[Haraf's]
"Ummi serius ke ni nak belajar? Benda-benda macam ni bukannya seminit dua boleh terus faham. Kena am---"
"Daripada kamu membebel, baik kamu ajar Ummi cepat. Ummi nak belajar yang asas sahaja. Bukannya nak bercakap sampai fasih seperti native speaker" apabila Ummi mengeluarkan bahasa-bahasa 'tinggi'nya itu, aku pun terpaksa mengalah. Ummi aku juara debat tahun 1999. Dan, aku mewarisi kebolehannya iaitu suka 'melawan cakap orang'.
"Okay, pembelajaran pertama. Annyeonghaseyo. Maksud dia lebih kurang macam 'hai' dalam bahasa Melayu. Ha, Ummi cuba sebut"
"Apa dia? Ulang sekali lagi"
"Annyeonghaseyo"
"Nyongsayo"
"Bukan 'nyongsayo' Ummi. An-nyeong-ha-se-yo"
"Ouh. An-nyeong-ha-se-yo" Ummi menjongketkan kening berkali-kali sambil tersenyum sinis.
"Amacam, Ummi ni cepat belajar tahu. Setakat hayun sayur tu, sambil makan kacang botak pun boleh cakap" tch, riak tahap apa ni?
"Sayang, kan abang dah pesan. Jangan riak. Abang tahulah sayang abang ni bijak" abah mencuit hidung Ummi. Ya Allah, mohon sedarkan mereka bahawa ada kanak-kanak bawah umur dekat sini.
"Adik, pergi masuk bilik kau. Ada adegan dewasa pula di sini" aku menolak-nolak bahu adikku, Haraf Aufa Aqira supaya masuk ke dalam bilik.
"Acik, Aufa dah hari-hari tengok. Acik saja yang terkena kejutan budaya" aku membulatkan mata. Pahanya aku tampar kuat.
"Kenapa nak pukul Aufa pula ni? Abah, tengok acik ni"
"Kan akak dah cakap banyak kali. Jangan panggil 'Acik'. Panggil Kak Haraf dahlah" Aufa menjelir lidah ke arahku. Baru sahaja telapak tanganku hendak mendarat di pahanya, Abah mula bersuara.
"Haraf, jadi perempuan tu biar lembut sikit. Jangan nak jadi gangster sangat. Nanti orang kata Abah tak pandai didik anak dara Abah"
"Abang~" Ummi menyenggol bahu Abah apabila terpandang muka aku yang sengaja dimasamkan. Aku mengemas komputer ribaku dan melangkah masuk ke dalam bilik.
Baru hari pertama dah kena marah. Walaupun aku dah hadap benda ni banyak kali, tapi aku masih tak faham kenapa abah selalu marah aku. Walaupun kesalahan yang aku buat tu sebesar zarah. Aku anak angkat ke dalam keluarga ni?
Aku terdengar pintu bilik dikuak oleh seseorang dari luar. Terpacul wajah Aufa yang terkulat-kulat di hadapan pintu.
"Esok Ummi suruh Kak Haraf teman dia pergi pasar. Nak beli barang untuk sambut Abang Yoongi" dia menutup semula pintu bilikku.
Yoongi? Jadi tulah nama anak angkat umi tu? Cis, nama tu acah Korea. Siap kau. Aku akan kerjakan kau sampai hidup kau tak aman dan berambus dari sini.
Salam sayang dari author, tons of love from me to you 🌹
YOU ARE READING
Permaisuri Dia 💜myg 💜 •OG• ☞ K-Malay ☜
Romance🇸 🇱 🇴 🇼 🇺 🇵 🇩 🇦 🇹 🇪 [Siri Imam Idol Bangtan] 💄Mix Novel💄 Jadilah seperti mawar, Indah dipandang, Tapi takut didekati 📍Mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk tatapan umum 📣 Read at your own risk 💜Cinta kita kerana Ilahi 💜 By: @...