Bab 5

7.5K 442 183
                                    

KARINA mengerling ke arah jam di dinding. Sudah menunjukkan jam dua pagi. Belum nenunjukkan tanda-tanda Saiful pulang. Sejak akhir-akhir ini makin kerap Saiful keluar malam dan pulang lewat. Hampir setiap malam.

Dua minggu lepas, mereka pulang ke Kuantan dengan harapan dapatlah memujuk ibu Saiful menjaga Karina berpantang nanti. Kononnya caj pakej pantang mahal. Lebih baik duit itu diberikan kepada ibunya sebagai upah menjaga Karina berpantang.

Sayangnya, hajat belum disampaikan si ibu membuat kejutan yang hebat.

Ada tetamu istimewa yang berkunjung ke rumah. Si ibu meraikan tetamu itu bagai anak raja mencemar duli ke rumah mereka. Manis tutur kata, senyum pula tidak lekang dari bibir. Suka benar dia akan tetamu itu. Dimasaknya hidangan lazat penuh hingga hujung meja.

Megah Asmah bercerita Anum sudah mendapat tawaran untuk bekerja di Kart's University. Bahagian pentadbiran.

Oh! Kisahnya. Karina sekadar mengangkat kening. Sudah dapat mengagak kisah seterusnya.

Jadi tak perlulah Karina memikirkan ke mana Saiful pergi setiap malam. Pasti sedang berkepit dengan kekasih hati. Cinta bertaut kembali. Tak cukup bermadu cinta di tempat kerja, dibawa hingga ke malam.

Mujur Karina dan ayah Saiful, Mahmud bertegas melarang cadangan Asmah mahukan Anum menumpang di rumah Karina di Kuala Lumpur.

Hendak jimat belanja. Anum dan Saiful boleh ke universiti dengan berkongsi kereta.

Itu rumah Karina. Jadi Saiful tidak boleh sesuka hati membuat keputusan biarpun cepat sahaja lelaki itu bersetuju dengan cadangan si ibu.

Disebabkan ketegasan Mahmud, Karina dan Saiful bermasam muka sepanjang mereka pulang ke Kuala Lumpur.

"Apa salahnya, rumah kita banyak bilik kosong." Saiful mengulang ayat yang sama.

"Bukan rumah kita, itu rumah I. Geran rumah atas nama I, jadi I berhak biarkan bilik dalam rumah kosong." Tega Karina mempertahankan. Sama ayat yang Mahmud lontarkan. Jika tak kerana Mahmud yang menyokong, Karina tidak akan bersemangat untuk melawan.

Berapa lama sangat silent treatment Saiful pada Karina. Bila kehabisan sumber, Karina juga yang dicari. Apatah lagi ATM unlimited nya kini sudah memulakan kelas tuisyen di rumah. Bayaran tuisyen di ibu kota bukan sepuluh dua, lebih-lebih lagi mata pelajaran yang diajar Karina adalah Matematik Tambahan.

Saiful tahu Karina berduit. Jadi, tanpa teragak-agak dia membuat keputusan membeli kereta baru, Honda Accord tanpa pengetahuan Karina.

Kereta Wira tuanya banyak songeh. Asyik rosak sahaja. Ada sahaja bahagian yang diminta baru. Sudah puas kereta buruk itu keluar masuk bengkel. Lebih baik duit bengkel digunakan untuk tukar keseluruhan yang baru.

Sudah dirangka alasan itu sebaik keretanya mengambil tempat kereta buruk di bawah garaj.

Bayaran ansuran kereta baru dan rumah sewa Anum, perbelanjaan Saiful melambung tinggi. Keadaan Karina yang sarat mengandung dan keperluan anak yang bakal dilahirkan perlu diutamakan sedikitpun tidak diendahkan.

Lagak Saiful seperti lelaki bujang.

Karina menghela nafas panjang. Telefon di hujung meja dicapai. Jari telunjuk mengusap lembut skrin yang tertera wajah kedua ibu bapanya. Saiful boleh membuang berpuluh telefon bimbitnya, memadam seluruh memori sehingga kosong bit. Memutuskan hubungan dengan dia dan seluruh ahli keluarga. Cuma satu, Saiful gagal. Gagal memadam memori yang ada di dalam kepalanya. Kenangan dia dan keluarganya yang tidak akan pupus.

Jika rasa sudah hebat, sebenarnya Saiful tidak cukup bijak. Segala akses bank, Karina awal-awal lagi menukar kepada yang baru. Kuat kata hatinya mengatakan lelaki ini akan bertindak luar jangka. Kad banknya pernah ghaib dari beg duit.

RAJUK KARINAWhere stories live. Discover now