[Haraf's]
Aku melangkah keluar dari hostel dengan sebuah bagasi yang berdiri gah di sebelahku. Hari ini hari terakhir aku di bumi Sabah. Banyak kenangan yang berjaya aku kumpul di sini. Sebelum tu, aku nak kenalkan diri.
Aku, Haraf Nadia Aqira binti Syed Heelman. Baru habis STPM. Dulu masa SPM tak nak buat elok-elok, dah kena ambil STPM. Abah aku hantar aku ke sekolah berasrama. Nak aku lebih fokus katanya 😑
Aku tinggal bersama kakak angkatku di sini. Ummi dan Abah aku ada ramai anak angkat. Sampai yang luar negara pun ada. Seperti kebiasaan, aku akan menolong kakak angkatku sedikit sebanyak di kafe miliknya. Dan hari ini, hari terakhir aku membantunya.
®¤¤¤¤¤®
"Kak Mira!" laungku sebaik membuka pintu kafe. Kak Mira nilah kakak angkat aku. Manis orangnya, berketurunan Iban. Dia pun salah seorang anak angkat Ummi dan Abah.
"Haraf, hari ini hari terakhir Haraf di sini sebelum pulang ke semenanjung kan? Apa kata kamu layan pelanggan dekat meja nombor 12. Dialah yang akak selalu ceritakan pada Haraf. Pelanggan setia akak sejak kafe ni mula-mula dibuka. Dia adik angkat akak" aku mengalihkan pandanganku ke meja yang berada di luar kafe. Seorang lelaki berkemeja biru laut sedang leka dengan telefon pintarnya. Budak-budak zaman sekarang.
"Baiklah, boleh akak hulurkan buku pesanan? Haraf akan ambil pesanannya" pen dan sticky note pad aku dihulurkan oleh Kak Mira. Langkah kakiku diatur menuju ke meja yang tertera angka 12.
"Selamat datang ke Eureca Café. Boleh saya ambil pesanan?" aku masih menunggu tindak balasnya. Dari tepi, irasnya seperti anak muda Korea. Rambutnya perang muda, bercermin mata dengan bingkai sedikit lonjong. Lelaki itu membetulkan sedikit cermin matanya selamba seolah-olah tidak terkesan dengan kehadiranku.
Jiwa wanita aku bergegar melihat wajahnya yang terbentuk sempurna. Tipulah kalau aku langsung tak merasakan apa-apa getaran pada tangkai hatiku. Aku menggeleng laju. Tumpuan aku arahkan semula kepada sticky note pad yang aku pegang. Aku berdehem kecil untuk menarik perhatiannya.
"Selamat tengah hari. Boleh saya ambil pesanan?" sekali lagi aku mengajukan soalan yang sama. Tapi kali ini, lebih kuat.
"Macam biasa" makanan apa pula tu? Setahu aku, kafe ini tidak menjual makanan bernama 'biasa'.
"Maaf, encik. Kafe kami tidak menjual makanan 'macam biasa'. Yang luar biasa adalah" aku menayangkan riak wajah tidak bersalah.
Lelaki itu mengangkat wajahnya tetapi mata kami tidak bertembung. Dia mengalihkan kembali tumpuannya ke arah layar telefon pintarnya. Muka kacak, tapi sayangnya dia kurang adab.
"Awak staf baru ya? Maafkan saya. Bagi saya Unicorn Frappucino dan Custard Egg Tart" aku mengambil pesanannya. Dalam beberapa minit, aku menghantar minuman dan manisan yang dipesannya.
"Selamat menjamu selera" ucapku dengan senyuman. Matanya masih tertumpu pada telefon pintarnya. Sapaan aku hanya dibalas dengan deheman saja.
Ya Allah, nasib baiklah kau pelanggan setia Kak Mira. Kalau tak, memang aku halau kau. Berlagak tahap dewa Aku masuk semula ke ruangan kaunter kafe. Dulang aku letakkan di atas meja.
"Akak, dia memang makan dua benda tu sahaja setiap hari?" soalku pada Kak Mira. Kalau dah dia cakap 'macam biasa' tu maksudnya dia makan benda tu hari-harilah kan?
"Ya. Kalau Haraf nak tahu, kami berdua rapat, macam mana akak rapat dengan Haraf. Sayangnya, korang berdua nak tinggalkan akak. Dia balik kampung dia esok. Haraf balik hari ni" wajah Kak Mira berubah mendung. Alahai, ni yang aku tak suka ni.
"Akak janganlah macam ni. Nanti, Haraf lawatlah akak kalau Haraf ada masa. Kalau akak rindu Ummi dan Abah, baliklah Kedah"
"Yalah. Akak dah bungkuskan Galaxy Pana Cotá dan Chocolate Fudge Brain Freezer untuk Haraf. Bolehlah makan semasa menunggu pesawat nanti. Nah" Kak Mira menghulurkan beg kertas yang tertera nama kafe ini.
"Terima kasih akak. Terima kasih untuk semuanya. Kalau umur panjang, ada jodoh, kita jumpa lagi. Kirim salam pada Abang Zaim. Haraf tak sempat jumpa dia. Jaga diri dan kandungan akak elok-elok. Nanti kalau akak dalam pantang, Haraf datang jenguk anak buah Haraf ni" aku memeluk Kak Mira erat dan berlaga pipi. Dengan rasa yang bercampur baur, aku melangkah pergi dari kafe.
"Kedah! I'm coming home! Tunggu cheq mai nah"
Salam sayang dari author, tons of love from me to you🌹
YOU ARE READING
Permaisuri Dia 💜myg 💜 •OG• ☞ K-Malay ☜
Storie d'amore🇸 🇱 🇴 🇼 🇺 🇵 🇩 🇦 🇹 🇪 [Siri Imam Idol Bangtan] 💄Mix Novel💄 Jadilah seperti mawar, Indah dipandang, Tapi takut didekati 📍Mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk tatapan umum 📣 Read at your own risk 💜Cinta kita kerana Ilahi 💜 By: @...