♥12♥

45 8 5
                                    

[Author's]

Nuha Syafira melangkah masuk ke dalam bilik tidur milik suaminya ketika lelaki itu masih bergelar anak bujang. Kini, bilik itu menjadi bilik perkongsian antara dirinya dengan Nazreen setiap kali bertandang ke kampung.

Kelibat suaminya yang sedang termenung di jendela kayu menyapa pancainderanya. Bahu lelaki awal 30-an itu ditepuk lembut.

"Abang termenung apa tu? Macam jauh saja. Entah-entah dah sampai ke Dubai" selorohnya diakhiri dengan kekehan kecil. Walau bagaimanapun, ianya tidak mengundang senyum di bibir lelaki pujaan hatinya.

"Kenapa ni? Abang risaukan Haraf?" apabila nama si adik disebut, barulah lelaki itu mahu menatap wajahnya.

"Saya risau dengan keselamatan adik saya di sana"

"Yoongi kan ada?" Nazreen menatap isterinya lama sebelum melemparkan pandangan ke arah sawah padi yang terbentang luas di seberang jalan.

"Abang, kalau saya tanya, abang jangan marah ya?" hanya anggukan dihadiahkan oleh Nazreen.

"Saya perasan yang Abah selalu marah Haraf walaupun tentang perkara remeh-temeh. Cara Abah layan Haraf berbeza dengan layanan Abah pada yang lain. Saya perasan perkara ni dah lama. Sejak saya jadi tutor upahan Ummi untuk ajar Haraf dulu--" wanita itu berjeda seketika.

"--Haraf anak angkat ke?"

"Hish, awak ni" potong Nazreen serta-merta.

"Di sijil lahir dia, tertera nama Abah dan Ummi. Tak mungkinlah. Jangan mengarut"

"Abang tahukan yang saya ni anak angkat? Ya, memang Papa dan Mama tak pernah bezakan saya dengan adik-adik. Tapi, anak angkat tetaplah anak angkat" terdetik tanda tanya di hati lelaki itu. Adakah Abah dan Ummi juga mendaftarkan Haraf sebagai anak mereka sedangkan gadis itu bukanlah keturunan sedarah dengannya?

🍵🍵🍵

"Ummi" panggil Nazreen perlahan. Wanita separuh abad yang sedang memotong sayuran itu mengalihkan pandangannya ke arah si sulung. Kerusi berhampiran tempat duduk si ibu ditarik sebelum punggung dihenyakkan perlahan.

"Ummi rasa, patut ke Along carikan wali hakim untuk Haraf. Atau kita cari saja ibu bapa kandung Haraf. Lagipun, kita masih ada banyak masa sebelum Haraf kahwin" Hajjah Hasmiza menghentikan aktivitinya lalu tatapan tajam bak pedang dihadiahkan untuk Nazreen.

"Apa kamu mengarut ni, Haraf Nazreen?"

"Bukan ke Haraf tu anak ang--" Hajjah Hasmiza meletakkan pisaunya kasar di atas papan pemotong membuatkan Nazreen tersentak. Wanita itu bingkas bangun meninggalkan ruangan dapur.

"Abang, ada apa bising-bising ni?" Syafira menjengukkan kepala dari ruang utama. Kelibat Hajjah Hasmiza yang berselisihan dengannya juga dipandang sekilas. Nazreen terdiam. Begitu juga dengan Syafira.

Hajjah Hasmiza melangkah ke biliknya lalu berdiri di tepi jendela kayu dengan perasaan hiba.

"Jangan samakan isteri kamu dengan anak Ummi. Haraf Nadia Aqira anak kandung Ummi, lahir dari rahim Ummi, bukan dipungut dari rumah anak yatim" ujarnya perlahan sebaik derapan tapak kaki si sulung kedengaran di depan pintu.

Bisikan halus yang cukup untuk didengari oleh Nazreen. Tanpa mereka sedar, Syafira juga berada di tepi bingkai pintu. Mencuba untuk pasang telinga dan mendengar butir perbicaraan kedua anak-beranak itu yang akhirnya melukai hatinya sendiri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Permaisuri Dia 💜myg 💜 •OG• ☞ K-Malay ☜Where stories live. Discover now