[Author's]
"Haraf Nadia Aqira binti Syed Heelman!" bergema satu laman dek jerkahan Haji Syed Heelman, bapa kepada Haraf. Terhincut bahu semua yang ada di situ termasuklah Yoongi.
"Apa yang Abah ajar pada kamu? Tetamu itu membawa rezeki. Layan tetamu elok-elok" Hajjah Hasmiza cuba menenangkan suaminya yang sedang 'terbakar' ketika itu.
"Sudahlah, abang. Depan tetamu kan? Malulah sikit" Hajjah Hasmiza beralih ke arah Haraf. Isyarat matanya menyuruh gadis itu masuk ke dalam rumah.
"Wei, korang. Bilik aku" Yuni dan Cha segera mengambil pinggan dan bekas kedap udara berisi sambal kicap tadi. Mereka menuju ke bilik Haraf di tingkat 2.
•
•
•
•
•
•
•
"Macam mana penerbangan kamu tadi?"
"Alhamdulillah, berjalan lancar abah. Lagipun cuaca baik sekarang ni" Yoongi menyisip Kopi-O yang dihidangkan oleh Hajjah Hasmiza.
"Ummi minta maaf ya pasal perangai Haraf tadi? Dia memang macam tu. Susah nak terima orang baru dalam keluarga ni" kata Hajjah Hasmiza sambil menghidangkan cucur badak.
"Tak apalah, Ummi. Yoon faham. Lagipun, Yoon pun segan sebenarnya nak tinggal di rumah orang. Tu pun sebab mummy daddy yang suruh. Tak apa ke Yoon tinggal di sini untuk sementara waktu? Takut anak-anak Ummi tak selesa pula"
"Eh, kami tak kisah. Rumah kami sentiasa terbuka untuk Yoon. Mesti Yoon penat kan? Pergilah naik tingkat 2. Sebelah bilik Haraf tu, bilik tetamu. Yang paling meriah tu, bilik dialah. Kejap lagi, kita makan malam ya?" Yoongi mengangguk sebelum mengheret bagasinya naik ke tingkat 2 rumah itu.
Lain pula situasinya di dalam bilik Haraf. Dia melahap mangga bersama sambal kicap dengan banyak. Hidungnya kembang kempis menahan pedas dan marah pada masa yang sama. Cha dan Yuni hanya melihat Haraf melahap kesemua mangga itu. Memang tabiatnya, makan banyak ketika panas hati.
"Weyh, sabarlah. Janganlah nak seksa diri kau dengan sambal tu" Cha menelan liur perit. Hampir 7 biji cili padi ditumbuk bersama untuk menghasilkan sambal itu. Nanti tak semena-mena Haraf tumbang di situ.
"Mana boleh sabar! Aku tak suka budak tu!" jerkah Haraf tiba-tiba. Mulutnya masih ligat mengunyah mangga masam itu.
"Bawa bertenang boleh tak? Takkan sebab budak tu kau nak sembur kami?" Haraf terdiam seketika. Ada betulnya apa dipertuturkan oleh Cha itu. Dia kini kembali tenang seperti sebelumnya.
"Haih, aku minta maaf. Pasal budak bengap tu, korang berdua terkena tempias. Aku terlalu ikut emosi sangat" airmata Haraf mengalir kerana kepedasan sambal kicap itu.
"Aku nak keluar ambil air. Pedas pula sambal ni. Korang habiskanlah" Cha dan Yuni berpandangan antara satu sama lain.
"Dah tinggal bekas, baru nak suruh kita makan" ujar Yuni geram.
Haraf keluar dari bilik tersebut. Malang bagi Haraf, dia terserempak dengan Yoongi. Yoongi tersenyum manis namun dia menghadiahkan renungan tajam dan jelingan maut pada Yoongi sebelum beredar.
"Itu perempuan ke apa? Garang nak mati!" keluh Yoongi.
'Astaghfirullah halazim! Jangan kutuk orang! Berdosa' bisik hati kecil Yoongi
🍄🍄🍄
"Haraf, sini kejap" Haraf melangkah malas ke arah Umminya. Dia tahu sangat. Kalau dipanggil sebegitu rupa, pasti berkaitan kejadian sebentar tadi.
"Haraf, Ummi dah pesan kan dekat pasar raya tadi? Kenapa buat juga perangai macam tu? Nak malukan Ummi dengan Abah depan tetamu ke, nak?" terselit nada kecewa dalam tutur kata lembut Hajjah Hasmiza.
"Ummi dengan Abah tak pernah tanya kami sebelum buat keputusan. Ummi dan Abah selalu buat keputusan yang kami tak suka. Aufa mungkin ikut cakap Ummi Abah. Tapi bukan Haraf. Haraf akan tegakkan apa yang Haraf nak. Haraf nak privasi, Ummi! Nak luang masa dengan Ummi, adik. Tapi, Ummi dan Abah suka jemput orang asing masuk rumah ni. Ummi, rumah kita bukan rumah tumpangan tahu?" Haraf menghamburkan segala yang terbuku di hatinya.
Bukan berniat untuk menderhaka atau membantah keputusan Ummi dan Abahnya, namun tindakan kedua orang tuanya dirasakan salah dan dia harus menegur.
"Kita dah dididik dalam Islam supaya berbuat baik sesama Muslim. Kalau kita berbuat baik pada orang, Allah akan gandakan kebaikan untuk diri kita"
"Baiklah, Ummi. Lepas ni, Haraf akan ikut apa yang Ummi suruh, apa yang Ummi nak. Takkan ada lagi bantahan" Haraf mengambil segelas air dan di bawa masuk ke bilik.
Suara gelak tawa Yoongi dari bilik sebelah membuatkan Haraf cemberut. Bingit telinganya. Kerana lelaki itu
Dia dimarahi
Dia ditengking
Dia diketepikan.
"Korang! Malam ni ada kenduri dekat masjid. Untuk sambut 'anak kesayangan' tu. Korang duduk rumah aku sajalah. Pergi ambil baju kurung dengan tudung. Lepas tu datang sini balik. Nanti kita boleh pergi masjid sama-sama"
"Semua dah sedia, Cik Haraf oi. Aku dah bawa dari tadi lagi cuma kau tak perasan. Khusyuk makan mangga" Yuni menggulingkan matanya. Haraf ketawa mengekek.
'Kau siap kau lepas ni. Kau takkan hidup aman dengan aku'
Salam sayang dari author, tons of love from me to you 🌹
YOU ARE READING
Permaisuri Dia 💜myg 💜 •OG• ☞ K-Malay ☜
Romance🇸 🇱 🇴 🇼 🇺 🇵 🇩 🇦 🇹 🇪 [Siri Imam Idol Bangtan] 💄Mix Novel💄 Jadilah seperti mawar, Indah dipandang, Tapi takut didekati 📍Mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk tatapan umum 📣 Read at your own risk 💜Cinta kita kerana Ilahi 💜 By: @...