[Author's]
Suasana riuh-rendah dari perkarangan rumah milik keluarga Haraf menandakan adanya keramaian. Walaupun hanya kaum keluarga terdekat diundang, kemeriahannya mampu menggamatkan seisi kampung.
"Wah, ramainya adik-beradik Ummi. Hmm, bila Along, Angah dengan Achik nak sampai ni. Tak sabar nak jumpa diorang" Aufa berbisik sendirian di muka pintu bilik.
"Woi, anak dara tak elok mengintai macam tu. Nanti dapat suami tua macam Haji Usin Ngok Ngek. Kau nak?" segera Aufa melabuhkan punggung di atas katil bersama Haraf.
"Akak masih percaya tahyul mahyul macam tu? Tak sangka, kolot juga akak ni kan?" perut berlapis Aufa dicubit oleh Haraf.
"Bukan percaya, tapi sakit mata memandang kalau Aufa asyik bertenggek dekat pintu. Aufa tu menghalang pemandangan akak dengan tisu adipos Aufa tu" Haraf tergelak apabila melihat wajah cemberut adiknya.
Lama dia tidak mengusik adik perempuan kesayangannya ini. Walaupun Aufa boleh dikategorikan sebagai 'rangka berjalan', dia tetap menyakat adiknya dengan menyatakan bahawa dirinya gemuk. Tapi jangan hairan kerana semua lemaknya tertumpu di perut, bukan bahagian lain.
Haraf dan Aufa berjalan beriringan ke dapur dengan niat untuk membantu ibu mereka.
"Ya Allah, Haraf ke tu? Rindunya akak dekat kamu" Hazrena, sepupu Haraf memeluknya erat. Pipi Haraf ditarik berkali-kali oleh Hazrena.
"Haraf pun rindu sangat dekat akak. Abang Rayyan datang tak?"
"Mestilah datang. Suami kesayangan tak boleh ditinggalkan" berderai tawa dua manusia itu. Aufa hanya tersenyum. Malas hendak menyertai duo bawang itu.
®©Selesai minum petang, kebanyakan saudara-mara mereka mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak mereka meneroka kampung. Hanya Hazrena, Yoongi dan keluarga Haraf sahaja yang tinggal di rumah.
Mereka semua duduk di pangkin berhampiran sawah belakang rumah. Angin sepoi-sepoi membuatkan rambut lembut Yoongi sedikit berterbangan.
"Haraf, pegang Aathif sekejap. Kak Rina kamu tengah mandi. Ummi ada kerja nak buat dekat dapur" anak lelaki Hazrena diletakkan di atas ribaan Haraf namun ditolak kembali kepada Hajjah Hasmiza.
"Tak naklah. Ummi tak ingat peristiwa 4 tahun lepas? Kalau terpeleot kepala budak ni, mana nak cari ganti? Bukannya ada jual dekat kedai"
"Masa tu kamu kecil lagi. Nak dukung budak pun terkial-kial. Nanti kamu ada anak sendiri juga" Hajjah Hasmiza mula memasang riak geram pada wajahnya.
"Haraf masih ada 11 tahun sebelum kahwin dan dapat anak" sebiji karipap digigit dengan bangga. Mahu saja Hajjah Hasmiza menerkam anak daranya yang satu ini.
"Nak tunggu kamu punya 11 tahun tu, alamatnya tak sempatlah Ummi nak rasa timang cucu"
"Along dengan angah kan ada?"
"Ya Allah, apa dosa aku? Kenapalah anak aku ni degil, suka menjawab? Kamu ni menjawab saja kerja. Makin dilayan, boleh naik gila aku cakap dengan kamu ni. Anak siapa entah? Yoongi tolong pegangkan" kanak-kanak itu didudukkan di riba Yoongi sebelum dia menuju ke dapur.
"Eleh, tak nak ngaku anak sudah" Haraf hanya bersikap selamba dan menikmati air teh buatan Umminya. Sesekali, dia memandang ke arah Yoongi dan Aathif. Dia tersenyum sendiri apabila Yoongi sengaja memelatkan suara semasa bercakap dengan Aathif.
YOU ARE READING
Permaisuri Dia 💜myg 💜 •OG• ☞ K-Malay ☜
Romance🇸 🇱 🇴 🇼 🇺 🇵 🇩 🇦 🇹 🇪 [Siri Imam Idol Bangtan] 💄Mix Novel💄 Jadilah seperti mawar, Indah dipandang, Tapi takut didekati 📍Mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk tatapan umum 📣 Read at your own risk 💜Cinta kita kerana Ilahi 💜 By: @...