♥3♥

132 25 20
                                    

[Haraf's]


Haraf, bangunlah anak dara oi! Matahari dah nak turun balik dah, kamu tak bangun lagi! Jom teman Ummi pergi pasar!" aku menekan butang kuasa pada telefon pintarku.

7.50 a.m.

Ummi ingat dia duduk dekat Jepun ke sekarang ni? Aku mencapai tuala dari penyidai di belakang pintu bilik. Dengan malas, aku melangkah ke bilik air. Yang aku peliknya, kenapa seorang pun tak kejut aku bangun Subuh?

Ah! Aku lupa yang Aufa 'cuti' hari ni. Ummi dan Abah pula selalu solat Subuh dekat masjid. Tak apalah, pandai-pandailah aku qada' balik nanti.

Setelah selesai bersiap, aku keluar untuk bersarapan di meja makan utama. Baru sesuap nasi goreng masuk ke dalam mulut, aku lihat abah baru pulang dengan sebilah pisau di pinggang. Baru balik dari masjid untuk uruskan majlis kepulangan 'anak kesayangan'.

"Awal bangun, anak dara" aku mengendahkan sindiran Abah lalu menyambung suapanku.

"Ummi! Haraf dah siap! Jom!" laungku dari dapur setelah siap mencuci pinggan. Ummi mencapai tas tangannya sebelum kami bertolak ke pasar.

"Hoi, Aufa! Bila kau masuk? Dah mandi ke belum?" aku terkejut sebaik melihat pantulan imej Aufa dari cermin pandang belakang kereta.

"Dah lama dah mandi. Tak nampak ke Aufa dah bersiap cantik-cantik ni? Tunggu Ummi dengan akaklah lama sangat" Allahu, kalau sehari tak 'masuk lif, tekan sendiri' memang tak sahlah budak ni.

Perjalanan kami sunyi dan hanya ditemani suara juruhebah radio yang memenuhi corong radio. Setelah tiba di Aman Grocer, aku mengambil troli yang tersedia di hadapan pintu masuk pasar raya ini. Kenapa aku tak ke pasar biasa? Sebab aku pernah jatuh dan dimalukan di pasar. Aku fobia. Aku benci orang-orang dekat pasar tu. Semua gelakkan aku.

"Ni, Haraf. Alang-alang kita berdua je ni, Ummi nak cakap sesuatu sementara adik kamu tu sibuk pergi beli majalah e-Pop dia tu. Ummi nak pesan sikit dekat kamu. Jangan sesekali buat perangai atau nak kenakan si Yoongi tu. Abah kamu berkawan rapat dengan ibu bapa Yoongi. Kamu tahukan Abah kamu tu jenis cepat melenting?" aku mengangguk seperti anak solehah terakhir di muka Bumi Allah ini.

'Permintaan umi takkan terlaksana. Maafkan Haraf 😈'

Aku menolak troli yang sarat dengan muatan barang basah serta kering. Ni dah macam nak sambut Perdana Menteri dah. Padahal, budak tu biasa-biasa saja pun.

Aku nampak Ummi mengeluarkan kad kreditnya. Wah, untuk budak ni mereka sanggup gadaikan kad kredit tu. Kami adik-beradik pun tak pernah merasa hasil kad tersebut. Ummi berhabis kira-kira RM200 untuk pembelian barang SAHAJA.

S

K

I

P

"Assalamualaikum! Haraf woi! Keluarlah cepat. Kitorang dah bersedia ni" aku mencapai tudung kecilku dan galah panjang dari belakang rumah. Yuni dan Cha melihatku seperti kanak-kanak Ribena kehausan. Aku memetik setangkai ranting yang mengandungi 5 biji mangga muda.

"Cukup ke ni? Sambal yang aku buat ni banyak" soal Cha sambil membelek tupperwarenya.

"Kalau kau rasa nak tidur dalam tandas malam ni, makanlah banyak-banyak. Setakat sambal bekas kecil tu, Yuni boleh jilat sampai titisan terakhir" kataku sambil mengupas kulit mangga itu. Budak berdua ni tahu melahap saja. Akulah yang kena sediakan. Kami duduk di pangkin luar rumah sambil menikmati keenakan mangga muda tersebut.

"Kau kenapa tak ikut Ummi pergi masjid? Esok kan kenduri. Tak menang tangan aku tengok Ummi kau" Cha menyumbat 3 keping mangga bersalut sambal kicap ke dalam mulutnya.

"Aku malas nak pergi. Lagipun aku teman Aufa di rumah. Tak lama lagi dia akan menduduki peperiksaan"

"Assalamualaikum! Abah! Ummi!" kami bertiga menoleh serentak ke arah suara itu. Seorang lelaki berkulit seperti Albino sedang berdiri di tepi pintu rumahku. Setelah bagasinya dikeluarkan, teksi yang dia naiki beredar dari perkarangan rumahku.

"Ya, abang nak cari siapa?" aku segera bangun dan menuju ke arah lelaki itu. Aufa yang sibuk menemu ramah lelaki itu aku tolak ke tepi.

"Kau siapa hah? Berani-beraninya masuk sampai dalam kawasan rumah aku? Kau nak apa? Kau ada niat jahat ek?" aku menjegil ke arah lelaki itu sambil bercekak pinggang. Kaca mata Ray Bannya dilurutkan dari batang hidung. Eh?! Ni bukan ke lelaki sombong dekat kafe Kak Mira hari tu?

"Saya nak cari Abah dan Ummi"

"Siapa Abah kau? Siapa Ummi kau?"

"Haraf Nadia Aqira binti Syed Heelman!"











Salam sayang dari author, tons of love from me to you 🌹

Permaisuri Dia 💜myg 💜 •OG• ☞ K-Malay ☜Where stories live. Discover now