[Author's]
"Raf, kau dekat mana woi?! Kitorang dah bawa barang-barang yang kau minta ni" laung Cha dari perkarangan rumah. Haraf yang sedang sibuk mencangkul serai itu terus melemparkan cangkul ke tepi.
"Masa yang tepat! Sekarang ni baru pukul 8 pagi. Selalunya mamat tu akan keluar lebih kurang pukul 9.45 pagi. Sekarang, kau berdua kena tolong aku. Kau budak kejuruteraan kan? Mesti kau pandai bab-bab ni" Cha menggaru kulit kepala yang tidak gatal.
"Apa kaitan aku dengan semua barang ni? Jangan-jangan kau nak aniaya orang tak?!"
"Ish, ni bukan aniaya. Aku nak kenakan dia je. Alah, kau macam tak biasa. Dulu, waktu sekolah kaulah yang paling jahat. Sampai tayar kereta cikgu pun kau pancitkan. Takkanlah benda kecil macam ni pun jadi masalah, Aisya Radhia?" nama penuh sahabat karibnya disebut satu per satu.
"Diam tandanya setuju, betul tak? Jadi, aku nak kau buat perangkap jerat. Tahukan? Alah, macam dalam filem kombat tu. Kalau terpijak gelung tali, kau akan ditarik naik ke atas pokok secara terbalik" Haraf dapat membayangkan jeritan Yoongi apabila lelaki itu tersangkut di atas pokok sebentar nanti.
"Kau ni, tak baiklah buat macam tu. Weyh, kau tak rasa bersalah ke buat macam ni? Macam mana kalau dia mati ke, kena serangan jantung ke, patah kaki ke?" ujar Yuni panjang lebar. Risau pula apabila crushnya diperlakukan sebegitu.
"Ha, betul tu. Macam mana kalau dia pakai jubah? Nanti akan tergantung terbalik. Tak pasal-pasal dapat tayangan perdana berdefinisi tinggi secara percuma pula. Aku tak nak rosakkan kesucian mata aku yang cantik ni"
"Kau agak-agaklah sampai mati. Tak adanya orang mati kena tali jerut ni. Kalau pasal jubah tu, Insya Allah aku yakin dia pakai seluar dalam. Tak! Maksud aku, seluar dekat dalam. Alah, safety pants tu. Insya Allah mata kita takkan tercemar. Sekarang ni, nak tolong ke tak?"
"Boleh tapi dengan satu syarat. Kalau kau kantoi dengan Ayah Haji, jangan libatkan kami berdua. Biar kau kena bedal seorang-seorang dengan buluh miang. Biar tahu rasa kau ni" Haraf menjulingkan mata sambil berpeluk tubuh.
S
K
I
P
"Dah siap!! Sekarang, kita kena tunggu Yoongi pijak jerat ni. Kita sembunyi dekat pokok rambutan sana" tiga orang gadis nakal itu bersembunyi berhampiran pohon rambutan yang sedang berbuah lebat. Tidak lupa juga, Baby Pian yang berada dalam gendongan Haraf.
Seperti dijangka, Yoongi akan keluar dari rumah untuk ke kebun bersama Haji Syed Hilman. Hati Haraf melonjak saat Yoongi memijak jerat itu. Dalam sekelip mata, harapan itu punah kerana jerat itu tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.
"Tak guna! Kenapa tak berfungsi pun! Mesti kau tak pas--" mulut Haraf ditekup oleh Cha dan Yuni. Hampir saja kaki Cha disumbat ke dalam mulut bising itu.
"Nasib baik kaki aku tak masuk dalam mulut kau. Kalau tak, ada yang masuk hospital sebab tersedak kaki. Manalah aku tahu dia tak menjadi. Mungkin kuasa Allah yang melindungi hambaNya yang soleh dari penganiayaan" satu tamparan padu dihadiahkan di belakang kepalanya.
"Kau pun salah satu penganiaya juga. Jangan nak berlagak suci sangat. Apa kata kita pergi tengok apa yang tak kena" Haraf dan Cha mengikuti langkah Yuni ke arah pokok berkenaan.
"Hmm, nampak gaya macam tali sawat dekat atas sana yang tak berfungsi. Sia-sia je aku panjat pokok ni tadi" Haraf memijak jerat yang tidak berfungsi itu.
"Dasar tak guna! Penat je ak--- Aaarrrggghhh!" tali itu menjerat dan menyentak kaki Haraf ke atas pokok. Kini, dia tergantung secara terbalik.
"Ya Allah, kenapa ni? Kenapa Haraf boleh ada dekat atas tu?"
"Abang, tolong! Tolong turunkan Haraf dari sana"
"Tapi, abang bukan mahram di--"
"Alah, daruratkan? Tolonglah! Kami janji tak nakal dah lepas ni. Tolonglah. Nak pahala ke tak nak?" Cha mula bercakap perkara merapu kerana panik.
"Woi, kaki aku nak putus dah ni. Dah habis berunding ke belum. Aku nak mati dah dekat atas ni" mendengarkan suara lemah Haraf, Yoongi mula memanjat pokok tersebut.
'Ya Allah, ampuni dosaku. Sesungguhnya ini adalah darurat'
🌮🌮🌮
Haraf termenung memandang bumbung biliknya. Fikirannya bercelaru. Semua idea dan rancangannya gagal sama sekali. Hatinya juga mula goyah apabila Yoongi sanggup membantunya. Pada hakikatnya, jerat itu disediakan untuk Yoongi.
"Aku rasa, kau patut minta maaflah dengan Yoongi. Dia tak macam yang kau sangka. Kalau dia betul-betul ada niat tak baik, dia takkan tolong kau. Sudah-sudahlah tu, Haraf" Yuni mengusap bahu rakannya.
"Betul tu, weyh. Kau kena minta maaf atas semua kesalahan yang kau pernah buat termasuklah ayat-ayat kasar kau. Mesti dia terasa selama ni. Nanti aku teman kau minta maaf dengan dia eh?" Cha dan Yuni memeluk Haraf secara serentak.
'Mungkin aku dah salah nilai dia sebelum ni. Aku memang tak pandai menilai. Rendahkan ego kau, Haraf. Minta maaf dekat dia. Takkanlah kau nak merangkak cari dia di Padang Mahsyar nanti semata-mata sebab dosa kau ni?'
Mereka bertiga duduk di pangkin kayu yang terdapat di halaman rumah untuk menunggu kepulangan Yoongi dari masjid.
"Lama lagi ke nak kena tunggu? Aku mengantuklah. Esok-esok boleh tak? Ish" Haraf menggosok matanya berkali-kali sehingga berair. Kelibat yang ditunggu tidak muncul tiba.
"Kalau nak minta maaf, kenalah ikhlas. Ikhlas ke tak ni? Tunggulah sekejap"
"Korang! Tu dia dah dekat jalan. Cha, jom tinggalkan diorang berdua. Kami duduk belakang tembok sana" belum sempat Haraf bersuara, mereka berdua telah berdesup ke belakang. Tinggal dirinya sahaja yang terkial-kial menyusun ayat.
"Assalamualaikum. Kaki awak macam mana? Dah elok? Kalau bengkak lagi, Ummi suruh cari kenc--"
"Yoongi. Aku baik-baik saja. Aku cuma ada benda nak cakap. Sebelum tu, aku minta maaf kalau apa yang aku cakap ni akan buat kecil hati. Tapi, percayalah. Aku rasa bersalah sangat" terbit rasa hairan di benak lelaki itu tatkala mendengarkan bait-bait yang dipertuturkan oleh Haraf.
"Aku minta maaf atas semua kesalahan yang pernah aku buat. Aku tahu aku ni jahat, jahil. Tak layak nak minta maaf pun dengan orang baik macam kau. Jerat yang aku pasang tu untuk kau. Tapi, Allah tu Maha Berkuasa. Tak pasal-pasal dapat balasan cash. Aku minta maaf" satu senyuman nipis terukir di bibir lelaki berdarah Korea itu.
"Siapalah saya untuk tak menerima maaf dari awak. Benda kecil saja, tak payah risau. Sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya. Apatah lagi saya, hamba kerdil saja. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya masuk dulu. Tak manis berlamaan dekat sini. Kalau berdua, pasti ada yang ketiga. Assalamualaikum" darah merah menyerbu ke muka Haraf. Mujurlah kegelapan malam melindungi dirinya.
"Kan aku dah cakap, dia maafkan punyalah. Dia tu baik, kacak pula tu. Untung kan jadi dia?" sergah Cha yang baru sahaja keluar dari kubu persembunyian. Haraf hanya mengangguk untuk mengiyakan kata-katanya.
'Ya Allah, dugaan apa yang sedang Kau cuba untuk berikan pada aku. Kenapa hati ni tak habis-habis berdegup kencang?'
Salam sayang dari author, tons of love from me to you 🌹
YOU ARE READING
Permaisuri Dia 💜myg 💜 •OG• ☞ K-Malay ☜
Romantizm🇸 🇱 🇴 🇼 🇺 🇵 🇩 🇦 🇹 🇪 [Siri Imam Idol Bangtan] 💄Mix Novel💄 Jadilah seperti mawar, Indah dipandang, Tapi takut didekati 📍Mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk tatapan umum 📣 Read at your own risk 💜Cinta kita kerana Ilahi 💜 By: @...