah aku pula. Kau kan anak kesayangan Ummi dan Abah" aku menggulingkan biji mataku. Dia pula terkocoh-kocoh menyarungkan sandal ke kakinya.
"Eh, kau nak ke mana tu? Kau pandu" kunci kereta aku lambung ke arahnya. Sedap-sedap je kau nak duduk dekat sebelah pemandu. Ingat aku kuli kau?
Sebaik masuk ke dalam kereta, cermin kecil aku keluarkan dari tas tangan. Biasan pada cermin itu membuatkan aku cemberut. Sekali lagi, aku betulkan awning tudung yang serabai di sana sini.
"Kalau saya cakap ni, awak jangan marah tahu?" suara garau Yoongi memecahkan keheningan. Matanya masih tertumpu pada jalan raya manakala tangannya ligat memutarkan stereng.
"Apa?" jawabku acuh tak acuh.
"Kalau awak labuhkan tudung tu sikit kan lebih manis? Gula-gula--"
"Okey, sudah! Aku faham apa yang kau cuba sampaikan" aku buka ikatan selendang untuk menjadikannya lebih labuh.
"Dah, puas hati?" dia tersenyum simpul. Tak pasti sama ada senyum kemenangan atau senyum sindiran. Apabila kami tiba di masjid, qariah masjid dan orang kampung sedang membantu mempersiapkan tempat untuk majlis kenduri itu.
Aku terus ke dapur yang terletak di belakang masjid. Cha dan Yuni tiba lebih awal ke masjid. Sengaja nak kenakan aku.
"Weyh, ada apa lagi yang belum siap?"
"Kau ambil mata kucing dalam tin yang ada dekat tepi pintu tu. Masukkan dalam jag, tambah air dan air gula. Lepas tu, hidang dekat depan" aku pun memulakan tugas seperti yang disuruh oleh Cha. Fuh, bau sedap je lauk-lauk kenduri ni. Kecur air liurku dibuatnya.
Aku lihat Yoongi datang dengan sengihan kerang busuknya. Sesekali dia menggosok belakang lehernya.
"Emmm, air dah siap? Awak buat air apa?" tiba-tiba ada idea jahat melintas di benakku. Inilah masanya untuk aku mulakan langkah pertama.
YOU ARE READING
Permaisuri Dia 💜myg 💜 •OG• ☞ K-Malay ☜
Romance🇸 🇱 🇴 🇼 🇺 🇵 🇩 🇦 🇹 🇪 [Siri Imam Idol Bangtan] 💄Mix Novel💄 Jadilah seperti mawar, Indah dipandang, Tapi takut didekati 📍Mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk tatapan umum 📣 Read at your own risk 💜Cinta kita kerana Ilahi 💜 By: @...